Friday, 11 October 2019

GUAN ENG MENTERI KEWANGAN YANG GAGAL INGIN NAK JADI HAKIM DAN KETUA POLIS NEGARA PULA

Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewanag, Lim Guan Eng yang ternyata gagal menjadi Menteri Kewangan kini bertindak seolah-olah mahu menjadi hakim dan Ketua Polis Negara pula.
Setakat ini mahkamah manakah yang telah memutuskan bahawa  dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) DAP yang ditahan serta didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam) sebagai tidak bersalah?
Setakat ini Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay tidak pernah menyatakan bahawa tangkapan serta siasatan susulan diberhentikan. Malah beliau telah menyebut bahawa tangkapan serta siasatan susulan terhadap beberapa suspek akan diteruskan tidak kira siapa, dari parti mana dan apa jawatan apa yang dipegang dalam kerajaan untuk ditahan dan disiasat.
Tetapi Guan Eng telah mendahului mahkamah serta Cawangan Khas PDRM, kononya suspek tidak bersalah dan tangkapan serta siasatan susulan oleh Cawangan Khas tidak lagi akan dijalankan oleh mereka.
Itulah DAP, kalau kena dekat pemimpin UMNO / BN (Barisan Nasional) cepat-cepat sahaja mereka menghukum serta mengapi-api agar siasatan harus dilakukan dengan lebih menyeluruh.
Bila kena batang hidung sendiri baru tahu dan cuba untuk menafikan undang-undang. Oleh itu Guan Eng DAP memang ‘double standard bila kena pada partinya.
Oleh itu kami netizen turut mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas ketegasan mereka dalam bertindak.
Semalam, dalam satu sidang media Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, berkata dua ADUN DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh individu ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.
ADUN DAP yang ditahan polis adalah Gunasekaren Palasamy, wakil rakyat Seremban Jaya yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan manakala seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Melaka dan ADUN Gadek, Saminathan Ganesan, juga Setiausaha Organisasi DAP Melaka dan Ketua pemuda DAP atau DAPSY Melaka.
Walaupun begitu Guan Eng, juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, yang pernah dilepas bebas oleh Peguam Negara, Tommy Thomas di dalam kes rasuahnya yang sedang berjalan di mahkamah, percaya kedua-dua ADUN yang disyaki tersebut tidak bersalah.
Kesimpulannya Guan Eng bukan sahaja ‘double standard’ malah beliau juga telah mencabuli undang-undang tertinggi negara, ia itu Perlembagaan Persekutuan tentang pengasingan kuasa antara pihak Eksekutif, badan kehakiman dan badan perundangan. Di sini beliau sebagai pihak Eksekutif cuba mencampuri badan kehakiman dan badan perundangan untuk kepentingan politik beliau yang songsang. Sebenarnya, apakah hak beliau dalam perkara ini?

No comments:

Post a Comment