Wednesday 25 September 2019

KERAHAN UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS BERAMAI-RAMAI ANJURAN SEKRETARIAT SUARA RAKYAT : MOHON SEBAR CONTOH LAPORAN POLIS KEATAS AMHARI DAN BUAT LAPORAN POLIS SEBANYAK MUNGKIN


Tuan-tuan , puan-puan, adik kakak yang dihormati sekelian,

Sekretariat Suara Rakyat akan membuat laporan Polis Ke atas Datuk Amhari Efendi Nazaruddin petang ini jam 5.30, 25 Sept 2019 di IPD Dang Wangi.  Mohon sesiapa yang berkelapangan turut serta.  Berkumpul dihadapan IPD.  Bagi  teman-teman di negeri dan daerah lain, sila buat di IPD berhampiran kawasan masing-masing. Terima kasih.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
0123320000

Ikuti video life ini yang telah rakamkan pada petang jam 5.30, 25 Sept 2019.


Contoh Report :

Berdasarkan keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin di Mahkamah sepanjang September lalu dalam kes 1MDB yang melibatkan Dato Sri Najib.  Terdapat mengakuan secara jelas yang dibuat oleh Datuk Amhari bahawa beliau secara terang telah terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah ketika bersekongkol dengan Low Taek Jho (Jho Low) dalam melakukan penipuan dan penyelewengan sehingga mengakibatkan Dato Sri Najib teraniaya kerana perbuatan mereka. Saya membuat laporan ini untuk meminta pihak PDRM dan SPRM untuk menyiasat beliau kerana didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam tiga perkara berikut:

1. Datuk Amhari mengakui beliau memiliki dan menerima gaji sebanyak RM25,000 sebulan dari syarikat swasta bernama Orbs Solutions Sdn Bhd semasa beliau masih bekerja sebagai penjawat awam.

2. Datuk Amhari mengakui di dalam mahkamah bahawa beliau menerima dana sebanyak US$200,000 (RM840,000) dari Jho Low untuk membeli rumah pada tahun 2010 semasa beliau bekerja sebagai penjawat awam.

3. Datuk Amhari juga mengakui dihadapn Yang Arif hakim bahawa beliau telah menerima dana sebanyak US$880,000 (RM3,7 juta) dari Jho Low di dalam akaun bank asing BSI Switzerland  semasa beliau bekerja sebagai penjawat awam.

Fakta-fakta yang dikeluarkan oleh Datuk Amhari sendiri di mahkamah jelas menunjukkan bahawa beliau telah melanggar akta SPRM serta Akta AMLA dan terlibat di dalam penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram. Adalah tidak masuk akal, Dato Sri Najib orang yang teraniaya akibat namanya digunakan oleh manusia-manusia durjana ini, didakwa dan tercemar imejnya sedangkan mereka yang memperolehi manafaat dari pelakuan jenayah ini bebas dan tidak didakwa pula.  Sekian laporan saya.

FB Nabeel Naqie II

Abang kakak semua nampak kan kenapa DSN ke mana-mana dalam keadaan gembira dan seolah-olah langsung tak ada masalah sungguhpun menghadapi pertuduhan demi pertuduhan di mahkamah dan serangan media dikuasai PH saban hari?

Benda macam ni bukan boleh dibuat-buat. Ia lahir dari jiwa yang bersih kerana sememangnya beliau tidak bersalah.

Siapa yang ikuti perjalanan kes SRC dan 1MDB pasti dah nampak yang kedua-dua kes ini memang ke longkang dah.

Mahkamah akan melihat fakta dan bukti.
Mahkamah bukan seperti mahakhinzir PH yang boleh beriman dengan persepsi dan fitnah. Beban pembuktian sesuatu pendakwaan itu adalah terletak kepada pasukan pendakwaan dan mereka mestilah memberikan bukti-bukti yang melangkaui keraguan yang munasabah. Ini adalah prinsip undang-undang asas.

Nabeel simpulkan di sini tentang perkara-perkara utama yang berlaku semasa perbicaraan SRC dan 1MDB setakat ini bagi memudahkan semua faham rumusan kes setakat ini.

1. Dalam kes SRC, kenyataan saksi pendakwaan utama Joanna Yu Ging Ping (bekas pegawai Ambank) telah membuktikan bahawa Jho Lo adalah penjenayah sebenar yang telah memanipulasi akaun peribadi DSN.

2. Fakta ini disokong melalui transkrip Blackberry Messanger (BBM) antara Jho Lo dan Joanna Yu yang mana bukti ini telah pada mulanya cuba disorok oleh pasukan pendakwaan. YA! CUBA DISOROK dan kantoi dalam court! Bukti ini diperolehi apabila penguatkuasa Bank Negara Malaysia melakukan serbuan dan merampas Blackberry Joanna Yu pada 6 Julai 2015.

3. Pihak pembelaan yang tangkas telah berjaya mencungkil bukti ini dan membuktikannya di mahkamah.
Pihak pendakwaan terdiam sambil tepuk dahi.

4. Transkrip perbualan mengandungi arahan Jho Lo kepada Joanna agar jangan sesekali menghantar atau memberitahu apa-apa maklumat berkenaan akaun/transaksi termasuk statement bank akaun Ambank beliau kepada DSN atau Pejabat Perdana Menteri. Joanna Yu telah akur dengan arahan Jho Lo ini dan semuanya telah disorokkan dari DSN sama sekali.

5. Joanna Yu telah mengaku bahawa DSN tidak mengetahui akan apa yang berlaku dan Jho Lo adalah merupakan individu di setiap manipulasi kewangan melibatkan akaun DSN!

