Thursday 19 September 2019

FAKTA MENGAPA PIAGAM MUFAKAT NASIONAL ANJURAN BN (UMNO) DAN GS (PAS) DIGERUNI OLEH PEMIMPIN PH


Hakikatnya kekalahan BN pimpinan UMNO dan Gagasan Sejathera (GS) pimpinan PAS dalam PRU ke 14 tidak melenyapkan kedua-dua buah parti orang Melayu Islam yang terbesar di tanah air kita ini.

Malah kekalahan mereka merupakan satu hikamah.Ya, hikamah daripada kesedaran yang wujud kesan daripada penghinaan terhadap bangsa Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu oleh kerajaan PH yang dikuasai oleh DAP, sebuah parti cauvanis Cina yang mengamalkan politik perkauman.

Setelah 53 tahun bermusuhan sejak tahun 1957 dan 9 tahun berkerjasama dengan BN bermula setelah peritiwa berdarah 13 Mei 1969 hingga 1978, akhirnya PAS kembali semula berkerjasama dengan BN dengan menandatangani Piagam Mufakat Nasional pada 14 September 2019 di PWTC Kuala Lumpur.

Hakikatnya kerjasama UMNO/PAS telah bermula lebih awal daripada tarkh tandatangan Piagam Mufakat Nasional bermula daripada PRK P78 Cameron Highlands pada 26 Januari 2019, seterusnya PRK N24 Semenyih pada 2 Mac 2019 dan terakhirnya PRK N27 Rantau pada 13 April 2019.

Fakta yang mengerunkan PH, daripada ketiga-tiga PRK tersebut, ialah dengan kerjasama UMNO/PAS telah menghasilakan keputusan yang cemerlang. Di Cameron Highland daripada hanya  meraih 597 undi majoriti pada PRU 14 mampu mempertingkatkan undi majoriti kepada 3,508 pada PRK 26 Januari 2019. Bagi DUN Semenyih pula daripada tewas 8,964 undi majoriti pada PRU 14, telah berjaya merampas kawasan tersebut daripada PH dengan 1,914 undi majoriti pada 2 Mac 2019. Akhir sekali bagi DUN Rantau, setelah menang tanpa bertanding pada PRU 14, telah berjaya mempertahankan DUN tersebut dengan undi majoriti yang bergaya sebanyak 4,510 undi walaupun ia kawasan campuran bukan majoriti Melayu.

Satu lagi fakta yang mengerunkan PH atas kerjasama UMNO/PAS ialah 30 kawasan Parlimen yang mereka menangi pada PRU ke 14 yang lalu. Seandainya terjalin kerjasama UMNO/PAS pada pra PRU 14, sudah tentu 30 kawasan parlimen berkenaan bukan milik PH. Dan bagi kesan keseluruhannya sekiranya ianya berlaku, PH tidak mungkin menjadi kerajaan pada hari ini.

30 kawasan parlimen yang dimaksudkan seperti jadual berikut:

