Tuesday, 8 October 2019

‘WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’ BUKAN WAWASAN PH TETAPI HANYA PENIPUAN TERHADAP RAKYAT DARIPADA PEMIMPIN YANG SAMA

Kelmarin 5 Oktober 2019, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan program “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” atau WKB 2030. Apakah ini?.
Pada asasnya, WKB 2030 adalah satu lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu lagi  Dasar Pandang ke Timur, satu lagi Wawasan 2020, dan sebagainya. Dalam kata mudah, the WKB 2030 hanyalah satu wawasan atau aspirasi. Ia adalah apa yang diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk dicapai.
Setelah mengamati beberapa fakta melalui media seperti Malay Mail On Line, Bernama dan Utusan apakah ia memberitahu anda? Apakah makna mereka dengan “memperluaskan asas cukai dan memperkukuhkan pengurusan perbelanjaan kerajaan”? Sungguh ‘fancy’ ayat yang digunakan, tetapi bagaimana mereka akan laksanakan ini?

Mereka juga akan memperkenalkan inisiatif baru untuk meningkatkan pendapatan dan memperbaiki pematuhan percukaian termasuk memperbaiki kecekapan percukaian.” Sekali lagi, bagaiman mereka akan laksanakan ini?
Mereka juga akan menentukan bahawa pengurusan perbelanjaan kerajaan akan menjadi lebih telus, terutama dalam menentukan keperluan untuk projek mega berasaskan analisis kos-faedah.”
Adakah mereka ingin menyatakan di sini bahawa ia tidak pernah dilakukan sebelum ini? Namun itu, persoalannya apakah dasar kerajaan sebelum ini selama 62 tahun yang lalu sejak Merdeka? Bukankah perkara yang sama?
Mungkin Pakatan Harapan belum lagi menyedari ini tetapi dasar ini telah pun dicipta supaya mereka harus berhenti berakap seolah-olah ia baru dicipta dan kononnya Pakatan Harapan lah penciptanya. Pakatan Harapan cuba untuk memberi gambaran bahawa merekalah yang telah menemui satu cara baru yang mengkagumkan untuk menguruskan sebuah negara. Kami kuatir, tidak ada yang baru dan tidak ada yang mengkagumkan dalam program WKB 2030. Malah ia merupakan satu gimik sebuah kerajaan yang tiada haluan serta sudah hilang kepercayaan rakyat sebanyak 35% untuk terus bertahan.
Nampaknya sebelum program WKB 2030 dilancarkan sudah menampakkan kegagalan program tersebut kerana masalah Menteri Ekonomi sebagai perancang program WKB 2030 yang tidak tahu mengira.
Dalam buku cendera hati yang diusahakan oleh beliaut, semasa pelancaran program WBK 2030 oleh Tun Mahathir, telah mencatatkan bahawa untuk mencapai ekonomi RM 3.4 trilion menjelang 2030, pencapaian purata KDNK setiap tahun haruslah 4.7% selama 10 tahun.
Malangnya fakta dalam buku tersebut telah disanggah hebat oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut pengiraan beliau bagi pencapaian ekonomi RM 3.4 trilion, purata pencapaian KDNK bukanlah 4.7% tetapi 7.36%. Jikalau purata pencapaian KDNK 4.7% hanya mampu mencapai ekonomi hanya RM2.53 trilion sahaja dan bukan RM3.4 trilion.
Fakta ini telah disahkan oleh Pegerusi MIER (Malaysian Institute of Economic Research) saudara Kamal Salih bahawa untuk pencapaian ekonomi RM 3.4 trilion purata KDNK tahunan selama 10 tahun haruslah di antara 6% hingga 8% dan bukan 4% ke 5% seperti mana yang dikira oleh Menteri Ekonomi yang tidak tahu mengira.
Itu baru pengiraan semasa peringkat perancangan sudah gagal, macam mana pula peringkat perlaksanaan nanti?.
Matlamat utama WKB 2030 ialah untuk menyediakan taraf hidup yang selesa bagi semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, taraf sosial dan lokasi ― menjelang tahun  2030.” Ini adalah apa yang DEB sepatutnya capai menjelang 1990 (mengurangkan jurang antara yang kaya dan yang miskin tidak kira kaum). Lima puluh tahun kemudian kita memperkenalkan satu lagi DEB dengan nama yang lain.
Mengapa DEB telah gagal, dan setelah 50 tahun kita masih tidak mencapainya lagi? Dan bagaimana WKB 2030 boleh berjaya dalam masa 10 tahun apabila DEB setelah  50 tahun masih lagi gagal?
Adakah WKB 2030 merupakan satu 'angan-angan Mat Jenin' Kerajaan Pakatan Harapan?
Pihak kerajaan menyatakan mereka akan fokus atas tiga bidang kunchi utama untuk mencapai aspirasi ini.. Pertama akan menstrukturkan ekonomi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan supaya semua kumpulan boleh mengambil bahagian dalam semua peringkat dan maju bersama untuk menjadi progressif. Apa kah maknanya ini  dan bagaimana mereka akan mencapainya?
Bidang kunchi utama kedua ialah untuk menyelesaikan jurang pendapatan supaya tidak siapa yang ketinggalan belakang. Ini mengambil kira perbezaan kaum, taraf sosial, dan kawasan dalam Malaysia. Sekali lagi, apa kah maknanya ini dan bagaiman mereka akan mencapainya?
Kesimpulannya WKB 2030 ialah hanya satu penipuan besar. Ia hanya serupa dengan Manifesto Pakatan Harapan pra PRU ke 14, di mana ia telah diakui sendiri oleh Tun Mahathir bahawa ia merupakan satu penipuan yang bertujuan untuk memerangkap Barisan Nasional ketika itu. Terbaik WKB 2030 merupakan satu aspirasi. Itu yang anda harap akan berlaku. Tetapi bagaimana ia akan berlaku? Mereka tidak menyatakan sebab mereka tidak tahu bagaimana ia akan berlaku.
Tun Mahathir memang terkenal dengan memperkenalkan tentang “Wawasan”. Dan program Pakatan Harapan “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” atau WKB 2030 hanyalah satu lagi aspirasi daripada senarai panjang aspirasi-aspirasi sejak 62 tahun yang lalu daripada pemimpin yang sama, tetapi telah gagal dilaksanakan sehingga kini. Apa yang anda harap atau ‘aspire’ ialah satu perkara. Untuk melaksanakannya satu perkara yang lain. Dan Pakatan Harapan hanya kaya dengan harapan atau ‘aspiration’ tetapi jahil tentang bagaimana untuk melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment