Kebanyakkan rakyat tidak memahami kisah disebalik 1MDB ini. Siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa antarabangsa bukanlah ke atas kes penyelewengan 1MDB tetapi keatas lapuran-lapuran palsu berkaitan 1MDB yang disebarkan oleh media luar negara terutamanya Sarawak Report (sila rujuk Fakta 1). Sebagai contoh:
Cynthia Gabriel |
Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang |
i) Didalam kes pembelian kapal selam Scorpene, Pihakberkuasa Perancis tidak menjalan siasatan keatas Najib tetapi mereka menyiasat keatas orang yang membuat lapuran tersebut iaitu Cynthia Gabriel kerana Cynthia Gabriel telah membuat lapuran palsu dimana semasa dia membuat lapuran itu, dia telah memberi maklumat palsu tentang Locus Standi SUARAM (sila rujuk Fakta 1 pada parenggan pertama dan Fakta 2 pada parenggan 2 dan parenggan 3). Akibatnya Cynthia Gabriel adalah seorang yang di klasifikasikan sebagai PERSONA NON GRATA di Perancis dan akan ditangkap jika dia menjejak kaki di Perancis. Untuk makluman pembaca, Cynthia Gabriel juga terlibat bersama Clare Rewcastle Brown ,Mathias Chang dan Kairuddin Abu Hassan didalam isu pengumuman DOJ-2 baru-baru ini.
Mahathir and Clare Rewcastle Brown |
ii) Di dalam kes 1MDB pula, semua lapuran Sarawak Report ternyata adalah palsu. Ini telah di sahkan oleh OPEN SOURCE INVESTIGATION (sila rujuk Fakta 3) yang mendedahkan bahawa Clare Rewcastle Brown telah menyunting email-email yang diambil dari Francis Xavier Justo supaya kandungan email tersebut menunjukkan bahawa Najib terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB. Selain dari pada itu New Straits Times juga telah mendedahkan beberapa petikan perbualan Whatsapp diantara Clare Rewcastle Brown dengan Ho Kay Tat (sila rujuk Fakta 4)
Mahathir and Xavier Andre Justo |
iii) Sementara itu, pada 30hb June 2015, Raja Petra Kamaruddin telah mendedahkan bahawa orang kanan dan juga pengendali (admin) blog Tong Mahataik chedet.cc iaitu Sufi Yusof telah melakukan beberapa lawatan ke Thailand untuk bertemu Francis Xavier Justo untuk berunding untuk mengambil semua email-email Petrosaudi yang ada dalam simpanan Justo (sila rujuk Fakta 5)
Ho Kay Tat |
iv) Didalam keghairahan Sarawak Report untuk sabotaj 1MDB, dimana semasa pihak berkuasa Singapore (MAS) menjalan siasatan berdasarkan kepada lapuran Sarawak Report dan Khairuddin Abu Hasan, pihak MAS telah bertemu (stumble) dengan beberapa penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pegawai atasan kedua-dua bank tersebut. Semasa siasatan pihak MAS telah membongkar bahawa bank tersebut telah menjalankan perniagaan secara PONZI SCHEME (scheme cepat kaya) dan juga terlibat dengan PENGEDARAN DADAH yang ternyata melanggar undang-undang Money Laundering (sila rujuk kepada FAKTA 6 - bank terlibat dengan aktiviti Money Laundering) dan (sila rujuk kepada FAKTA 7 - pegawai atasannya terlibat dengan pengedaran dadah).
v) Selain daripada itu pihak MAS telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa TIDAK ADA MANA-MANA BANK DI SINGAPORE YANG TELAH MENERIMA WANG DARI PIHAK GOLDMAN SACHS UNTUK DI DEPOSITKAN ATAS NAMA 1MDB (sila rujuk kepada FAKTA .
vi) Akibat dari penipuan berterusan Clare Rewcastle Brown melalui lapurannya dalam Sarawak Report, kini Clare dah mula rasa takut dengan bayangannya sendiri sehingga Clare tidak berani untuk datang ke Singapore untuk memberi ceramah atas alasan dia mungkin di tangkap oleh pihak berkuasa Singapore dan di EXTRADITE (serahkan) kepada pihak berkuasa Malaysia (sila rujuk kepada Fakta 9)
FAKTA 1 - UK probing Royal Bank of Scotland on 1MDB | Free Malaysia Today*
PERTAMA: Laporan media di UK juga merujuk kepada pelbagai siasatan yang dijalankan di Switzerland, Singapura, Hong Kong, AS dan Perancis. Sementara siasatan oleh Mahkamah Perancis keatas dakwaan pegawai Perancis telah membayar sogokan kepada pegawai Malaysia didalam perjanjian pembelian senjata bernilai USD1.2 bilion, siasatan-siasatan lain lain pula berkenaan kes pengubahan wang haram dan unsur jenayah yang berkaitan (Sila juga rujuk kepada Fakta 2)
[The media reports in the UK also referred to various probes underway in Switzerland, Singapore, Hong Kong, US and France, among others. While the probe in French Court was on French officials paying kickbacks to Malaysian officials for a USD1.2 billion arms deal, the other probes were on money laundering and related criminal elements.]