Negeri
Kaw.Parlimen
Nama Calon Menang PRU14
Jumlah undi diperolehi PRU 14
Majoriti PRU14
Majoriti sekira kerjasama BN/PAS
( a )
( b )
( c )
( d )
( e )
( f )
1. Perlis
P2 Kangar
Noor Amin Ahmad PH(PKR)
BN(UMNO) 15,306
GS(PAS)    8,465
PH(PKR)   20,909
5,603 PH(PKR)
2,862 BN/PAS
2. Kedah
P5 Jerlun
Mukhriz Mahathir PH(PPBM)
(Menteri Besar)
BN(UMNO) 12,413
GS(PAS)   12,829
PH(PPBM) 18,695
5,866 PH(PPBM)
6,547 BN/PAS
3. Kedah
P6 Kubang Pasu
Amiruddin Hamzah PH(PPBM)
BN(UMNO) 16,975
GS(PAS)   13,375
PH(PPBM) 29,934
13,009 PH(PPBM)
366 BN/PAS
4. Kedah
P8 Pokok Sena
Mahfuz Omar PH(PAN)
(Timbalan Menteri)
BN(UMNO) 18,390
GS(PAS)   23,401
PH(PAN)   28,959
5,558 PH(PAN)
12,832 BN/PAS
5. Kedah
P10 Kuala Kedah
Azman Ismail PH(PKR)
BN(UMNO) 19,400
GS(PAS)   23,143
PH(PKR)   36,624
13,481 PH(PKR)
5,919 BN/PAS
6. Kedah
P14 Merbok
Nuri Aina Abdullah
PH(PKR)
BN(UMNO) 20,830
GS(PAS)  19,618
PH(PKR)  30,902
21,569 PH(PKR)
9,546 BN/PAS
7. Kedah
P15 Sg. Petani
Johari Abdul PH(PKR)
BN(UMNO) 23,963
GS(PAS)  22,760
PH(PKR)  45,532
21,569 PH(PKR)
1,191 BN/PAS
8. Kedah
P17 Padang Serai
Karuppaiya Muthusamy PH(PKR)
BN(MCA)  15,449
GS(PAS)   22,911
PH(PKR)   31,724
8,813 PH(PKR)
6,636 BN/PAS
9. Kedah
P18 Kulim Bandar Baru
Saifuddin Nasution PH(PKR)
(Menteri)
BN(UMNO) 18,299
GS(PAS)   12,885
PH(PKR)   23,159
4,860 PH(PKR)
8,025 BN/PAS
10. Perak
P57 Parit Buntar
Mujahid Yusof Rawa
PH(PAN)
(Menteri)
BN(UMNO) 13,655
GS(PAS)   12,312
PH(PAN)   16,753
3,098 PH(PKR)
9,214 BN/PAS
11. Perak
P63 Tambun
Ahmad Faizal Azumu
PH(PPBM)
(Menteri Besar)
BN(UMNO) 33,341
GS(PAS)   14,948
PH(PPBM) 38,661
5,320 PH(PPBM)
9,628 BN/PAS
12. Perak
P74 Lumut
Mohd Hatta Md Ramli
PH(PAN)
(Timbalan Menteri)
BN(UMNO) 21,555
GS(PAS)   10,135
PH(PAN)   21,955
400 PH(PAN)
9,735 BN/PAS
13. Perak
P77 Tanjung Malim
Chang Lih Kang
PH(PKR)
BN(UMNO) 19,314
GS(PAS)  10,311
PH(PKR)  24,672
5,358 PH(PKR)
4,953 BN/PAS
14. Pahang
P80 Raub
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
PH(DAP)
(Timbalan Menteri)
BN(MCA)  17,500
GS(PAS)   7,866
PH(DAP)  20,659
3,159 PH(DAP)
4,707 BN/PAS
15. Pahang
P82 Indera Mahkota

Saifuddin Abdullah
PH(PKR)
(Menteri)
BN(UMNO) 17,628
GS(PAS)  17,515
PH(PKR)  28,578
10,950 PH(PKR)
6,565 BN/PAS
16. Pahang
P83 Kuantan
Fauziah Salleh
PH(PKR)
BN(MCA)  13,667
GS(PAS)  14,696
PH(PKR)  22,807
8,111 PH(PKR)
5,556 BN/PAS
17. Pahang
P88 Temerloh
Annuar Mohd Tahir
PH(PAN)
(Timbalan Menteri)
BN(UMNO) 22,094
GS(PAS)  14,734
PH(PAN)  23,998
1,904 PH(PAN)
12,830 BN/PAS
18 Pahang
P89 Bentong
Wong Tack
PH(DAP)

BN(MCA)  23,684
GS(PAS)  5,706
PH(DAP)  25,716
2,032 PH(DAP)
3,674 BN/PAS
19.Selangor
P93 Sg. Besar
Muslim Yahya
PH(PPBM)
BN(UMNO) 16,636
GS(PAS)   7,220
PH(PPBM) 17,350
714 PH(PPBM)
6,506 BN/PAS
20. Selangor
P94 Hulu Selangor
June Leow
PH(PKR)
BN(MIC)  27,392
GS(PAS)  16,620
PH(PKR)  40,783

