Thursday 17 October 2019

PRK P165 TANJUNG PIAI : LAPAN FAKTA MENGAPA WARGA TANJUNG PIAI PERLU MENOLAK CALON PH

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P165 Tanjung Piai perlu menjadi simbol kebangkitan rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) walaupun pada hari ini Tanjung Piai menjadi lokasi kesukaan menteri PH memberi pelbagai peruntukan sebagai gula-gula PRK.
Masa depan Malaysia dan nasib generasi akan datang menjadi hancur jika rakyat tidak bangkit menolak dan menjatuhkan kerajaan PH.
Oleh itu, kerajaan PH harus dijatuhkan sepenuhnya sebagai simbol kekuasaan rakyat.
Walaupun ianya hanya PRK yang tidak akan mengubah kerajaan pusat, namun keputusan pilihan raya ini memainkan peranan penting dalam landskap politik negara, satu momentum kebangkitan rakyat menuju PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).
Kerajaan hari ini gagal dalam mendukung aspirasi rakyat dan manifesto PH terbukti hanyalah merupakan fitnah dan pembohongan yang dimainkan untuk memenangi PRU ke 14. Kerajaan yang didirikan atas fitnah dan pembohongan haruslah dijatuhkan dengan mendedahkan kebenaran.
Kami juga yakin pengundi warga Tanjung Piai akan bangkit menolak kerajaan PH dan mencipta sejarah bahawa PRK bagi parlimen tersebut menjadi simbol kepada kebangkitan rakyat menolak rejim PH yang terbukti zalim dan gagal.
Justeru itu, kami menyenaraikan lapan fakta mengapa kerajaan PH perlu ditolak, antaranya seperti berikut:
1. Ahli Parlimen PH tidak mementingkan rintihan rakyat di parlimen, pada masa yang sama hanya mementingkan kempen pembohongan serta pengagihan dedak di Tanjung Piai demi hanya untuk mengekalkan kuasa kawasan tersebut dan bukan untuk kepentingan warganya. Kesannya kehadiran Ahli Parlimen PH di Parlimen amat mendukacitakan akhir-akhir ini menjelang PRK tersebut. Malah ini juga telah ditegur oleh Ahli Parlimen PH sendiri. Ia telah memberi kesan yang memalukan dalam sejarah Parlimen Malaysia sehingga apabila ada persidangan yang terpaksa ditangguhkan kerana tidak cukup korum.  
2. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana hampir RM30 bilion aset strategik negara yang kebanyakkan memperolehi untung telah dijual kepada syarikat asing.
3 Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana menteri PH terutamanya dari DAP iaitu menteri P. Waytha Moorthy, M. Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar, serta ahli majlis eksekutif Selangor V. Ganabatirau yang bertanggungjawab dengan sengaja mengganggu keamanan masih tidak dikenakan sebarang tindakan.
4. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana Dong Zong masih tidak diharamkan di mana sering menjuarai isu berkaitan kaum Cina, dan jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara berkaitan Melayu dan Islam, pertubuhan itu juga akan menjadi pemain utamanya.
5. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana kerajaan masih gagal mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan seperti yang dijanjikan, mengkhianati pekebun kecil dengan memansuhkan bantuan tanaman semula serta menipu anak muda apabila hutang Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (TPTN) tidak dihapuskan malah diperketatkan bayaran balik..
6. Rakyat perlu menolak PH kerana kerajaan sering mencabuli serta campur tangan dalam proses perundangan. Banyak kes pemimpin-pemimpin PH yang telah dituduh di mahkamah telah digugurkan kes mereka tanpa alasan dan sebelum hakim membuat sebarang keputusan. Ada juga yang telah diputuskan oleh hakim tetapi pemimpin politik boleh menggantikan hakim untuk menangguhkan hukuman.  Misalnya, Wan Ji Wan Hussin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor telah mendapat penangguhan hukuman selepas campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. Rakyat perlu menolak PH kerana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan palsu dan mengelirukan parlimen berkenaan wang bayaran balik GST telah dirompak oleh kerajaan BN. Walaupun pihak pembangkang cuba menghadapkan beliau ke Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, namun Tan Sri Speaker telah menolaknya usul pembangkang itu kerana beliau mempunyai konflik kepentingan kerana mempertahankan kesalahan Lim Guan Eng.
8. Rakyat perlu menolak PH kerana DAP yang menguasai PH terbukti adalah parti yang menyokong kumpulan pengganas. Jika sebelum ini mereka menyokong Parti Komunis Malaya (PKM), terkini mereka menyokong LTTE yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat operasinya. Hal ini jelas menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara.
Sehingga hari ini, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Ramasamy dan Menteri Sumber Manusia Kulasegaran masih tidak ditangkap walaupun telah tular pelbagai video yang menunjukkan penglibatan menteri DAP itu dengan kumpulan pengganas ini.
Keamanan dan keharmoninan negara telah dirosakkan oleh kerajaan PH yang dikuasai DAP apabila isu perkauman dan keagamaan sentiasa dimainkan pada hari ini.
Sehubungan itu, kami membuat kesimpulan bahawa kerajaan PH yang dikuasai DAP adalah kerajaan yang paling gagal dalam dunia dari aspek mentadbir ekonomi, politik dan sosial.
Namun, apa yang lebih merisaukan kami ialah parti komponen dalam kerajaan iaitu DAP jelas terbukti menyokong kumpulan pengganas. 

No comments:

Post a Comment