Wednesday 23 October 2019

TINDAKAN AMLA KE ATAS NAJIB TIDAK TEPAT - PEGUAMBELA UTAMA SHAFIE ABDULLAH

1. Pihak Peguambela dalam penggulungan hari terakhir kes SRC mempersoalkan tindakan Peguam Negara menggunakan Akta AMLA untuk mendakwa Ds Najib.

2. Menurut Ts Shafie Abdullah, AMLA adalah satu akta di mana transaksi kewangan berlaku  untuk tujuan “Unlawful Activities” dan “Predicate Offences”.

3. Menurut kamus Undang Undang, “Predicate Offence” biasa digunakan dalam merujuk kepada aktiviti pembiayaan keganasan. Ini termasuk memeras ugut, pemerasan, pertaruhan haram, pemalsuan dan penipuan.

4. Manakala definisi “Unlawful Activities” ialah perbuatan jenayah yang bertentangan dengan Undang Undang.

5. Persoalnya, apakah Najib terlibat dengan unlawful activities dan predicate offence. Kalau ya, kenapa beliau tidak didakwa atas peruntukan kes tersebut.

6. Manakala seorang lagi Peguambela Najib, iaitu Harvinderjit Singh berhujah Najib tidak membuat laporan Polis apabila mengetahui sebanyak RM42 Juta dimasukkan ke dalam akaun beliau, kerana Polis terlebih dahulu sudah memulakan penyiasatan setelah ianya didedahkan oleh Sarawak Report sebelum itu.

7. Tujuan laporan Polis ialah supaya kes itu disiasat. Oleh kerana Polis sudah memulakan penyiasatan, Maka tidak wajar Najib membuat laporan Polis kerana menurut beliau ia boleh “tampering” atau merosakkan siasatan Polis.

8. Justeru itu pihak Pembela memohon supaya Najib tidak perlu dipanggil untuk membela diri. Ia akan diputuskan oleh Hakim Mohd Nazlan pada 11.11.2019.

9. Sebelum itu seperti biasa Najib tetap menjadi tumpuan orang ramai yang berada di Mahkamah. Sekumpulan pelajar Taylor College memohon untuk bergambar dan berselfie bersama Najib.

No comments:

Post a Comment