13,391 PH(PKR)
3,229 BN/PAS
21. Selangor
P96 Kuala Selangor
Dzulkefly Ahmad
PH(PAN)
(Menteri)
BN(UMNO) 21,344
GS(PAS)   8,535
PH(PAN)  29,842
8,498 PH(PAN)
37
BN/PAS
22. Selangor
P109 Kapar
Abdullah Sani Abdul Hamid
PH(PKR)
BN(MIC)   26,412
GS(PAS)  31,425
PH(PKR)  47,731
16,306 PH(PKR)
10,106 BN/PAS
23. Selangor
P112 Kuala Langat
Xavier Jayakumar Arulanandam
PH(PKR)
(Menteri)
BN(UMNO) 26,127
GS(PAS)  18,731
PH(PKR)  43,239
17,112 PH(PKR)
1,619 BN/PAS
24. W.P. Kuala Lumpur
P119 Titiwangsa
Rina Mohd Harun
PH(PPBM)
(Menteri)
BN(UMNO) 19,701
GS(PAS)   6,845
PH(PPBM) 23,840
4,139 PH(PPBM)
2,706 BN/PAS
25. Negeri Sembilan
P129 Kuala Pilah
Eddin Syazlee Shaith
PH(PPBM)
BN(UMNO) 17,845
GS(PAS)   4,347
PH(PPBM) 18,045
200 PH(PPBM)
4,147 BN/PAS
26. Negeri Sembilan
P133 Tampin
Hassan Baharom
PH(PAN)
BN(UMNO) 21,433
GS(PAS)   4,598
PH(PAN)  22,435
1,002 PH(PAN)
3,596 BN/PAS
27. Melaka
P136 Tangga Batu
Rusnah Aluai
PH(PKR)
BN(UMNO) 27,761
GS(PAS)   8,961
PH(PKR)  32,420
4,659 PH(PKR)
4,302 BN/PAS
28. Johor
P149 Sri Gading
Saharuddin Md Salleh
PH(PPBM)
BN(UMNO) 18,223
GS(PAS)   4,548
PH(PPBM) 21,511
3,288 PH(PPBM)
1,260 BN/PAS
29. Johor
P165 Tanjung Piai
Md Farid Md Rafik
PH(PPBM)
BN(UMNO) 20,731
GS(PAS)   2,962
PH(PPBM) 21,255
524 PH(PPBM)
2,438 BN/PAS
30. Sabah
P173 Putatan
Awang Husaini Sahari
PH(PKR)
BN(UPKO) 11,767
GS(PAS)   2,434
PH(PKR)  14,106
2,339 PH(PKR)
95
BN/PAS


Jelas mengambarkan berdasarkan dijadual tersebut di atas, 30 kawasan berkenaan tidak akan dimiliki oleh PH jika berlaku gabungan kerjasama UMNO dan PAS sebelum PRU 14. Kesan pada keseluruhannya, PH tidak mungkin boleh menjadi kerajaan pada hari ini.

Berdasarkan keputusan PRU 14, PH memperolehi 5,799,158 undi popular (termasuk parti WARISAN) yang merupakan 48% daripada 12,082,431 jumlah undi yang sah (setelah ditolak yang tidak hadir dan undi rosak). Yang tidak hadir 2,641,110 (18.62%) orang dan undi rosak 217,083 (1.77%) undi. PH telah memenangi 121 kerusi (8 daripadanya kerusi WARISAN) yang merupakan 54.51% daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

BN pula telah memperolehi 4,080,797 undi popular yang merupakan 33.77% daripada 12,082,431 jumlah undi yang sah. BN telah memenangi 79 Kerusi ( termasuk 17 kerusi daripada Gagasan Parti Sarawak (GPS)merupakan sebahagian daripada BN ketika itu)ini bersamaan dengan 35.59% daripada 222 kerusi Dewan Rakyat. PAS memenangi 18 kerusi (8.11%) dan BEBAS memenangi 4 kerusi (1.80%).

Seandainya berlaku gabungan kerjasama BN/PAS pra PRU ke 14 senarionya adalah berbeza dan ia tidak memihak kepada PH.