KEDUA, "Mengambil kira sikap prejudis portal Free Malaysia Today", kita perlu memahami mengapa saya katakan lapuran Free Malaysia Today ini adalah semata2 berniat jahat untuk memfitnah 1MDB dan Najib
1) Jika dirujuk kepada perenggan kedua (link dibawah), Free Malaysia Today melapurkan bahawa
["The UK, the reports said, was following up on various allegations uploaded by UK-based The Sarawak Report, a whistleblowing website founded and edited by Sarawak-born Clare Rewcastle-Brown, sister-in-law of former British Prime Minister Gordon Brown."]
FAKTA 2 - The reason why the DoJ made that announcement yesterday | Malaysia Today*
Ini sama seperti siri sidang akhbar serta pengumuman yang Cynthia Gabriel anjurkan melalui peguam Perancis beliau beberapa tahun yang lalu. Mereka terus memberitahu rakyat Malaysia bahawa perbicaraan yang sedang berjalan di Paris dan polis Perancis telah akan subpoena Najib untuk tampil memberi keterangan didalam perbicaraan itu.
Ia sebenarnya adalah berita palsu. Tidak ada perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis dan pihak Perancis tidak akan subpoena Najib untuk memberi keterangan di dalam perbicaraan tersebut. Apa yang berlaku ialah SUARAM telah memfailkan aduan kepada Mahkamah Perancis dan Mahkamah telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat aduan SUARAM, bukannya menyiasat Najib. Malah, laporan polis dikemukakan kepada Mahkamah pun menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk siasat Najib sama sekali (jadi dia BUKAN 'orang yang disyaki' sepertimana yang SUARAM dakwakan).
Jadi Cynthia Gabriel telah menipu kita. Dan dia juga telah berbohong kepada Mahkamah Perancis apabila Mahkamah mempersoalkan Locus Standi SUARAM, dimana Cynthia memberitahu Mahkamah Perancis bahawa SUARAM adalah sebuah NGO antarabangsa sedangkan SUARAM adalah syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Syarikat Malaysia. Jika ada orang memberitahu Mahkamah Perancis perkara sebenarnya, sudah tentu pihak Perancis akan menangkap Cynthia dan bukannya Najib.
Cynthia Gabriel telah melaku satu penipuan didalam episod Perancis ini. Dan kini dia sedang melakukannya sekali lagi. Tidak ada siasatan jenayah yang dilakukan terhadap Najib. Ini adalah satu saman sivil yang melibatkan penyitaan aset. Walau bagaimanapun, sebelum DOJ boleh meneruskan dengan serangan-serangan ini, pertama sekali mereka perlu membuktikan di Mahkamah Amerika Syarikat bahawa perbuatan jenayah telah berlaku. Dan ini yang mereka masih belum dapat lakukan.
FAKTA 3 - Eksklusif: Plot untuk menggulingkan Najib menyelamatkan Clare Rewcastle dari insolvensi - siasatan Open Source*
Siasatan OSI, sumbernya boleh didapati secara umum, telah mendedahkan bagaimana blogger yang berpangkalan di UK telah telah mengaku bahawa dia terlibat didalam plot untuk menggulingkan Najib Razak. Pengakuan dan pendedahannya bahawa dia yang telah menyunting data2 yang dicuri oleh Xavier Justo dan kemudian menyiarkan di laman web nya, telah mendedahkan lagi motif beliau.
(An OSI investigation, of publicly available sources, has already revealed how the UK-based blogger has been the public face of the plot to oust Najib Razak, a fact she has admitted. Revelations and further admissions that she offered Xavier Justo $2million for stolen data, which was edited and published on her website, have further exposed her motivations.)
FAKTA 4 - NST DEDAH PERBUALAN WHATSAPP ANTARA CLARE (SARAWAK REPORT) DENGAN JUSTO
Tony Pua |
Menurut sumber, perbualan WhatsApp juga mendedahkan hubungan rapat Rewcastle-Brown dengan pemimpin pembangkang yang dipenjara iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen DAP Tony Pua dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam satu perbualan melalui WhatsApp ke Rewcastle-Brown pada 19 Mac, Ho didakwa menulis: "Editorial artikel anda menunjukkan bahawa anda berniat untuk menggulingkan Perdana Menteri ... Kami akan dituduh bekerjasama dengan anda dengan tujuan untuk menggulingkan PM . "
Clare menjawab: "Saya yang menulis cerita ini dan bukannya anda ... Tunaikan komitmen anda dan saya pergi dan saya tidak akan memberitahu sesiapa." Kemudian dia berkata "mungkin kita akan mengubah nasib satu negara".
