Letih betul aku tengok. Bola asyik duduk depan gol PH je. Sekali pun bola tak pernah duduk depan gol BN. Apa ni? Team PH ni memang lembab betullah.
Nampaknya PH sekarang ni asyik main defence je. Tak main attacking langsung. Semua dari team PH berebut-rebut duduk depan gol mereka sendiri sebab nak stop bola. Takde siapa pun duduk depan gol BN. Goalkeeper BN rilek je sampaikan nak tertidok sebab takde kerja nak buat.
Siapa yang main attacking dan siapa main defence pun dah tak tahu. Mana taknya, yang sepatut main attacking pergi ke defence dan yang patut main defence dah pergi attack. Memang sekarang ni dah jadi kucar kacir dan kelam kabut.
Betul. Yang main depan dan yang main belakang pun dah takde beza. Semuanya sama. Game apa yang main macam ni? Tetapi yang jelas PH banyak main belakang.
Pakatan Harapan kena serang tak habis-habis
Itulah. Dulu, sebelum mulanya game, cakap bukan main hebat sangat. Asyik kata team BN hapraklah. Team BN memang tak guna. Team BN dah lama sangat dan bukannya boleh main pun, bukan macam team PH yang hebat ni. Team PH best in the world. Team PH guna strategi main dari belakang dan team PH dianugerah oleh Allah dan macam-macam lagi. Cakap punyalah takbur sampai tak ingatkan dunia. Sekarang ni bila dah dapat main dari belakang, nak tendang bola pun tak boleh.
Ialah, cakapkan senang, bila dah duduk dalam padang jadi lain pulak cerita. Baru tahu rupanya teori dengan praktikal tak sama. Hari ini mana si Tony Pua dan si Rafizi Ramli tu? Dulu cakap sampai berbuih-buih mulut. Macam-macam teorilah, strategilah dengan siap kira-kira sekali. Sekarang satu benda pun tak jadi.
Mungkin mereka ni sudah menyorok dalam lubang gua sebab malu nak tunjuk muka kot.
Geng takbur dan cakap banyak
Kau tengok si Najib Razak tu pula. Dulu macam-macam orang PH asyik dok mengata dekat dia. Kata dia tak boleh mainlah, tak gunalah. Kena pastikan dia dibuang kalau team BN nak menanglah. Sekarang ni pulak tenguk apa dia buat. Kejap-kejap dia shoot gol. Tak boleh ada peluang sikit langsung, mesti dia akan shoot. Najib sorang je dah sampai lima gol dia masukkan. Sampaikan goalkeeper PH dah terkangkang tak tahan. Ni baru Najib sorang, bayangkan kalau yang lain pun buat benda yang sama. Arwah agaknya goalkeeper PH.
Ini semua salah manager PH. Mana taknya salah dia, yang dia tahu nak bergaduh dengan si Anwar Ibrahim tu je. Nak berebut kuasa. Apa yang mereka pentingkan nak jadi manager dari nak jaga team PH.
Ah ah. Lepas tu apa yang dia buat? Kejap-kejap pergi luar negara. Pergi UN lah, India lah, Jepun lah, England lah. Cuma Khazakstan je tak pergi.
Mana dia berani nak pergi Khazakstan? Nak mampus!
Manager tak pernah ada di dalam negara
Tak tahulah sebab apa dia suka sangat pergi keluar negara. Jangan kata faedah, hasil yang dia dapat bawak balik pun tak tahu apa, tapi yang diketahui ialah hutang.
Mungkin dia nak berbincang atau nak tunjuk jaguh kampong dia dengan manager team negara lain. Sebab tu dia kena pergi ke luar negara kot tiap-tiap bulan.
Kadang-kadang lebih dari sekali dalam sebulan. Sampaikan enjin kapal terbang pun baru nak sejuk dah start balik sebab nak keluar negara. Tak boleh ke telefon atau pakai WhatsApp? Ini tak tau lah banyak mana duit bazir sebab nak terbang kesana dan kesini. Pergi pulak kalau sorang takpa, ni satu satu rombongan bas sekolah dia bawak. Membazir sampai beratus juta ringgit setahun. Lepas tu, bila dia balik, mulalah complain duit takde je memanjang. Kalau betul takde duit tak payahlah membazir terbang sana sini. Pakai telefon je cukup.
Aku rasa, sebenarnya otak dia dah serabut. Dia tahu yang team kita ni bunyi je lebih tapi bila atas padang sorang pun tak tahu main. Jadi dia pergi luar negara supaya dia dapat bertenang dan tak payah memikir tentang masalah team kita.
Cakap besar tapi tendang bola tak tahu
Mungkin jugalah tu. Tapi kalau macam inilah cerita dia malulah team PH. Sebelum game, PH cakap macam-macam. Penyokong PH pulak letak harapan pada team PH. ‘Dream Team’ lah. ‘Hope for the Future’ lah. Team ‘Malaysia Baru’ lah. Sekarang ni macam mana?
Itulah, bila kita takbur sangat dan kuat menipu inilah balasannya. Sekarang ni bukan saja penyokong PH malah satu dunia dah tahu. Nak menipu dan cakap besar memang tak boleh buat lagi dah. Ni baru nak masuk separuh masa kedua PH sedang kalah dan tengah tenat. Tak tahulah samada PH boleh ke tak bertahan sampai tamat perlawanan.
Penyokong PH pun dah ramai keluar stadiumi. Bukan setakat lari je, mereka sampai kutuk team PH kaw-kaw. Ada diantara penyokong PH dah bertukar menyokong team BN. Nampaknya penyokong PH sendiri dah takda harapan dengan team mereka dan mereka benci, sehinggakan serik untuk menyokong PH lagi.
Najib sorang pun dah banyak score gol
Kita tak boleh nak salahkan mereka juga. Dulu PH juga yang mengatakan we are the best team in the world. Bila masa perlawanan, team PH nak tendang bola pun tak boleh. Yang manager PH pulak lepas tu asyik hilang tak tahu ke mana. Aku pun dah mula rasa benci.
Betul apa kau kata tu. Aku pun sama dah bosan dan benci. Malas nak tengok game bila team PH main. Lebih baik aku habiskan masa tengok video Semburit. Lagi banyak faedah yang aku dapat.
Apa bezanya. Pelakon-pelakon video Semburit pun dari team PH.
Betul. Tapi video Semburit tu sekurang-kurangnya PH dapat score gol. Jadi, takdelah frust sangat aku tengok.
No comments:
Post a Comment