Saturday, 21 September 2019

KEMPEN BOIKOT PROGRAM ‘KONGRES MARUAH MELAYU’ DIDALANGI TUN MAHATHIR YANG TIDAK BERMARUAH


Agenda Kongres Maruah Melayu yang didokongi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat lebih kepada kepentingan politik semata-mata untuk mengembalikan populariti Tun Mahathir yang kian terhakis daripada kalangan orang-orang Melayu Islam.
Ia juga dilihat semata-mata mahu menimbal balas Piagam Muafakat Nasional yang didokong oleh dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan PAS yang baru meterai pada 14 September 2019 yang lalu.
Pada hemat kami kongres yang benar-benar bebas dan diiktiraf ialah Kongres Cendikiawan Melayu dan Kongres Ekonomi Bumiputera.
Kedua-dua kongres berkenaan diusahakan oleh dikalang mereka yang bebas terdiri daripada cendikiawan, bijak pandai dan ahli akademik Melayu.
Justeru itu ‘Kongres Maruah Melayu’ ini dipertikaikan kerana di belakangnya ialah ahli politik yang maruahnya sendiri tercalar.
Merujuk kepada sebuah gambar yang tular di media sosial, mesyuarat jawatankuasa pelaksana ‘Kongres Maruah Melayu’ dilihat pengerusinya ialah Datuk Hamzah Zainuddin dan di sebelahnya Datuk Dr Latif Ahmad di mana kedua-duanya merupakan dua orang bekas pemimpin UMNO yang tidak bermaruah kerana meninggalakan perjuanagan UMNO. Di mana UMNO memperjuangkan maruah agama Islam, maruah bangsa Melayu, maruah rakyat berbilang kaum dan maruah Raja-raja Melayu. Mereka berdua melompat parti ke parti yang mencelarukan ‘maruah’ bangsa Melayu iaitu parti PPBM.
Mesyuarat itu kelihatan diadakan pula di Pejabat Gerbang Perdana milik Datuk Yahya Jalil iaitu kroni Tun Mahathir (Mohamad), ini disyaki bahawa Tun Mahathir lah yang mendalangi kongres ini.
Justeru itu, kami berpendirian Piagam Muafakat Nasional sememangnya sudah cukup komprehensif untuk dijayakan bagi menjaga maruah agama Islam, maruah bangsa Melayu, maruah rakyat yang berbilang kaum dan maruah Raja-raja Melayu.

Kami juga mempersoalkan di mana kejujuran pemimpin-pemimpin Melayu yang telahpun berkuasa dalam kerajaan yang sepatutnya berada di posisi membela orang Melayu tetapi gagal melakukannya malah masih terus mahu berkongres. Kongres untuk apa?
Setelah mereka terus menerus memecah-belahkan Melayu, memberi gambaran buruk pada institusi Melayu, menganiayai pemimpin dan parti-parti Melayu, belot pada mandat Melayu, menghina himpunan Melayu, menuduh Melayu sebagai itu dan ini, tiba tiba baru nak berkongres?
Itupun secara hendak bersembunyi di sebalik nama orang lain !!!
Inilah situasi orang Melayu sekarang. Ada kuasa tapi masih meraba-raba di saat orang lain sedang meratah harta hak serta harta orang Melayu yang ada di depan mata mereka.
Yang menghairankan kami, kongres tersebut dikendalikan serta melibatkan beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagaimana dalam gambar yang tular di media sosial, tetapi tidak berani menggunakan nama parti mereka dalam penganjuran tersebut. 
Anehnya ia dikendali oleh puak PPBM, tapi mereka takut guna nama parti mereka. Mengapa? Adakah mereka takut diketahui oleh tuan mereka atau takut talian hayat Tun Mahathir dengan penasihat DAP Lim Kit Siang akan terputus.
Difahamkan kongres ini anjuran sebuah pusat penyelidikan sebuah IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). Apakah kongres yg menggunakan nama maruah Melayu tapi begitu takut untuk berterus-terang. Takut pada siapa?
Persoalannya, apakah motif kongres ini? Tidakkah ini satu aktiviti rasis terutamanya di kaca mata DAP dan penyokongnya?
Seterusnya dijangkakan kongres tersebut akan hanya menambah kekeliruan orang Melayu dan akan menjadi medan semarakkan perpecahan orang Melayu.
Kongres ini dijangkakan hanya mampu menambah kekeliruan Melayu. Silap gaya ia jadi akan medan Melayu kutuk Melayu. Medan perpecahan Melayu. Ia akan jadi bahan ketawa oleh orang bukan Melayu.
Fikir-fikirkanlah wahai anak Melayu… Jangan sampai dicemuh oleh anak cucu, yang Melayu itu sentiasa mudah lupa seperti Tun Mahathir, dan Melayu itu sudah menjadi satu bahan kajian oleh pusat-pusat penyelidikan universiti dan orang politik Melayu sudah hilang jati diri dan keberanian untuk memberi keutamaan membela orang Melayu.
Silap langkah, mereka akan sekadar menjadi alat orang bukan Melayu untuk memangangkan perpecahan orang Melayu.
Kami juga turut membidas tentang tema kongres yang dilihat tidak selari dengan realiti yang berlaku pada hari ini dan juga tentang apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu dari kerajaan.
Tema kongres kononnya Berani, Tegas, Taqwa? …tapi penganjur orang kerajaan dan orang politik yang takut untuk berdiri dan berdepan dengan realiti.
Persoalannya, di manakah ‘maruah Melayu’?  
Kongres yang bermaruah hanya akan berlaku apabila ia menyediakan pengisian jawapan kepada segala lingkaran permasalahan orang Melayu seperti berikut:
1. Peluang pekerjaan orang-orang Melayu.
2. Memperbaiki taraf kehidupan orang-orang Melayu.
3. Bagaimana mengurangkan kos sara hidup orang-orang Melayu.
4. Ketetapan bagaiman menjaga kepentingan Melayu-Islam.
5. Memperakui dalam kemajmukan negara bahawa bangsa Melayu adalah bangsa teras.
Seandainya pengisian kongres ini hanya dengan janji-janji manis kepada orang Melayu ala manifesto PRU 14 terhadap permasalan tersebut di atas, maka ia tidak boleh dianggap sebagai ‘Kongres Maruah Melayu’ malah ia boleh dianggap sebagai ‘Kongres Mengembalikan Maruah Populariti Mahathir Yang Kian Terahakis’.
Berikut ialah beberapa faktor mengapa Kongres ini perlu dipertikaikan:

