Bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad, malah semua orang bermai wayang sekarang.
Muhyiddin Yassin telah mempermainkan dengan menjual nama Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 2008 supaya apabila Najib Tun Razak mengambil alih sebaga Perdana Menteri beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kasihan Ku Li namanya dijual, pada hal beliau mempunyai masa hadapan yang cerah dan kemudian ditinggalkan layu terkulai
Kemudian, enam tahun selepas itu, Muhyiddin bermain wayang sekali lagi. Kali ini beliau bermain dengan menjual nama Najib. Muhyiddin dalam isu 1MDB telah bawa ke perhatian Mahathir. Muhyiddin telah beri tahu Mahathir bahawa sekurang-kurang RM42 bilion dan mungkin lebih daripada RM50 bilion telah ’lesap atas angin’. Sebab itulah Mahathir mengumumkan bahawa Najib telah curi RM42 billion dan mungkin melebihi RM 50 bilion.
Apa yang Mahathir tidak tahu, sebab Muhyiddin tidak beritahu beliau, jumlah berbilion itu sebenarnya digunakan untuk beli aset dan pelaburan dalam syarikat dan perniagaan. Mahathir ingat Najib mencuri wang tunai anggaran RM42 bilion atau lebih tanpa mendapat sebarang pulangan.
Apa yang Mahathir dilihat tidak sedar bahawa Muhyiddin juga mahu jadi Perdana Menteri.
Mahathir mempercayai Muhyiddin dan tidak menyemak dengan betul apa yang Muhyiddin beritahu beliau sebelum membuka mulut. Dan sebab itulah Mahathir dengan apa jua pun memastikan Najib dipenjarakan. Sekira tidak, kemudian Mahathir akan kelihatan bodoh menuduh Najib mencuri RM42 bilion atau lebih RM50 bilion dan namun itu Najib masih lagi bebas.
Semua orang tahu sebab sebenar Mahathir membenci Najib ialah kerana anaknya Mukhriz. Isu 1MDB hanya merupakan alasan untuk menyerang Najib. Mahathir marah dengan Najib kerana beliau tidak bantu anaknya Mukhriz bertanding menentang Khairy Jamaluddin, bukan hanya sekali, malah dua kali.
Mahathir ingat Najib akan bantu anaknya Mukhriz, sebagai membalas jasa melantik Najib sebagai Perdana Menteri. Tetapi Najib pilih untuk terus berkecuali dan Mukhriz tewas dalam kedua-dua pemilihan. Itulah isu sebenar, tidak ada kena mengena dengan 1MDB. Isu 1MDB hanya untuk mewujudkan persepsi rakyat untuk memburuk-burukan nama Najib.
Walaubagaiman pun, terbukti Najib sukar untuk dimusnahkan daripada apa yang Mahathir fikirkan. Mahathir menggunakan Muhyiddin, Shafie Apdal, Governor Bank Negara -Zetty, Cawangan Khas PDRM, Ketua Polis Negara, SPRM, Peguam Negara, dan sebagainya untuk memusnahkan Najib, tetapi beliau masih gagal untuk dimusnahkan. Akhir sekali, Mahathir tidak ada pilihan melainkan menggunakan Pakatan Harapan(PH) untuk menumpaskan UMNO supaya Najib jatuh.
Mahathir terpaksa berkerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumpaskan UMNO supaya Najib jatuh
Pakatan Harapan, terutama DAP, amat gembira bahawa Mahathir bersedia berkerjasama dengan mereka untuk menumpaskan UMNO. Hanya UMNO akan musnahkan UMNO, inii sesuai dengan perancangan DAP’. Dengan itu DAP mengalukan Mahathir dengan tangan terbuka.
Oleh itu, satu rundingan telah dimuktamadkan. Mahathir akan membentuk sebuah parti Melayu baru untuk mencuri 10% undi Melayu daripada UMNO (satu idea yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang). Mahathir akan menjadi Perdana Menteri untuk selama dua tahun, selepas itu beliau dijangkakan menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim. Mahathir akan membebaskan Anwar dari penjara melalaui lembaga pengampunan. DAP akan diberi jawatan sebagai Menteri Kewangan termasuk beberapa jawatan penting dalam kabinet. DAP akan memutuskan tentang perlantikan Peguam Negara — dan, dalam kes ini, beliau melantik seorang yang merupakan mantan peguambela kepada Chin Peng, Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) , iaitu Tommy Thomas.