Dan pada bulan Jun, dia menulis: "Kami aedang merancangkan satu tindakan terakhir sebelum pilihan raya negeri (Sarawak) ... Saya akan minum (champane) selepas Najib digulingkan ... Saya telah perolehi cerita itu melalui orang-orang Anwar ... Saya telah menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan Sumber maklumat lain. "
FAKTA 5 - ORANG KANAN TONG MAHATHIR BERJUMPA DENGAN JUSTO
"Ia masih terlalu awal dalam penyiasatan tetapi satu nama yang muncul adalah nama Sufi Yusof, yang bekerja untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengendalikan chedet, blog Dr Mahathir.
Nampaknya sejak tahun lalu Sufi telah membuat beberapa lawatan ke Thailand untuk bertemu dengan Xavier dan pihak berkuasa Thailand cuba membuktikan ini melalui rekod imigresen. Sama ada sufi sedar bahawa beberapa dokumen yang ada pada Justo telah dipinda atau sama ada dia juga terlibat penipuan ini juga adalah skop siasatan pihak berkuasa Thailand.
FAKTA 6 - BANK TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN SKIM CEPAT KAYA
Swiss prosecutors probe suspected $800 million misappropriation from Malaysia's 1MDB | Reuters
Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) pada hari Rabu berkata satu Ponzi scheme (skim cepat kaya) mungkin telah diwujudkan untuk menyembunyikan penipuan yang dikatakan itu, sambil menambah ia meminta bantuan lanjut dari Malaysia untuk siasatannya.
Switzerland's Office of the Attorney General (OAG) said on Wednesday a Ponzi scheme may have been setup to conceal the alleged fraud, adding it was seeking further help from Malaysia for its investigation.
FAKTA 7 - PEGAWAI ATASAN TERLIBAT DENGAN PENGEDARAN DADAH
Bekas pengurus bank peribadi BSI Singapore yang terlibat dalam siasatan 1MDB didakwa - BERITA MediaCorp
SINGAPURA: Bekas pengurus bank peribadi Yeo Jiawei didakwa di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius kerana mendapat habuan dalam bentuk hartanah sebagai sebahagian daripada kegiatan jenayahnya.
Menurut dokumen mahkamah, Yeo, 33 tahun menerima S$200,000 dalam akaun Bank of China yang "membentuk sebahagian daripada habuan yang diterima kerana menipu", sekaligus melakukan jenayah di bawah akta tersebut.
FAKTA 8 - MAS SAHKAN TIADA BANK DI SINGAPORE MENERIMA KIRIMAN WANG UNTUK 1MDB
Update: MAS says no Singapore bank received 1MDB bond proceeds
JUN 8, 2016 2:03 PM [SINGAPORE]
Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) pada hari Rabu berkata tiada bank di Singapura yang telah menerima pemindahan kawat bernilai US$3 bilion daripada Goldman Sachs yang telah mengatur pengeluaran bon untuk dana negara Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Memang jarang berlaku bagi MAS untuk mengeluarkan kenyataan mengenai urus niaga perbankan tertentu, dan ia berkata ia berbuat demikian sebagai tindak balas kepada pertanyaan media. "MAS menyatakan bahawa tiada bank di Singapura menerima pemindahan wayar US$3 bilion dari Goldman Sachs berhubung dengan terbitan bon untuk 1MDB," kata seorang jurucakap MAS. Kenyataan satu talian itu datang selepas Wall Street Journal melaporkan bahawa bon hasil daripada bon 1MDB bernilai AS $ 3 bilion berakhir di cawangan bank Switzerland di Singapura.
[The Monetary Authority of Singapore (MAS) said on Wednesday that no bank in Singapore received the US$3 billion wire transfer from Goldman Sachs which had arranged the bond issuance for Malaysian state fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB). It is rare for MAS to issue statements about specific banking transactions, and it said it was doing so in response to media queries. “MAS stated that no bank in Singapore received the US$3 billion wire transfer from Goldman Sachs in relation to the bond issuance for 1MDB,” an MAS spokeswoman said. The one-line statement came after the Wall Street Journal reported that bond proceeds from the 1MDB US$3 billion bonds ended up in the Singapore branch of a Swiss bank]
FAKTA 9 - Tiada tekanan ke atas Singapura untuk tangkap editor Sarawak Report | Free Malaysia Today*
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menolak dakwaan kerajaan memberikan tekanan ke atas Singapura untuk menahan dan menghantar pulang pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, sekiranya wartawan Britain itu tiba di situ.
Nur Jazlan bagaimanapun enggan memberikan komen sama ada Singapura akan menahan Clare.
“Saya tidak boleh komen mengenai apa-apa tindakan Singapura. Ia terpulang kepadanya sebagai negara berdaulat,” kata Nur Jazlan.
Akhbar The Australian hari ini melaporkan Clare sebagai mendakwa beliau membatalkan hasratnya ke Singapura minggu lalu kerana bimbang ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia
Posted on: 2hb August 2017
Facebook Link dah kena blocked
No comments:
Post a Comment