Kesimpulannya kempen ‘tabur dedak’ awal ‘beli jiwa’ demi undi telah bermula di Tanjung Piai.
Ini dilihat kepada ‘trend’ pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang telah mula turun untuk memberikan pelbagai peruntukan di Tanjung Piai sehingga sanggup meninggalakan sidang Parlimen sehingga tidak cukup korum yang sepatutnya mendengar rintihan rakyat tentang Bajet 2020. Namun rintihan rakyat tidak penting, yang penting ialah hanya untuk merebut kuasa di Tanjung Piai. Kepentingan kuasa adalah segalanya bagi PH bukan kepentingan rakyat.
Sungguh terdesak sekali PH yang mungkin sudah tidak ada harapan di Tanjung Piai kerana janji dahulu masih belum ditunaikan. Ini pula tabur janji baru.
Kalau kita lihat, sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah, apabila ada pilihan raya, pasti akan ada pelbagai janji dan peruntukan yang diberikan di kawasan terbabit. Kali ini di Tanjung Piai tidak ketinggalan. Pelbagai alasan diberi bagi menutup cara mereka kononnya untuk penuhi hasrat arwah, sudah berjanji dari dulu dan alasan paling klise adalah nak bantu rakyat.
Lepas ini akan mula pula sandiwara ke rumah pengundi dengan alasan nak bagi sedekah. Masalahnya, janji di pilihan raya kecil yang dulu sudah ke ditunaikan? Mana janji nak bina hospital di Semenyih? Ke hospital itu sudah ditukar tempat pembinaannya di Tanjung Piai pula?”
Justeru itu kami berharap agar para pengundi di PRK Tanjung Piai berfikir secara waras dan menilai dengan baik apa yang berlaku sepanjang setahun tujuh bulan PH memerintah.
Oleh itu warga Tanjung Piai disarankan agar, dalam kos sara hidup yang meningkat tinggi, kalian hendak menerima sedekah yang diberi PH dengan hati terbuka. Namun apabila memangkah calon, pangkahlah calon Mufakat Nasional untuk menentukan masa hadapan anak cucu kalian.
Janji manifesto tidak ditunaikan, keadaan ekonomi semakin mencengkam rakyat, Bajet 2020 tidak menunjukkan kerajaan prihatin terhadap nasib masyarakat luar bandar, subsidi ditarik satu persatu dan macam-macam lagi yang jelas membuktikan kerajaan pimpinan PH tiada harapan untuk membela nasib rakyat.
Lain yang mereka janji lain pula yang mereka buat maka saya rasa inilah medan terbaik untuk rakyat menghukum kegagalan PH. Jangan mereka hendak memperbodohkan rakyat lagi.
Selain itu kami turut mengingatkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak lebih berintegriti sebagai satu badan bebas.
Ini memandangkan, SPR kini dilihat telah ‘dikawal’ oleh kerajaan apabila gagal mengambil tindakan terhadap kesalahan Akta Pilihan Raya.
Kalau kita imbas kembali PRK Cameron Highlands, antara kesalahan yang dilakukan adalah calon PH memakai baju berlogo parti memasuki perkarangan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sinderut tapi sehingga kini tiada tindakan walaupun telah ada laporan polis.
Begitu juga kes PH beri duit pada pengundi di PRK tersebut… tetap tiada tindakan. Di PRK Semenyih begitu juga. Kesalahan yang dilaporkan tetap tiada tindakan. Jadi, SPR perlu lebih telus dan buktikan mereka bukan dikawal oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment