Dalam satu kenyataan media di TV3 pada 27 September terhadap keputusan inkues terhadap pembunuhan seorang anggota bomba allahyarham Muhammad Adib Abu Kasim, TPM Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menyatakan bahawa kes itu bukanlah isu perkauman.
Kenyataan beliau itu sukar dipertahankan berdasarkan beberapa fakta yang tertentu yang membuktikan bahawa ia memang kes hasutan perkauman, tetapi cuba dinafikan untuk menyembunyikan kelemahan kerana ia melibatkan beberapa orang pemimpin PH.
Tujian artikel ini ditulis bukanlah untuk menyemarakan lagi api perkauman dalam kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib, tetapi hanya untuk mendedahkan kebenaran kepada rakyat tentang bagaimana ia boleh berlaku.
Pada peringkat permulaannya memang benar ia bukan isu perkauman, tetapi kemudiannya ia telah manipulasi oleh beberapa pemimpin-pemimpin PH dari kaum India yang tidak bertanggungjawab sehingga telah mencetuskan rusuhan perkauam.
Pada mulanya ia hanya merupakan pertikaian hak milik tapak Kuil Sri Maha Mariaman, USJ 25 diantara jawatankuasa kuil tersebut dengan pihak pemaju tanah. Difahamkan pihak pemaju telah pun membayar pampasan untuk mengambil alih tanah tersebut serta merobohkan kuil tersebut.
Malangnya isu ini telah dimanipulasikan oleh beberapa pemimimpin PH dari kaum India kebanyakkannya dari DAP, seperti Exco Kerajaan Negeri Selangor Ganabatirau, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Menteri Perpadauan, P.Waytha Moorthy dan Menteri Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jaykumar.
Mereka ini dipercayai telah mengeluarkan kenyataan menghasut kononya beberapa orang Melayu cuba menceroboh dan merobohkan kuil mereka. Kenyataan mereka inilah yang telah mengumpulkan berpuluh ribu kaum India dikuil tersebut lalu tercetusnya rusuhan.
Walaupun tidak mungkin kesemua yang hadir di kuil tersebut bersifat perkauman namun atas hasutan pemimpin-pemimpin mereka yang tidak bertanggungjawab yang bersikap perkauman itu maka terceuslah rusuhan di Kuil Sri Maha Mariaman.Jikalau tidak, ia sudah tentu tidak akan berlaku.
Oleh itu ada lah jelas di sini bahawa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariaman memang merupakan rusuhan perkauman sebab ia dihasut oleh lima orang pemimpin-pemimpin PH yang bersifat perkauman.
Kami melihat perkara yang lebih serius adalah siapakah pencetus sehingga membawa kemaraan ribuan bangsa India ke tempat kejadian di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield dan mengakibatkan rusuhan serta pergaduhan.
Justeru, kami rakyat yang perhatin atas isu tersebut telah menyimpan segala bukti-bukti dalam bentuk kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin berkenaan yang berbau hasutan perkauman pada hari sebelum berlakunya rusuhan itu hingga menghasut ribuan kaum India berkumpul dan merusuh di tempat kejadian.
Bukti-buktinya adalah seperti berikut:
1- EXCO Kerajaan Selangor, V. Ganabatirau telah bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan perkauman mendakwa kononnya orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam arwah Adib dibunuh.
2- Empat orang Menteri PH iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar telah mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan perkauman sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil tersebut pada malam kedua yang telah mengakibatkan arwah Adib dibunuh.
Tanpa kenyataan-kenyataan tersebut di atas tidak mungkin berlakunya rusuhan kauam India di kuil tersebut yang mengorbankan seorang anggota bomba Melayu Muhammad Adib Abu Kasim.
Oleh itu, pihak berkuasa iaitu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) harus mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap kesemua pemimpin-pemimpin PH tersebut di atas penyebab kepada rusuhan perkauaman di Kuil Sri Maha Mariamman.
Kesimpulannya kenyataan TPM Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman itu bukan merupakan rusuhan perkauaman adalah meleset. Hakikatnya beliau hanya cuba untuk menyembunyikan kelemahan kerajaan PH yang gagal menangani masalah perkauman dari kalangan sebahagian daripada pemimpin-pemimpin mereka terutama dari DAP.
Akhir kata, seandainya perkara ini tidak didedakan kepada rakyat untuk difahami, dikuatiri ia akan terus berulang sekali lagi dan akan menghancurkan negara ini.
No comments:
Post a Comment