Thursday, 26 September 2019

LIM KIT SIANG PERLU CERMIN DIRI, JANGAN CUBA BERLAGAK SUCI, KERANA FITNAH DAN BERITA PALSU MERUPAKAN SENJATA DAP

Persoalannya, selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan bersenjatakan fitnah dan berita palsu, sekarang DAP cuba untuk berlagak suci.
Merujuk kepada gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar semua pihak menentang berita palsu dan politik kebencian, ia perlu dibidas kerana DAP telah memberi gambaran bahawa seolah-olah masalah tersebut berpunca dari orang lain dan bukannya dari mereka sendiri.
Sekiranyalah DAP ini betul-betul ikhlas dengan gesaannya, maka mereka terlebih dahulu perlulah berikrar bahawa mereka akan menghapuskan semua permainan politik kotor parti yang dibuat oleh mereka, terutamanya melibatkan berita palsu dan berita yang menimbulkan kebencian antara kaum.
DAP lah sepatutnya berjanji agar mereka sendiri akan memulakan untuk mengamalkan politik bersih, dan barulah mereka menjemput orang lain untuk menyertai budaya politik bersih seperti yang dicadangkan sekarang.
Kit Siang pada 22 September lalu berkata:
“I want to issue a challenge to all political parties, whether in government or opposition, either at the national or the state level, to take a united and firm stand against fake news and hate speech.
Are the opposition parties prepared to attend a roundtable conference to combat fake news and hate speech? If so, the Dap is prepared to host such a roundtable conference.”
Seterusnya, terbukti bahaw UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu konsisten memerangi segala bentuk fitnah dan berita palsu.
Sejak dahulu lagi UMNO dan BN tetap konsisten memerangi segala bentuk fitnah dan berita palsu yang secara mudah tersebar di media lebih-lebih lagi di zaman moden kini.
Ia terbukti  apabila Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 April 2018 pada era pemerintahan kerajaan BN.
Ironinya, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuhkan pula di Dewan Rakyat yang sama pada 16 Ogos 2018 hanya empat bulan selepas Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP menang (PH) mengambil alih Putrajaya.
Persoalannya, adakah DAP akan menawarkan diri mereka sebagai penyelesai kepada masalah ataupun DAP adalah punca pada masalah ini seperti kata peribahasa Melayu ‘Cermin diri sendiri’.
Lim Kit Siang sendiri serta beberapa pemimpin DAP yang lain telah mengeluarkan banyak tuduhan yang akhirnya terbukti ianya tidak benar. Tidak perlu kami menyebutkan senarinya secara terperinci, namun memadailah dengan beberapa contoh seperti berikut.
Salah satu contohnya Menteri Kewangan dari DAP membohongi rakyat serta pelabur asing bahawa hutang negara ialah RM 1 trilion, walhal hutang rasmi negara ketika itu mengikut data Bank Negara Malaysia ialah RM 686.8 bilion yang diiktiraf oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Pengumuman yang tidak cerdik ini telah mewujudkan sentimen negatif pelabur antarabangsa lalu keluar dari pasaran Malaysia. Kesannya indek pasaran saham negara meredum jatuh daripada lebih kurang 1800 mata kepada lebih kurang 1600 mata yang kerugian yang dialami berjumlah lebih kurang RM 200 bilion. Banyak counter mengalami kerugian termasuk Tabung Haji dan Syarikat-syarikat Khazanah Nasional. Malah ia telah juga turut menjejaskan nilai pertukaran mata asing (foreing exchange) negara sehingga sekarang.
Satu lagi contoh fitnah datangnya daripada Menteri Kewangan yang sama dan dari parti yang sama iaitu DAP. Kali ini dengan sikap yang tidak bermoral serta berintegriti ia telah dilemparkan di hadapan ahli yang berhormat di Dewan Rakyat. Beliau telah menuduh bahawa kehilangan berjumlah RM 19.4 bilion untuk bayaran balik cukai GST telah dirompak oleh kerajaan terdahulu iaitu kerajaan BN. Namun apabila disiasat oleh Ketua Odit Negara dan laporannya dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) di parlimen maka didapati wang itu tidak hilang dan masih berada di bawah Akaun Yang Disatukan (Consolidate Account) di Kementerian Kewangan. Jelas ia merupakan satu kesalahanpembohongan yang sepatutnya boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Parlimen untuk diambil tindakan tatatertib.
Cukuplah kami mengatakan setakat ini, bahawa banyak lagi kenyataan dan tuduhan dari pihak pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan tidak tepat atau tidak benar sama sekali.
Biarlah DAP memimpin secara tauladan dengan bersikap bersih dan adil, bukan hanya sekadar bercakap sahaja tetapi tidak serupa bikin. Akuilah kesilapan dahulu kerana pernah mencipta propaganda, fitnah serta siri penipuan kepada rakyat sehingga tumbangnya kerajaan UMNO/BN yang telah berkuasa 60 tahun sejak negara mencapai kemerdekaani. 
Kesimpulannya, Lim Kit Siang dan DAP tidak layak bercakap tentang berita palsu dan politik kebencian, malah merekalah penganut tegar budaya politik negatif itu dari dahulu sejak DAP ditubuhkan, kini dan selama-lamanya seandainya DAP masih wujud, dan selagi ia tidak diharamkan oleh mana-mana kerajaan Malaysia yang bakal memerintah.

No comments:

Post a Comment