Thursday, 24 October 2019

[VIDEO] AHLI PARLIMEN BN SOKONG MAHATHIR : LOKMAN ADAM KECEWA DAN SEDIH DENGAN PRESIDEN UMNO

Mahathir yang hanya mempunyi 13 kerusi mengorak langkah untuk meramaikan sokongan beliau di kalangan MP dengan mencuri MP-MP dari UMNO sejak beliau mula diangkat menjadi Perdana Menteri sementara.

Di peringkat awal, beliau menggunakan khidmat beberapa orang tokoh dalam UMNO termasuk Hamzah Zainuddin untuk menarik MP UMNO menjadi MP Bebas dan kemudiannya menyertai PPBM.

Namun, setelah kemenangan BN di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau, tokoh-tokoh yang beliau gunakan sudahpun menyedari bahawa tindakan meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM adalah tindakan bodoh dan boleh dianggap seperti tindakan membunuh riwayat politik sendiri. Apa taknya, sudahlah diludah dan dihalau pengundi sendiri, kerusi Menteri yang dijanjikan hingga kini belum diperolehi.

Yang sudah terbabas ke PPBM kini bukan sahaja menyesal, malah ada yang sudah mula memaki si penghasut yang menarik “hand brake” dari melompat sambil melaungkan slogan “kekal setia bersama parti”. Maklumlah, siapa yang hendak meninggalkan UMNO di kala gelombang kebangkitan rakyat menentang Pakatan Harapan mula mengukuhkan kedudukan BN dan PAS melalui Mufakat Nasional.

Kegagalan Hamzah Zainuddin “and the geng” menarik MP UMNO dan menjadikan PPBM parti terbesar orang Melayu di dalam Pakatan Harapan bagi mengelakkan Anwar menjadi Perdana Menteri, memaksa Mahathir meminta nyawa kepada UMNO dan PAS yang telah beliau sumpah seranah selama ini.

Ahli politik lama negara ini tidak akan nampak ia sesuatu yang pelik mahupun janggal. Tidak ada tokoh lain mampu menyaingi kehebatan Mahathir bab ini, beliau bisa membunuh semua rakan rapat yang pernah menolongnya, namun beliau juga mampu menebalkan muka berkerjasama dengan seteru politiknya DAP, demi kuasa.

Selepas Kongres Maruah Mahathir, ‘Kongres Barua’ bak kata Anwar, Mahathir bagai mempunyai semangat baru dengan oksigen yang beliau fikir bakal diperolehi daripada UMNO dan PAS. Realiti sebenarnya, Mahathir hanya cuba memujuk diri sendiri setelah kecewa tentang kegagalan pengkhianatan cucu Dato Onn (Hishamuddin) membawa 30 kerusi dari UMNO.

Apa yang menyebabkan Mahathir lebih kecewa, 23 MP yang sebelum ini menyokong Tokoh Semburit yang kalis CCTV ini, kini cuma tinggal 4-6 MP sahaja. Menteri Besar Selangor yang merupakan anak didik Azmin sendiripun mula membuat corner lipat baring, menyokong Anwar yang mula menguasai parti.

Apa yang menjadikan kemusykilan, mengapa Mahathir masih tidak mahu menerima hakikat bahawa sungguhpun cucu Dato Onn berjaya mempengaruhi kesemua MP UMNO dan sekarang tinggal enam untuk bersama Mahathir dan PAS juga bersetuju dengan idea kerajaan tanpa DAP, Sarawak tetap tidak boleh melupakan Dasar Kabotaj dan segala bentuk penganiayaan yang Mahathir lakukan keatas rakyat Borneo. Maka, di mana datang logiknya untuk beliau berjaya memperolehi 112 kerusi?

Puas juga untuk difahami mengapa begitu susah sesetengah pihak terutama 6 MP UMNO yang telah dihasut cucu Dato Onn itu mahu memahami perangai Mahathir dan masih membiarkan diri mereka dipergunakan oleh Mahathir hanya untuk beliau kekal berkuasa.

Sedangkan, pengalaman Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Tun Ghaffar, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan Najib Razak, sudah lebih dari cukup untuk memahamkan kita bagaimana Mahathir boleh menggunakan seseorang itu demi kepentingan dirinya dan akhirnya orang yang sama bakal disingkir sebaik sahaja khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

Namun, Mahathir yang dahulu bukan lagi Mahathir sekarang. Mahathir kini terlalu lemah dan terdesak. Beliau kini bertarung menggunakan masa kecederaan serta talian hayat dari DAP untuk menyelamatkan anak-anak dan kroni-kroninya. Sebab itulah MP-MP UMNO amat berharaga sekarang bagi beliau untuk mempertahankan dirinya dari bakal ‘usul undi tak percaya’ di parlimen oleh Anwar yang dijangkakan pada bulan Mei 2020.

No comments:

Post a Comment