Mohamad Sabu dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu telan hakikat bahawa mereka telah gagal dalam memastikan kebajikan terhadap warga ATM dalam isu LTAT.
Mereka telah gagal mengurus tadbir LTAT di bawah pengurusan Kementerian Pertahanan Malaysia dengan baik serta terus memperjudikan kebajikan para anggota dan warganya.
Tak payahlah difokuskan,” elephanat fight elephant, the grass die”, di tengah-tengah itu. Fokuslah kepada kebajikan anggota ATM, perwira kita sebenar, yang rela mati demi negara tercinta ini !!!”
Kerajaan PH khususnya MINDEF (Kementerian Pertahanan) perlu ambil tanggungjawab dan jelaskan kepada rakyat cerita sebenar di sebalik kegagalan ini.
Jangan hanya suka baling batu sembunyi tangan, kerana rakyat sudah bosan.
Ini merujuk kepada pengumuman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengenai dividen bagi ahlinya bagi tahun kewangan 2018 hanya 2% sahaja, tambahan pula terlalu lewat diisytiharkan tidak seperti kebiasaan pada Februari.
Adakah mereka cuba menyembunyikan kelemahan mereka supaya cukup masa menyediakan jawapan untuk menuding jari terhadap orang lain?
Tak pernah lagi dalam sejarah LTAT, dividen diumum lewat berbulan-bulan. Sampaikan dah nak masuk Oktober baru umum dividen?
Dah lah lewat umum, dividen, malah dividen pula cuma hanya 2% – terendah sejak tahun 1973.
Tahun 2016 dulu, apabila LTAT umum dividen 12% bagi tahun kewangan 2015, Rafizi Ramli melenting sampai hendak buat analisa kewangan serta bawa LTAT ke mahkamah. Sekarang agak-agak beliau hendak buat apa pula ya? Mengapa menyepi seribu bahasa?
Justeru itu kami menyarankan agar kerajaan PH jangan lagi bersikap menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri. Dalam zaman media sosial ini, walaupun tidak disiarkan oleh mana-mana media arus perdana kerajaan PH, namun ia mampu diketahui oleh rakyat atas segala pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh mereka.
Cukup-cukuplah salahkan kerajaan terdahulu. Semua orang tahu, selepas PH menang PRU-14, dua aset terbesar LTAT iaitu Boustead dan Affin Bank alami kejatuhan nilai saham yang paling teruk dalam sejarah.
Itu belum lagi cerita Hotel Royal Chulan milik Boustead dijual kepada Singapura dengan harga rendah dari pasaran. Bukankah itu merupakan satu pengkhianatan terhadap aset milik warga ATM yang terlebih dahulu tanpa sebarang izin daripada ahli-ahli mereka.
Ini semua berlaku zaman PH, semangat Kerajaan Malaysia Baru kononnya. Walhal, menggadai aset milik orang lain sesuka hati tanpa izin, bukan menamabah aset.
No comments:
Post a Comment