Saturday 26 October 2019

AWAS MELAYU WARGA KG BARU : SARANAN MENJUAL TANAH MEREKA MERUPAKAN AGENDA TERSIRAT MENGAHALAU MEREKA DAN MEMECAH BELAH UNDI MELAYU PARLIMEN TITIWANGSA

Sejarah orang Melayu di Kampung Melayu Geylang Serai Singapura dihalau keluar akan berulang di Kampung Baru Kuala Lumpur.

Jika dahulu ia dilakukan oleh kerajaan PAP Singapura, kali ini akan dilakukan oleh kerajaan PH yang dikuasai oleh DAP sebuah parti berasal dari parti yang sama dari parti PAP Singapura. Kesannya kawasan majoriti Melayu di Kampung Melayu Geylang Serai telah menjadi kawasan minoriti Melayu dan PAP berjaya menguasai kawasan tersebut.

Lantaran itu juga menyebabkan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PKMBR) atau UMNO di Singapura terkubur. Begitu juga dengan sejarah akbar Utusan Melayu yang asalnya bermula di Singapura dan sekarang akhirnya terkubur di Kuala Lumpur angkara pengaruh tangan halus DAP yang menguasai kerajaan PH.

Dalam masa terdekat sebelum ini, sejarah yang sama berlaku di Pulau Pinang yang dikuasai oleh kerajaan DAP. Di mana tanah-tanah yang didiami oleh orang Melayu sama ada dirampas atau dibeli dengan mendirikan projek perumahan yang tidak mampu dibeli oleh orang-orang Melayu. Ini secara tersirat lebih kurang menghalau mereka dari kampung halaman mereka secara halus. Dengan harga rumah serta kos sewa yang tinggi di pulau itu maka ramailah orang Melayu yang tidak mampu telah meninggalkan pulau tersebut dan berhijrah ke tanah besar Seberang Perai. Kesannya ia telah memecah belahkan undi orang Melayu di pulau tersebut yang menyebabkan DAP terus berkuasa sehingga hari ini di pulau tersebut.

Tentang isu penjualan tanah di Kampung Baru pula. Pengerak utama dalam usaha DAP yang licik ini ialah memperalatkan Khalid Samad Menteri Wilayah Persekutuan dari parti Amanah sebuah parti yang ditubuhkan oleh DAP untuk diperalatkan bagi menarik sokongan Melayu. Dengan kata mudah ia merupakan parti barua kepada DAP.

Walaupun kerajaan PH bersetuju menaikkan harga tanah Kampung Baru kepada RM1,000 berbanding RM850 sebelum ini, ia tetap masih dilihat sebagai satu agenda tersirat mahu menghalau orang Melayu dari kawasan tersebut serta memecah belahkan undi Melayu di Parlimen Titiwangsa.
Mengapa kami berani menyatakan sedemikian dari pandangan politik? Jikalau mereka sudah jual tanah mereka, di mana mereka akan tinggal? Sudah tentu tidak di Kampung Baru lagi, bukan. Adakah kesannya ia tidak akan memecah belahkan undi orang Melayu di kawasan tersebut khasnya dan bandaraya Kuala Lumpur amnya. Sudah tentu ia akan memecah belah undi orang Melayu.
Memang benar, setelah tanah dijual mereka akan dapat wang. Persoalannya, setelah tanah dibeli oleh kerajaan, apakah projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan kelak bakal memnafaatkan penduduk Kampung Baru? Adakah projek yang bakal dilaksanakan kelak mampu dimilikii oleh penduduk Melayu Kampung Baru yang telah menjual tanah mereka?
Sekiranya wang yang diterima atas penjualan tanah mereka tidak mampu untuk memiliki harta yang dibangunkan oleh kerajaan itu, maka Kampung Baru bukanlah lagi milik orang Melayu dan ia akan bertukar tangan. Dengan itu hilanglah Kampung Baru sebagai nostalgia Kampung Melayu di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur dari peta Malaysia
Sebagaiman yang difahamkan 80% penduduk Kampung Baru mahukan pembangunan bukan untuk menjual tanah mereka. Ini selaras dengan saranan yang telah dibuat oleh kerajaan BN sebelum PRU ke 14.
Tetapi malangnya pihak Perbadanan Kampung Baru (PKB) yang sudah dipengaruhi oleh Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad seolah-olah memaksa pemilik-pemilik tanah di Kampung Baru untuk menjual tanah mereka.
Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Kampung Baru (MAS) Shamsuri Suradi bahawa beliau telah menghidu Khalid Samad cuba hendak pecahkan orang Melayu supaya mereka tidak berada di bandar raya Kuala Lumpur
Dalam pada itu, Shamsuri yakin 70 hingga 80% penduduk Kampung Baru tidak akan setuju dengan tawaran baru daripada kerajaan iaitu RM1,000 untuk satu kaki persegi.
Beliau berkata rata-rata penduduk Kampung Baru mahukan pembangunan bukan untuk menjual tanah mereka.
Menurut beliau lagi, walaupun tidak dinafikan ada yang mahu menjual tanah mereka mungkin dalam sekitar 800 orang tetapi, masih ada 5,000 lebih penduduk di Kampung Baru yang enggan jual tanah mereka.
Walaubagaimana pun, Lembaga Pentadbir Kampung Baru (MAS) telah diberi mandat untuk membuat keputusan bagi mewakili penduduk Kampung Baru.
Menurut beliau, malangnya, Khalid Samad hanya berminat berjumpa dengan penduduk Kampung Baru berbanding Lembaga Pentadbir Kampung Baru.
Seterusnya, beliau berkata bahawa 80% penduduk Kampung Baru mahukan pembangunan dan tidak ada pilihan daripada Perbadanan Kampung Baru (PKB) untuk menjual tanah mereka.
Beliau telah menyatakan, daripada tahun lalu, beliau telah jumpa Khalid Samad sebab mahukan pembangunan. Tetapi tiba-tiba pada Mac lalu beliau mengumumkan bahawa kerajaan hendak beli tanah Kampung Baru.
Seterusnya Samsuri menyatakan bahawa kalau nak jual sudah pasti kena ada pilihan untuk orang Kampung Baru.
Sementara itu, kebanyakkan penduduk Kampung Baru merungut tentang tawaran baru kerajaan bernilai RM1,000 satu kaki persegi yang mengelirukan dan tidak meyakinkan.
Mereka menyatakan sebenarnya harga itu kekal RM850 sekaki persegi tetapi RM150 diberi dalam bentuk saham.
Banyak pihak tiddk faham tentang sama ada RM150 diberikan kepada semua pewaris atau tidak.
Persoalannya sama ada setiap pewaris dapat RM150 atau hanya seorang daripadanya.
Menurut kebanyakkan daripada mereka menyatakan bahawa penjelasan Khalid Samad juga tidak betul.
Menurut mereka bahawa mereka memang tidak akan jual tanah mereka. Ini memandangkan dalam borang PKB pun tak ada pilihan untuk kita jual tanah.
Mereka rasa dipaksa, sebab dalam borang yang dihantar tidak ada ruang untuk menyatakan sama ada kita setuju atau tidak.
Kebanykkan dari kalangan mereka menafikan dakwaan Khalid Samad bahawa ada penduduk Kampung Baru yang amat terdesak sehingga ingin menjual tanah mereka.
Menurut mereka ini adalah satu kenyataan yang tidak wajar sama sekali dan merupakan satu pembohongan daripada Khalid Samad.

No comments:

Post a Comment