Tuesday 22 October 2019

PERBICARAAN SRC : NAJIB TIDAK ADA KES PERLU DI JAWAB, KATA PEGUAMBELA

(NST) – Peguambela Datuk Seri Najib Razak hari ini berhujah bahawa bekas Perdana Menteri harus dibebasakan daripada semua tuduhan tanpa beliau dipanggil untuk membela diri dalam kes SRC International, memandangkan pihak pendakwa telah gagal untuk buktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mereka berhujah bahaw Najib tidak ada kes untuk dijawab, memandangkan beban bukti berkaitan penglibatan beliau semasa dalam menjurus kerajaan membuat keputusan meluluskan Jaminan Kerajaan (Government Guarantee) untuk sejumlah  RM4 juta pinjaman kepada SRC tidak ada bukti kewujudan sebarang perancangan korup di mana Najib sebahagian daripadanya.
Mereka berkata bukti juga tidak ada menunjukkan sebarang neksus atau rangkaian antara penglibatan Najib dalam perkara berkaitan dengan keputusan kerajaan untuk memberi Jaminan Kerajaan kepada SRC pada tahun 2011 dan 2012, dan RM42 juta yang telah dipindahkan ke dalam akauan bekas Menteri Kewangan pada tahun  2014 dan 2015.
Disebaliknya, peguambela telah berhujah bahawa bukti menunjukkan bahawa transaksi melibatkan RM42 juta dilakukan tanpa pengetahuan dan penglibatan Najib.
Sebagai penutup, oleh itu, adalah bahawa RM42 juta tidak boleh dikatakan jumlah kepada ‘ganjaran’,” peguambela Najib berhujah sebagai rumusan pembelaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Najib, 66, didakwa menggunakan pejabatnya untuk ganjaran, tiga dakwaan Pecah Amanah dan tiga dakwaan pengubahan wang haram.
Pendakwa telah memanggil 57 orang saksi melebihi 57 hari sebelum prosiding pembelaan bermula hari ini.
Najib telah dibela oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Farhan Read, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, dan Syahirah Hanapiah.
Pihak pendakwa diketuai oleh Peguam Negar Tan Sri Tommy Thomas, Datuk V. Sithambaram, Datuk Sulaiman Abdullah, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Datuk Suhaimi Ibrahim, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

No comments:

Post a Comment