Thursday 19 September 2019

[VIDEO] KONGRESS BELIA 2019 MENUNTUT JANJI KERAJAAN PH


Delegasi Kongres Belia 2019 bersorak menyokong pandangan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Syahbuddin Hashim yang mempersoal kedudukan belia pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam kongres yang diadakan di Persada Johor kelmarin, Mohd. Syahbuddin membangkitkan beberapa perkara termasuklah janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU-14 yand didakwa tidak ditunaikan.

Beliau berkata, kerajaan khususnya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu menghormati kepemimpinan MBM dan belia seluruh negara.

“Kita hormat menteri selagi mana MBM dihormati, kita tidak mahu ‘elephant fight elephant, grass will suffer’ persatuan belia yang menjadi mangsanya.

“Persatuan belia tidak akan bisu apabila kerajaan berjanji untuk hapuskan PTPTN, turunkan harga minyak dan pemberian pendidikan percuma tetapi tidak dilaksanakan,” katanya dalam satu sesi kongres itu yang berlangsung pada Ahad lalu.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memotong peruntukan kepada seluruh persatuan belia dan tidak menyatakan hala tuju belia pada masa hadapan seperti yang pernah dirancang oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Persatuan-persatuan belia mesti bergerak sendiri, sudah tidak ada peruntukan yang dikhaskan kepada mereka, hari ini kami kena bergerak sendiri tetapi tidak mengapa kerana kami orang perjuangan.

“Dahulu kita ada gambaran masa hadapan belia negara, mengutip suara belia dan diletakkan dalam TN50. Adakah kerajaan hari ini sudah mempunyai perancangan tertentu untuk melibatkan pertubuhan belia?” soalnya.

Dalam pada itu, Mohd. Syahbuddin turut menzahirkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyokong pertubuhan belia negara.

“Terima kasih Istana Johor dan TMJ kerana bersuara dan memberi nafas baharu kepada pertubuhan belia seluruh negara,” ujarnya.

Sila lihat video persidangan Kongress Belia 2019 di Persada Johor seperti di bawah ini.


No comments:

Post a Comment