Dari segi undi popular, gabungan tersebuat mampu memperolehi jumlah undi popular yang terbesar iaitu 6,122,485 undi yang merupakan 50.67% berbanding dengan PH hanya 48%. Di mana BN memperolehi 4,080,797 undi popular (33.77%) dan PAS sebanyak 2,041,688 undi popular (16.90%).

Dari segi kerusi pula, gabungan tersebut akan memperolehi kerusi terbanyak iaitu 127 kerusi yang merupakan 57.21% daripada jumlah kerusi Dewan Rakyat. 79 kerusi bersamaan dengan 35.59% kerusi BN, 18 kerusi bersamaan dengan 8.11% kerusi PAS dan 30 kerusi bersamaan dengan 13.51% dari 30 kawasan seperti jadual tersebut di atas. Dalam senario ini seandainya ia berlaku sudah pasti PH kehilangan 30 kerusi dan berbaki hanya 91 kerusi daripada 121 kerusi sekarang.

Oleh itu, dengan kecermelangan gabungan kerjasama BN (UMNO)/GS(PAS) dalam ketiga-tiga PRK berturut-turut ini telah mengerunkan PH untuk berhadapan dengan gabungan tersebut menjelang PRU ke 15 akan datang.

Dengan pola jumlah undi yang berganda sekiranya bergabong di 30 kawasan parlimen yang telah dikenal pasti itu juga mewujudkan kegerunan mereka untuk berhadapan dalam  PRU ke 15 akan datang.

Kawasan-kawasan ini merupakan ‘simpanan tetap’ yang strategik untuk menambah undi pada PRU ke 15 akan datang melalui gabungan Piagam Mufakat Nasional yang sudah dipersetujui bersama.

Dengan kegerunan mereka itu, sebab itulah mengapa mereka telah menimbulkan perasaan resah dan gelisah di kalangan pemimpin-pemimpin mereka. Ada juga yang telah meras rasa iri hati dan serba sedikit telah menjurus ke arah perasaan dengki  melalui usaha untuk memecah belah gabungan itu. Sehingga mereka telah melabelkan gabungan penyatuan ini dengan pelbagai ungkapan penghinaan dan cerchaan yang berbaur negatif.

Sepatutnya mereka tidak perlu mereka risau. Dengan gabungan kerjasama ini tidak siapa mampu menewaskan kita yang dihina. Dengan gabungan kerjasama ini tidak siapa mampu mengalahkan kita yang ditindas. Dengan gabungan kerjasama ini tidak siapa yang boleh menghalangkan gelombang kebangkitan kita yang menuntut keadilan. Melainkan dengan izin Allah. Inshallah kita akan terus mara ke hadapan bermula saat ini untuk menuntut hak kita.

Ada yang bertanya dan ragu tentang mufakat ini kerana menggunakan perkataan ‘penyatuan ummah’. Hakikatnya perkataan ‘ummah’ itu datang dari perkataan Arab yang bermaksud masyarakat atau rakyat atau umat manusia.

Oleh itu hanya syitan sahaja yang menentang masyarakat atau rakyat atau umat manusia untuk bersatu.

Ini sebenarnya merupakan satu mufakat oleh dua saudara kandung yang sudah lama terpisah.Yang umpama sirih pulang ke gagang. Yang Belut pulang ke lumpur. Sirih semakin subur. Belut semakin sihat dan membesar.

Walaupun ia merupakan satu mufakat oleh dua saudara yang sudah lama terpisah, namun ini bukanlah bererti meminggirkan pihak yang lain. Pihak yang lain akan terus dibela seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sejak 60 tahun yang lalu. Begitu oleh kerajaan PAS di negeri Kelantan sejak 29 tahun yang lalu.

Akhir sekali fenomina tersebut di atas juga telah turut menyumbang ke arah kegerunan PH terhadap usaha pengabungan dalam Piagam Mufakat Nasional yang telah ditandatangan oleh UMNO dan PAS pada hari bersejarah 14 September 2019.


No comments:

Post a Comment