Thursday 26 September 2019

SEJARAH HITAM NEGARA, TOMMY THOMAS MENGHINA SISTEM PERUNDANGAN NEGARA

Kebenaran daripada Mahkamah Koroner Shah Alam untuk memulakan prosiding terhadap Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas telah mencatat satu sejarah hitam dalam sistem perundangan negara.

Setakat ini, tidak pernah terjadi dalam negara ini Peguam Negara di kehendaki menjawab dalam prosiding atas pertuduhan menghina mahkamah.

Peguam Negara bakal dihadapkan ke mahkamah bagi menjawab prosiding penghinaan mahkamah kerana telah mendahului mahkamah dalam memberi keputusan berkaitan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib.

Ini adalah satu peristiwa besar kepada sistem perundangan negara kita. Peguam Negara sepatutnya berkecuali namun dalam kes ini Peguam Negara dilihat cuba menentukan keputusan kes dan cuba mempengaruhi hakim melalui afidavit yang dikeluarkan.

Tidak pernah berlaku Peguam Negara akan dihadapkan untuk menjawab prosiding penghinaan mahkamah. Ini amat memalukan negara kita. Kalau terjadi di negara lain Peguam Negara yang bermaruah serta mempunyai harga diri sudah pasti akan letak jawatan.

Apa yang terjadi hari ini merupakan satu kes besar dan sekiranya seseorang itu menjaga integriti dan maruah diri pastinya individu terbabit telah meletak jawatan secara terhormat.

Berkaitan dengan kebenaran yang telah diberikan oleh Mahkamah Koroner Shah Alam untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, adalah akibat daripada tindakan Peguam Negara sewakti kes perbicaraan Allahyarham Adib yang mana Peguam Negara telah mendahului mahkamah di dalam membuat keputusan.

Dalam kes kematian Allahyarham Adib, pihak polis di peringkat awal telahpun buat kenyataan bahawa punca kematian tersebut ada unsur-unsur jenayah dan di Parlimen pun Menteri Dalam Negeri telah buat kenyataan rasmi wujudnya unsur-unsur jenayah.

Bila Adib meninggal dunia Timbalan Ketua Polis Selangor telah mengeluarkan kenyataan, bahawa ia merupakan kes cubaan membunuh pada peringkat awalnya dan akan diubah kepada membunuh. Maknanya, walau tidak diumum oleh mahkamah, tetapi dari siasatan awal polis telah mengatakan ada unsur-unsur jenayah dalam kematian Adib.

Tetapi pihak Jabatan Peguam Negara melalui ketua pendakwaan inkues telah mengeluarkan satu afidavit dan salah satunya mengatakan Adib tidak dipukul oleh sesiapapun. Ini merupakan satu tindakan yang amat serius sebab sewaktu mahkamah sedang membicarakan kes ini, Peguam Negara telah membut keputusan sendiri bila mengeluarkan satu afidavit bahawa Adib tidak dipukul. Ini dianggap oleh mahkamah satu subjudis dan satu penghinaan kepada mahkamah sebab Peguam Negara buat keputusan penghakiman pra matang sebelum hakim memutuskannya.

Persoalan kedua yang dibangkitkan pula jelas adalah berkaitan dengan pengguguran peguam Shazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaa Tempatan (KPKT), bomba dan keluarga Adib.

Memandangkan Shazlin dilihat berlainan nada dengan Peguam Negara dan ini berkemungkinan akan berlaku percanggahan antara Shazlin dan Peguam Negara sekaligus mengganggu apa yang telah mereka rancang.

Sebab itulah semasa saksi 29 dipanggil, Peguam Negara minta Shazlin digugurkan  sebagai peguam yang mewakili KPKT, bomba dan keluarag Adib atas alasan ‘konflik kepentingan’. Ini juga dilihat sebagai satu tindakan yang bertentangan hanya kerana Shazlin tidak senada dengan kehendak Peguam Negara. Kemungkinan Peguam Negara sudah tahu ke mana hendak dihalakan keputusan kes tersebut.

Justeru itu, kami nitzen yang perhatin atas keadilan mendesak agar Peguam Negara harus segera meletak jawatan, kerana beliau sememangnya tidak layak dan gagal menjadi seorang pendakwa yang berkecuali atas dasar ‘Kedaulatan Undang-undang’ dalam perlembagaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment