Monday 7 October 2019

MARUAH MELAYU TERGADAI AKIBAT PEMIMPIN MELAYU DALAM KERAJAAN PH

Terdapat kebaikan di dalam resolusi-resolusi yang dibentangkan di dalam Kongres Maruah Melayu. Malangnya resolusi yang dicapai tinggal resolusi hanya untuk memenuhi pengisian kongres tersebut sahaja.
Sejauh mana ia akan dilaksana tidak mendapat jaminan apa-apa dari kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Malah Perdana Menteri (Tun Mahathir Mohamad) dalam ucapannya mengakui kerajaan pimpinannya sekarang tidak kuat kemelayuannya dan terpaksa menjaga hati orang lain.
Jika sudah begitu pengakuannya, bererti maruah Melayu tidak mungkin dapat dikembalikan akibat parti politik Melayu serta pemimpin Melayu dalam kerajaan PH itu sendiri.
Seperti petikan kata-kata Tun M (Mahathir) di dalam kongres tersebut yang mengakui bahawa kerajaan PH walaupun dipimpin oleh orang Melayu tetapi gagal menjayakan agenda Melayu.
Kata Tun Mahathir : “Saya nak mengaku di sini kerajaan walaupun dipimpin oleh orang Melayu tidak sekuat kemelayuannya sekarang.
“Kalau dahulu kita boleh harap kerana kerajaan dipimpin oleh orang Melayu kerana orang Melayu memang kuat. Kerana tidak kuat, nak tak nak kita terpaksa ambil kira perasaan orang lain”.
Justeru itu kami lihat, tepatlah tindakan ta’awun UMNO-PAS dan Piagam Muafakat Nasional (MN), yang merupakan satu komitmen jelas menyatukan ummah dan seterusnya menyusun ‘road map’ baru bagi membela maruah bangsa Melayu.
Justeru kita wajib meneruskan serta memberi fokus untuk pemerkasaan Mufakat Nasional sebagai satu jalan tuntas.
Melayu yang mengaku lemah dalam kerajaan PH boleh jua turut serta dalam Mufakat Nasional, asalkan mereka tidak lagi menggadai kedudukan, maruah dan kuasa kepada penjajah minoriti bangsa DAP, pihak yang jelas diketahui tidak menyenangi kekuatan dan kedudukan orang Melayu.
Bak kata Tun Mahathir, Melayu sendiri yang tak mahu mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu, maka sewajarnyalah orang lain menguasai mereka. Jelas  daripada kenyataan beliau ini menggambarkan berapa rendah kommitmen beliau terhadap bangsa Melayu. Tun mudah lupa bahawa perpecahan orang Melayu berpunca daripada perbuatan dia sendiri untuk mengekalkan kuasa melalui ‘pecah dan perintah’. Sekarang pula Tun telah menuding jari balik terhadap orang Melayu kononnya mereka perlu bertanggungjawab atas mengapa mereka dikuasai oleh pihak lain.
Oleh yang demikian kami merumuskan bahawa orang Melayu menerusi UMNO dan PAS memulakan penyatuan dan menggerakkan Mufakat Nasional.
Kita mengajak seluruh umat Melayu bersama dalam muafakat besar ini. Insya-Allah dilema Melayu kita lenyapkan dan kita tidak tergolong dalam kalangan Melayu yang mudah lupa seperti Tun Mahathir, Insya-Allah.
Semalam, UMNO berjiwa besar menghadiri Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam yang dihadiri kira-kira enam ribu peserta yang kebanyakannya dipenuhi pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Kehadiran UMNO adalah atas dasar rasa tanggungjawab untuk mengikuti wacana berkaitan orang Melayu.
Sebagai parti politik yang memikul mandat majoriti Melayu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menghantar wakil bagi mengikuti perkembangan kongres itu.
Atas keputusan MKT UMNO, rombongan seramai lima belas orang ahli MKT yang diketuai Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa hadir ke kongres tersebut anjuran Pusat Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya (UM) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Antara yang hadir Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; MKT, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim, Datuk Armand Azha Abu Hanifah; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Pengerusi BPUN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi BPUN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
Manakala PAS pula diwakili Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakon dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Lima Resolusi telah berjaya dikumpul menerusi perbincangan meja bulat dan rumusannya dibentangkan oleh wakil-wakil daripada UPM bagi Resolusi Kebudayaan, UiTM (Resolusi Ekonomi), UPSI (Resolusi Pendidikan), Ahli Parlimen Pasir Mas dari PAS (Resolusi Agama), dan UM (Resolusi Politik).
Malangnya resolusi-resolusi ini tinggal resolusi sahaja dan tidak mungkin diimplimentasikan. Ini memandang parti Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan yang merupakan mereka-mereka yang bacul serta tidak bermaruah takut untuk berhadapan dengan tuan penjajah mereka bangsa DAP.

No comments:

Post a Comment