Sunday, 6 October 2019

KONGRES MARUAH MELAYU : IA HANYA TINGGAL KONGRES, KERANA TUN MAHATHIR TERUS AMALKAN SIKAP RUGIKAN MELAYU

Kongres Maruah Melayu akan hanya terus tinggal kongres kerana tiada sesuatu yang dapat mengubah keadaan jika Tun Dr Mahathir terus amalkan sikap yang rugikan orang Melayu dan bumiputra.
Melayu berpecah? Memang betul berpecah. Namun siapa yang menjadi punca perpecahan ini? Bermula dari parti UMNO lahir Semangat 46, timbul PKR, dan wujud BERSATU. Bukankah semua parti ini wujud kerana Tun Mahadhir? Justeru parti UMNO berpecah kerana siapa?
Hari ini Tun kata Kerajaan PH tiada kekuatan kemelayuannya. Ini juga salah siapa? Bukankah Tun juga yang meruntuhkan kuasa UMNO BN yang kuat Melayunya kerana dendam kesumat menebal dalam diri Tun? Kemudian bersekongkol serta memenangkan DAP yang benci Melayu kononnya mereka tidak lagi rasis?”
Janganlah Tun berterusan salahkan Melayu kerana malas dan tidak mahu rebut peluang. Kerana semua peluang ekonomi orang Melayu yang ada di bawah DEB  habis diagihkan kepada anak-anak dan kroni-kroni Tun yang kononnya ‘tidak malas’.
Kelemahan yang ada pada sebahagian orang Melayu juga kerana kelemahan Tun sewaktu 22 tahun sebagai PM ke 4 ketika bersama BN, dengan hanya mementingkan anak-anak serta kroni-kroni tetapi mengabaikan orang-orang Melayu dan Bumiputra. Orang-orang Melayu dihina kononnya mengharapakan ‘tongkat’ untuk berjaya. Persoalannya, adakah anak-anak serta kroni-kroni Tun tidak diberi ‘tongkat’ sehingga jadi kaya raya sekarang?
Dan sekarang pasca PRU 14 bersama DAP, Tun telah bersengkongkol menumbangkan serta menghancurkan sebuah kerajaan yang berteraskan Melayu Islam selama 60 tahun kerana ‘matlamat menghalalkan cara’ demi kuasa yang tidak seberapa hanya sebagai boneka. Bukankah ini sebagai perbuatan yang tidak bermaruah.
Apakah matlamat kongres ini diwujudkan, pada hal diri Tun sendiri merupakan seorang pemimpin Melayu yang tidak bermaruah? Untuk apa kongres ini diadakan sekiranya pengisiannya hanya menjadi medan penghinaan Tun terhadap orang Melayu sahaja?
Tun lupa, kalau ada orang Melayu yang gagal, itu juga sebahagian kelemahan Tun yang diamanahkan kuasa tetapi gagal untuk membina kekuatan orang Melayu dan rakyat dalam negara ini kerana mementingkan diri sendiri mengatasi segala-segalanya.
Kesimpulannya, ‘Kongres Maruah Melayu’ hanyalah tinggal kongres yang hanya mendedahkan siapakah Tun sebenar, yang terus mengamalkan sikap merugikan orang Melayu. Oleh itu, Kongres Maruah Melayu ini bolehlah dianggap sebagai kongres yang membuang masa dan tidak memberi sebarang manfaat kepada orang Melayu.
Berbanding dengan penyatuan ummah Mufakat Nasional, ia lebih komprehensif di mana ia bukan sahaja mampu mengembalikan maruah orang Melayu yang tercalar, malah ia mampu mengembalikan kuasa Melayu Islam, mengikut Perlembagaan Malaysia, dan membebaskan Melayu Islam dari penjajahan kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai bangsa DAP.


No comments:

Post a Comment