Pertama, penganjur jangan sesekali menjaja nama Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ke 7. Rakyat sedia maklum, Tun Mahathir bukanlah Ultra-Melayu dan tidak pernah menjaga kepentingan Melayu. Secara perbadi beliau juga tidak suka perkara yang hanya menguntungkan orang Melayu semata-mata. Malah beberapa siri kenyataan beliau tidak memihak kepada orang Melayu.
Melayu malas, Melayu hanya tahu bergantung, menentang kempen ‘Buy Muslim First’ dan terbaru seperti yang dikeluarkan oleh The Star, PM’s Answer To Racial Politics’ pada 18 September 2019, Tun Mahathir mengatakan tidak akan ada politik perkauman kalau rakyat Malaysia melupakan asal usul dan berdiri sebagai rakyat Malaysia. Kenyataan itu telah memberi gambaran bahawa orang Melayu bukan merupakan teras kepada negara ini.
Dan jika benar Tun Mahathir terlibat secara langsung dalam kongres ini, adakah beliau bersedia dilabel sebagai rasis oleh pemegang talian hayat beliau dari DAP.
Kedua, adakah kongres ini mempunyai tujuan untuk berlawan dengan Himpunan Ummah? Yang menyaksikan termetrainya Piagam Muafakat Nasional yang menyaksikan 2 parti terbesar orang Melayu-Islam berhenti bertelagah dan berikrar untuk menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam serta asas negara tanpa mengetepikan kemajmukan negara. Jika kongres ini tanpa kesepaduan dengan melibatkan Muafakat Nasional, maka apa matlamat sebenar kongres ini?
Mahukah penganjur melihat sekali lagi orang Melayu bertelagah kerana kepentingan individu yang iri hati melihat ternoktahnya pertelingkahan melalui Muafakat Nasional? Rasanya sudah cukuplah naratif politik dan masa hadapan orang Melayu ditentukan untuk memuaskan kepentingan individu semata-mata.
Ketiga, bagaimana penganjur menggunakan tema ‘Maruah Melayu’ jika tulang belakang kepada kongres Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Dr Latiff Ahmad dan Dato’ Mustapa Mohamed ini adalah dari kalangan orang yang tidak mempunyai maruah mengkhianat perjuangan.
Mereka tidak mempunyai maruah dan semangat melawan apabila memilih melompat parti dan mengkhianati pengundi. Maka, apa nilai maruah yang mahu mereka ditonjolkan?
Yang dikatakan bermaruah itu apabila kekal yakin pada perjuangan membela rakyat tidak kira dikala menang atau kalah. Seharusnya, ‘orang-orang lama’ tunjukkanlah contoh yang baik kepada ‘orang-orang muda’, tetapi orang muda tidak bodoh untuk menerima segalanya bulat-bulat.
Persoalannya, masakan PPBM sebuah parti yang diilhamkan oleh Lim Kit Siang DAP dengan memperalatkan Tun Mahathir untuk mempengaruhi 10 ke 15% orang Melayu bagi memenangi PRU ke 14 peka serta ikhlas terhadap mengembalikan maruah orang-orang Melayu?
Apa yang jelas kelihatan di sini ‘Kongres Maruah Melayu’ tidak lebih dari satu penyamaran Tun Mahathir di bawah pengaruh DAP untuk mengembalikan maruah populariti beliau yang kian terhakis akibat persekongkolan beliau dengan DAP serta penghinaan beliau terhadap bangsa Melayu akhir-akhir ini.
Oleh itu orang-orang Melayu yang bermaruah disarankan agar memboikot serta menjauhi ‘Kongres Maruah Melayu’ didalangi oleh Tun Mahathir dan PPBM yang dijangkakan akan diadakan pada 06 Oktober hadapan.
Juga, bagi orang-orang Melayu yang masih mempunyai maruah serta jatidiri Melayu di sarankan untuk tularkan artikel ini kepada saudara, sahabat, rakan serta taulan mereka. Yang lebih afdal lagi bagi saudara, sahabat, rakan serta taulan yang bakal menghadapi PRK P165 Tanjung Piai Johor menentang parti yang sama iaitu PPBM.



No comments:

Post a Comment