Tetapi akhirnya, setelah Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke 7, beliau telah melakukan apa yang beliau suka, bukan apa yang telah dipersetujui (atau apa yang Pakatan Harapan fikirkan yang beliau setuju untuk lakukan). Dan Pakatan Harapan, terutama DAP, terlalu malu untuk bercakap tentangnya. Oleh itu mereka hanya berdiam diri dan tidak menyatakan apa-apa, memandangkan mereka fikir bahawa dalam tempoh beberapa bulan lagi Mahathir walaubagaimana pun akan pergi, di mana selepas itu masalah akan selesai.
Hanya satu cara untuk Anwar jadi Perdana Menteri adalah menjatuhkan Mahathir melalui undi tak percaya
Tetapi Mahathir tidak berniat untuk sama ada meletak jawatan sekarang atau beberapa bulan akan datang. Hakikatnya, Mahathir menafikan beliau bersetuju meletak jawatan setelah dua tahun. Dalam satu kenyataan beliau menyatakan, “We’ve never discussed it. We have to study the situation, if the work is half done or not done, then it will be difficult,”kata Mahathir semalam.
Tetapi apakah kaitan “Kongres Maruah Melayu” hari Ahad ini dengan semua ini? DAP menuduh perhimpunan Penyatauan Ummah Umno-PAS baru-baru ini sebagai satu langkah perkauman. Dan kemudian Mahathir secara tersembunyi mengarahkan agar satu Kongres Maruah Melayu.
Persoalannya sekarang, apakah tujuan jawatankuasa pengajur kongres ini dari PPBM pimpinan Mahathir cuba menyembunyikan fakta bahawa kongres ini bukan dianjurkan oleh mereka. Apa yang diwar-warkan oleh media arus perdana kerajaan PH bahawa kononnya ia dianjurkan beberapa buah IPTA.
Mahathir juga menjemput UMNO dan PAS untuk menghadiri kongres dan PAS telah mengesahkan kehadiran. Sekiranya kedua-dua UMNO dan PAS hadir maka ia menjadi satu lagi perhimpunan Penyatuan Ummah UMNO-PAS, tetapi kali ini melibatkan parti Melayu ketiga, PPBM atau Bersatu.
Mahathir terpaksa pecah belahkan Penyatuan Ummah UMNO-PAS atau kalau tidak PPBM harus menyertai mereka sebagai ahli gabungan ketiga
Adakah Mahathir tahu DAP dan puak Anwar dalam PKR akan menjatuhkan dia pada atau sebelum May 2020 adakah ini langkah permainan pertama Mahathir berunding dengan Umno dan PAS? Sekiranya Mahathir mempunyai sokongan UMNO, PAS, Sabah, Sarawak, maka PPBM harus meningalkan Pakatan Harapan dan Mahathir boleh membentuk satu gabungan tidak termasuk DAP dan puak Anwar dalam PKR.
Di sebaliknya, ada mereka yang mengatakan bahawa Kongres Maruah Melayu bermatlamat untuk memecah belahkan UMNO dan PAS. Sekiranya PAS hadir tetapi UMNO tidak, itu mungkin ada implikasi terhadap kerjasama UMNO-PAS.
PRK Tanjung Piai semakin hampir dan dengan berbekalkan 56% pengundi Melayu dan 42%, pengundi Cina, satu kerjasama Umno-PAS akan menjadi satu mimpi yang ngeri untuk Pakatan Harapan. Mereka perlu UMNO dan PAS supaya bertelagah dan inilah apa yang Kongres Maruah Melayu ingin capai.
DAP selama ini vokal tentang himpunan Penyatuan Ummah UMNO-PAS tetapi tidak memberi sebarang sepatah kata tentang Kongres Maruah Melayu, yang melibatkan Melayu pada hari Ahad ini. Mengapa? Ini merupakan satu keganjilan yang tidak pernah dilakukan oleh DAP apabila ia melibatkan orang Melayu. Tambahan pula ini melibatkan untuk mengembalikan maruah orang Melayu. Dari segi sikologi mungkin DAP tahu matlamat sebenar Kongres Maruah Melayu yang tidak merugikan serta memihak kepada politik mereka dan itulah sebabnya mereka menyepi seribu bahasa.
Kesimpulannya, sebelum itu kita harus sabar dan berlapang dada menunggu apakah pengisian kongres tersebut untuk dinilai, terutama ketika ucaptama Mahathir sebagai penganjur utama kongres tersebut.
Apapun, semua pimpinan Mufakat Nasional serta NGO pro mufakat yang hadir dalam kongres tersebut supaya berwaspada serta bijaksana untuk menilai sama ada ia merupakan satu retorik politik Maahathir untuk mengambalikan populariti terhadap beliau yang kian terhakis atau ia benar-benar merupakan kongres untuk memertabatkan serta mengembalikan maruah bangsa Melayu yang tercabar ketika ini.
No comments:
Post a Comment