Monday 7 October 2019

ILMU KIRA-KIRA MENTERI EKONOMI AZMIN ALI LAGI HEBAT DARI PAKAR EKONOMI MIERS - NAJIB RAZAK


Saya nak tahu ilmu hisab sekolah mana Menteri Ekonomi PH ini guna untuk kira sasaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 mereka.

Salah satu sasaran utama untuk Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) PH ialah untuk Malaysia mencapai nilai RM3.4 trilion untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2030.

Lalu, menteri yang tidak boleh dicam oleh mana-mana kamera CCTV dalam dunia dan buku WKB2030 mereka pula kata mereka perlu mengekalkan kadar pertumbuhan KDNK purata sebanyak 4.7% setiap tahun sehingga tahun 2030 untuk mencapai sasaran ini.

Tapi bila saya kira, angka itu tidak betul!

KDNK untuk tahun 2018 adalah RM1.45 trilion
http://www.bhplus.com.my/…/ekonomi-malaysia-cecah-rm145-tri…

Kalau nak capai sasaran KDNK RM3.4 trilion untuk tempoh 12 tahun dari 2018 hingga tahun 2030, kita perlu kadar pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7.36%.

Bukan 4.7%!

Jika hanya 4.7% setahun, KDNK negara hanya RM2.53 trilion pada tahun 2030. Tak sampai sasaran RM3.4 trilion.

Saya tidak salahkan Menteri PH yang tidak boleh dicam oleh mana-mana kamera CCTV dalam dunia walaupun dia sepatutnya jaga ekonomi negara kerana kita tahu dia sibuk melancong.

Tetapi kenapa kesilapan amat besar untuk dasar penting ini boleh berlaku?

Dia tak buat calculation sendiri tetapi minta Menteri Kewayangan yang salah titik perpuluhan itu kira untuk kamu ke?

Kalau andaian utama dengan sasaran utama pun sudah salah maka Wawasan 2030 dah gagal sebelum ianya sempat bermula.

Korang buat majlis besar-besar umum dasar 10 tahun, jemput semua wartawan-wartawan lalu buat kesilapan matematik macam ini ke?

Bukan saya seorang je yang nampak kesilapan yang memalukan ini.
Pengerusi MIER juga ada perhatikan ini:

"MALAYSIA has to reach economic growth of 8% as to attain the Shared Prosperity Vision 2030, said the Malaysian Institute of Economic Research.

Chairman Kamal Salih said according to his calculations, the gross domestic product (GDP) growth rate has to be somewhere between 6% and 8%, not 4% to 5%."
https://www.themalaysianinsight.com/s/187558

FB Datuk Seri Najib Tun Razak

Komen : Kalau kira-kira yang mudah pun salah macam mana nak rancang dan jaga ekonomi negara. Kalau begitu serupalah dengan Menteri Kewayangan yang menghadapi masalah dengan titik perpuluhan, kononnya beliau seorang ‘akauntan bertauliah’ (Charted Accountant) tetapi menipu.

Oleh itu kasihan kabinet Tun M mempunyai menteri-menteri yang tidak boleh mengira.

Itu belum test Chef Mat Sabu, mungkin beliau mempunyai formula, Elephant + Elephant = Grass will suffer.

No comments:

Post a Comment