6. Pengarah Urusan Ihsan Perdana Dr Shamsul Anwar telah memberi kesaksian  bahawa DSN amat terperanjat dan kecewa apabila mendapat tahu bahawa ada seseorang telah transfer RM 42 juta ke dalam akaun beliau tanpa pengetahuan beliau.

7. Testimoni dari saksi-saksi utama lain seperti CEO KWAP Datuk Azian Mohd Noh, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah, dan beberapa saksi lain dari perbendaharaan telah memberi kesaksian yang kuat bahawa DSN tidak pernah menyalahgunakan kuasa beliau dalam isu pinjaman RM 4 billion dari KWAP buat SRC International.

8. Di dalam perbicaraan yang sama ini, RM 2.6 billion yang dimomokkan oleh PH selama ini sebagai wang yang dirompak Najib dari 1MDB telah dibuktikan adalah merupakan derma politik tulen dari Arab Saudi! Celakalah para pemfitnah selama ini.

9. Bekas Pengarah Ambank Cheah Tek Kuang telah memberi kesaksian bahawa beliau sendiri yang telah membantu DSN membuka akaun bagi tujuan memudahkan kemasukan wang derma dari Arab Saudi  pada tahun 2011.

10. Malah Cheah memberitahu mahkamah bahawa perkara ini telah diberitahu oleh beliau secara rasmi kepada Gabenor Bank Negara ketika itu si Zeti Lahanat Aziz. (Zeti Lahanat Aziz kata tahun lepas, dia tak tahu apa-apa. Tuih!)

11. Cheah beritahu di mahkamah bahawa Zeti Lahanat Aziz juga yang telah memberi lampu hijau bagi membolehkan wang masuk ke akaun DSN. Babi kan?

12. Cheah juga memaklumkan yang beliau telah memberikan kepada Zeti Lahanat Aziz dua pucuk surat dari Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2011 yang mengesahkan bahawa wang berkenaan adalah merupakan hadiah kerajaan Arab Saudi kepada DSN.

13. Saksi memberitahu mahkamah bahawa DSN telah mematuhi semua prosedur bagi menerima wang derma ini.

14. Joanna Yu juga memberitahu bahawa kemasukan wang derma DSN ini bukanlah satu rahsia dalam sektor perbankan (tidak dilakukan secara sorok-sorok) dan Bank Negara Malaysia tahu mengenainya sejak mula.

15. Pegawai Penyiasat (IO) Rosli Hussain juga telah mengesahkan yang wang tersebut adalah merupakan derma tulen.
Rosli dan saksi-saksi utama lain juga telah mengesahkan bahawa DSN telah memulangkan wang derma dana politik yang tidak digunakan kembali ke akaun penghantar asal (return to sender) setelah 4 bulan selepas PRU ke 13.

16. Seperti Amhari dalam kes 1MDB, Nik Faisal telah didedahkan sebagai balaci utama Jho Lo dalam kes SRC.

17. Nik Faisal ni adalah individu yang diberi kepercayaan dan kuasa untuk menguruskan akaun Ambank DSN. Dia ni bukan macai. Dia anak Tan Sri Nik Ahmad Kamil, bekas Menteri Besar Kelantan, seorang pejuang kemerdekaan yang turut serta dalam rundingan merdeka bersama Tunku dan Tun Razak di London pada tahun 1956 dan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat! Najib tak kutip dia dari tepi jalan.

18. Tapi Nik Faisal juga adalah rakan Jho Lo sama seperti Amhari.
Amhari kita semua tahu dapat wang jutaan ringgit dari Jho Lo belum termasuk aset-aset mewah lain yang diperolehi diluar dari kemampuan pendapatannya sebagai penjawat awam. Amhari kantoi sebab masih ada di Malaysia. Nik Faisal awal-awal dah cabut lari (2 hari sebelum PRU ke 14). Entah berapa banyak dia dapat tak ada siapa yang tahu. Confirm lagi banyak dari macai macam Amhari la kan?

19. Terdedah di mahkamah oleh saksi pendakwaan R Umadevi (Pengarah Bahagian Ambank) bahawa tandatangan bekas pengarah SRC Datuk Suboh telah dipalsukan dalam dokumen yang diserahkan oleh Nik Faisal. Pihak pembelaan telah membuktikan kepada mahkamah akan pemalsuan tandatangan ini dengan demontrasi mudah di dalam mahkamah dan pihak pendakwaan hanya mampu untuk tunduk pandang ke lantai kerana terbukti mereka bodoh.

20. Amhari ni tak payah cakap dah. Memang dah hangus menjadi jerebu dikerjakan TS Shafee dan abang kakak semua mesti dah baca dalam post-post Nabeel. Kalau belum, pi lah baca.

Jadi abang kakak semua boleh faham kenapa DSN dan pasukan pembelaan diketuai TS Shafee sangat-sangat konfiden dalam kes SRC dan 1MDB setakat ini. Kebenaran jelas memihak kepada DSN sehingga kini.  

Tambahan pula, watak sebenar jenayah ini iaitu Jho Lo dan Nik Faisal gagal dihadapkan ke mahkamah. Bermakna siasatan tidak selesai tetapi Najib Tun Razak telah dijadikan mangsa pendakwaan politik oleh PH demi kelangsungan hayat pemerintahan mereka kerana mereka menang di atas fitnah bahawa Najib adalah penjenayah.

Tommy Thomas menghadapi masalah amat besar untuk membuktikan DSN bersalah kini.

Para penyokong DSN bolehlah bergembira kerana anda berada di pihak yang benar.
Teruskan berdoa agar kedua-dua kes ini dibuang oleh hakim kerana nampak jelas ia tiada merit dan hanya mainan persepsi PH.

-Nabeel Naqie II

No comments:

Post a Comment