Wednesday, 16 October 2019

WAJARKAH DAP DIHARAMKAN SEPERTI PKM APABILA MUFAKAT NASIONAL BERJAYA MENGUASAI PUTRAJAYA PRU KE 15?

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969
SEBAGAI sebuah parti politik yang sudah puluhan tahun bergulat dalam medan politik negara, parti rasis cauvinis DAP sudah sepatutnya masak dengan amalan demokrasi. Nama parti itu sendiri bermula dengan perkataan demokratik.
Bagaimanapun, dalam kes di mana sebahagian para pemimpinnya telah ditahan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), parti rasis cauvinis yang ditubuhkan pada 11 Oktober 1965 ini telah membuktikan bahawa ia adalah parti politik yang tidak menghormati undang-undang dan proses keadilan Malaysia.
Bendera Parti Komunis Malaya (PKM)
Walaupun tidak seperti Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan perjuangan bersenjata, tetapi pengkhianatan DAP terhadap negara ini lebih halus lagi dengan berselindung disebalik demokrasi. Hakikatnya mereka tidak komited terhadap demokrasi yang diamalkan oleh negara ini. Malah gambaran demokrasi serta berbilang kaum yang dilaung-laungkan mereka hanya untuk survival demi untuk mendapat sokongan minoriti rakyat negara ini terutama kaum Cina dan segelintir kaum India dan Melayu yang merupakan kaum minoriti dalam DAP.
DAP sebagai sebuah parti yang berfahaman sosial demokrat (gabungan sosialime dan demokrasi), tetapi ia lebih banyak mirip kepada sosialisme, yang mana komunisme merupakan sebahagian daripada fahaman sosialisme. Oleh itu tidak ada perbezaan antara DAP dan PKM, melainkan cara perjuangan mereka yang membezakan mereka. Jika PKM menggunakan perjuangan bersenjata untuk menguasai negara ini, DAP berselindung disebalik demokrasi untuk mengkhianati demokrasi yang diamalkan oleh negara ini. Yang akhirnya ia akan memusnahkan keamanan negara ini pada jangka panjang jika ianya gagal dibendung.
Ketua PKM Chin Peng dan Peguam Negara
Buktinya DAP mengiktiraf serta bersimpati dengan perjuangan PKM. Ini jelas melalui kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini. Malah pemimpin-pemimpin sekutu DAP seperti pemimpin parti Amanah (PAN) pernah juga terlibat dalam pengiktirafan terhadap perjuangan PKM.
Reaksi sebahagian pemimpin tertinggi parti komunis, rasis dan cauvinis ini terhadap penahanan beberapa orang pemimpin parti mereka sangat mengejutkan. Membaca kenyataan mereka tentang penahanan ini seolah-olah parti dan pemimpin mereka adalah di atas batasan undang-undang dan pihak polis perlu mendapat tunjuk ajar parti komunis, rasis dan cauvinis itu tentang bagaimana hendak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Mereka ingat parti komunis, rasis dan cauvinis dan pemimpin mereka ini kebal undang-undang ke?
Sungguh angkuh dan bongkak perangai dan sikap sebegini.
Para pemimpin parti komunis,rasis dan cauvinis itu lupa barangkali bahawa negara ini ada undang-undang dan rakyatnya berhak hidup dalam keadaan aman damai tanpa dibayangi ancaman dari mana-mana gerakan pengganas baik dari dalam mahupun luar negara. Tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah menjaga keamanan dan sudah semestinya perlu bersikap tegas dan tidak berkompromi terhadap sebarang ancaman kepada keselamatan negara.
Sepatutnya parti komunis,rasis dan cauvinis DAP ini menyokong, menghargai dan berkerjasama dengan pasukan keselamatan dan bukannya berlagak hipokrit, kerasukan dan ala samseng!
Rakyat dan masyarakat dapat menyaksikan kenyataan demi kenyataan dari para pemimpin DAP yang bertali arus membela rakan-rakan mereka. Akan tetapi, keghairahan mereka dalam mempertahankan “comrades” mereka sangat tidak masuk akal. Mereka ingin pihak polis mengikuti “arahan” dan telunjuk mereka. Mereka sudah menjatuhkan keputusan tidak bersalah ke atas kawan-kawan mereka dalam kes yang sangat berat dan besar implikasinya kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam. Mereka cuba mempamerkan satu gambaran bahawa para pemimpin DAP mustahil melakukan jenayah.
