Sunday, 13 October 2019

BUKTI UNDANG-UNDANG RIMBA DAN KEZALIMAN REGIM MAHATHIR DAP - LOKMAN ADAM

Malam ini 13/10/2019, saya Ceramah Muafakat Ummah di Perkarangan Rumah Hj Wahab, Batu 4 1/2 Permatang Duyong, Kota Melaka.

Esok pagi saya akan hadir di Mahkamah Jalan Duta jam 9.00 pagi di Pusat Mediasi Aras 1 kerana disaman oleh Wayta Moorthy sebab saya kata beliau antara Menteri yang meminta supaya laporan perubatan Adib diubah dari mati kerana dipukul kepada kemalangan demi mengelak ketegangan kaum.  Harap-harap segala apa yang berlaku di dalam Inkues Punca Kematian Adib seperti pengakuan saksi yang diugut, afidavid Jabatan Peguam Negara bahawa Adib tidak dipukul sebelum Inkues berakhir dan beberapa bukti lain akan membantu saya memenangi kes ini.

Disebelah petang pula saya akan ditahan oleh pihak polis kerana laporan polis dan PC yang saya buat berhubung bocornya “screenshot dari rakaman video yang dirakam oleh isteri pembunuh Arwah Syed Daniel”. Zaman Malaysia baru ni, kita buat report polis terhadap IGP dan Pegawai Penyiasat supaya siasat siapa yang membocorkan gambar terpilih yang jelas bertujuan memburukkan imej mangsa bunuh, laju pula mereka dakwa kita yang membuat laporan.  Kes Semburit Azmin dan Terowong Dasar Laut Guan Eng boleh pula mereka sapu bawah karpet.  Apa nak buat, #MalaysiaBaru la katakan.

Minggu ini juga SPRM dan Pihak Pendakwaan Kes 1MDB mahu mendakwa saya kerana saya kononnya telah menghina mahkamah dan mengugut Amhari, saksi pihak pendakwa.  Padahal, saya hanya membuat laporan polis keatas Amhari selepas beliau selesai bagi keterangan dan mengaku bahawa beliau selaku penjawat awam telah menyalahguna kuasa dengan Melanggar Akta SPRM dan AMLA apabila :

1. Datuk Amhari mengakui beliau memiliki dan menerima gaji sebanyak RM25,000 sebulan dari syarikat swasta bernama Orbs Solutions Sdn Bhd semasa beliau masih bekerja sebagai penjawat awam.

2. Datuk Amhari mengakui di dalam mahkamah bahawa beliau menerima dana sebanyak US$200,000 (RM840,000) dari Jho Low untuk membeli rumah pada tahun 2010 semasa beliau bekerja sebagai penjawat awam.

3. Datuk Amhari juga mengakui dihadapn Yang Arif hakim bahawa beliau telah menerima dana sebanyak US$880,000 (RM3,7 juta) dari Jho Low di dalam akaun bank asing BSI Switzerland  semasa beliau bekerja sebagai penjawat awam.

Dalam masa yang sama juga, Pakatan Harapan menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menekan saya dan Pimpinan UMNO yang lain.  Mereka mahu saya mengistihar pendapatan saya sepanjang tempoh 2013-2017 atau berhadapan dengan Saman dan Pendakwaan di Mahkamah.  Sudahlah dipecat dari jawatan Pengarah Komunikasi MOF dan hilang sumber pendapatan sejak 10 Mei, 2018, kini mereka mahu saya istihar pendapatan sedangkan saya tidak pernah gagal mengistiharkan pendapatan saya dalam tempoh tersebut.  Bukan setakat itu, disebabkan anak saya yang ramai dan memperolehi banyak insentif zaman BN, potongan gaji bulanan keatas saya sentiasa terlebih potong dan LHDN dulu tidak pernah gagal mengembalikan lebihan yang terlebih potong kepada saya.  Bagaimana mungkin saya mahu tunduk dengan perintah yang jelas bermotifkan politik kotor Regim Mahathir DAP ke atas saya?

Apa yang saya tulis ini hanya sebahagian kecil yang terpaksa saya lalui sendiri dalam perjuangan menentang kezaliman Regim Mahathir DAP ini.  Ini belum apa yang terpaksa dilalui oleh teman-teman seperjuangan saya yang lain di dalam UMNO.  Ada yang lebih teruk dari saya seperti Dato Sri Najib yang berhadapan dengan cukai pendapatan lebih kurang 1,600 juta ringgit yang jelas tidak masuk akal Serta 87 pertuduhan ke atas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  Nampak jelas Pakatan Harapan semakin terdesak untuk menutup mulut pimpinan UMNO setelah Kongres Maruah Mahathir gagal memuliakan Mahathir dan Bajet Sampah 2020 mereka ditolak oleh 84% dari hampir 79 ribu pembaca Astro Awani.

Satu perkara saya mahu jelaskan kepada Regim Zalim ini, segala tekanan dan penganiayaan ini tidak akan sesekali melemahkan semangat kami untuk terus menentang regim kamu. Kami tidak akan sesekali tunduk dan mendiamkan diri dari terus menentang kezaliman, rasuah, salahguna kuasa, law of the jungle, pencabulan, rogol, penyalahgunaan dadah, penjualan aset negara, penjarahan kekayaan negara untuk anak beranak dan kroni kamu serta pelbagai jenayah lain yang kamu lakukan.  Walau berhadapan dengan tindakan mahkamah, kebankrapan dan penjara, Suara Rakyat dan hak rakyat tetap akan kami perjuangkan.

Lawan Tetap Lawan!

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
13hb Oktober, 2019

No comments:

Post a Comment