Lihatlah bagaimana mereka mempertahankan Paul Yong Choo Kiong seorang Exco Kerajaan Perak, yang juga Adun DAP Tronoh yang ditahan, atas tuduhan merogol pembantu rumahnya pada bulan Julai tahun ini.
Sejak bila parti komunis, rasis dan cauvinis DAP ini menjadi mahkamah dan para pemimpinnya pula dengan tiba-tiba menjadi peguambela sekaligus hakim?
Kalau kamu sebelum ini berbangga sebagai sebuah parti yang menjulang kedaulatan undang-undang dan berjuang untuk sebuah negara Malaysian Malaysia yang aman damai, harmoni dan selamat, jangan ganggu pihak polis!
Kita jangan lupa kes Siti Noor Aisyah yang ditahan di bawah peruntukan kanun Keseksaan dan SOSMA pada bulan Mac 2016 dan banyak lagi kes-kes yang membabitkan ancaman militan Daesh, Isis, Al Qaeda dan terkini pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang cuba melebarkan pengaruh mereka di negara kita.
DAP yang mirip komunis, rasis dan cauvinis itu nampaknya sedang cuba membina satu persepsi bahawa pihak polis bertindak dengan zalim, terpilih dan sewenang-wenangnya terhadap parti dan para pemimpin DAP dan kononnya parti itu dan para pemimpinnya adalah mangsa permainan politik pihak-pihak tertentu secara tersiratnya.
Dalam soal keselamatan dan pertahanan negara pun masih nak celupar lagi.
Gelagat sumbang DAP ini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat Malaysia, bangsa Melayu dan umat Islam tentang apakah sebenarnya ideologi yang diamalkan oleh parti komunis, rasis dan cauvinis itu selama ini.
Bagi spesis kiasu ini, istilah keganasan atau pengganas hanya boleh diaplikasikan atau terpakai ke atas kumpulan selain LTTE sahaja. Pernahkah kita membaca kenyatan para pemimpin DAP mengecam pengganas LTTE atau Israel?
Kenapakah Dr Zakir Naik pula yang dipersalahkan dan diambil tindakan? Ini jelas membuktikan komunis memang anti agama terutamanya Islam.
Kenapakah pihak PDRM perlu tunduk kepada kehendak DAP?
Kenapa kita perlu percaya dengan propaganda dan khurafat politik DAP?
Secara khusus di sini, kita perlu memberi nasihat, teguran, amaran dan peringatan kepada pihak yang bersahabat, menyanjung, memuja dan bekerjasama apatah lagi mempertahankan tindak-tanduk parti komunis, rasis dan cauvinis ini, bukan sahaja dalam isu SOSMA tapi juga dalam banyak isu lain:
Jangan tertipu dan terpedaya dengan ideologi DAP untuk mempengaruhi rakyat.
Jangan tergoda dengan kalimat beracun kononnya mereka mencintai keamanan, menyayangi orang-orang Melayu dan inginkan Malaysia Baharu atau Negara Rahmah.
Jangan mencari dalil untuk membenarkan atau menjustifikasikan parti komunis, rasis dan cauvinis itu.
Jangan terlalu asyik mencari keredhaan dan mengambil hati parti itu.
Jangan jatuh hati apabila mereka mendendangkan lirik Aku Cinta Islam.
Jangan lupa, parti komunis dan rasis ini tidak pernah ikhlas terhadap umat Islam dan bangsa Melayu.
Parti komunis dan rasis ini perlu diberi peringatan dan amaran supaya tidak melampaui batas atau melanggar sempadan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang agama, kaum, bahasa dan adat resam ini. Mereka perlu diberi pengajaran bahawa masyarakat dan rakyat Malaysia tidak akan menerima sesekali sikap dan pendirian politik yang mempertahankan keganasan dalam apa pun bentuknya atau dari mana sekali datangnya.
Sekiranya parti komunis, rasis dan cauvinis itu masih berterusan dengan kedegilan dan keangkuhan mereka serta cuba menimbulkan huru hara dan mencabar pihak keselamatan, mereka perlu diharamkan terus.
Jangan main-main dengan keselamatan dan pertahanan negara!
Kesimpulannya, untuk menjamin keamanan serta kesejahteraan jangka panjang negara yang tercinta ini, DAP wajib diharamkan seperti PKM, apabila Mufakat Nasional berjaya menguasai Putrajaya pada PRU ke 15 akan datang.

Apabila berjaya menguasai Putrajaya, kerajaan yang baru hendaklah mengadakan satu ‘refrendum rakyat’ untuk mengharamkan DAP untuk selama-lamanya. Kami yakin serta percaya pihak Cawangan Khas PDRM berserta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang masih lagi menyimpan data-data terhadap DAP sejak tahun 1969 untuk didedahkan kepada rakyat untuk diwujudkan satu ‘refrendum rakyat’.

No comments:

Post a Comment