Nik Nazmi Nik Ahmad Ahli Parlimen PKR sekalipun tidak pernah mengakui bahawa prestasi syarikat terbesar yang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melabur di dalamnya iaitu Boustead Holdings Berhad mengalami kejatuhan nilai saham tercorot di dunia dalam sejarah sebaik sahaja kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih negara.
Perkara sedemikian tidak pernah berlaku di zaman Barisan Nasional (BN). Buktinya seperti berikut :
Sebelum PRU ke 14 di bawah kerajaan BN indek komposit BSKL ialah 1,896 mata. Pasca PRU ke 14 apabila diambil alih oleh kerajaan PH indek komposit BSKL jatuh dengan teruknya dan terus berlegar di sekitar 1,665.08 hingga ke 1,692.32 mata serta gagal kembali ke kedudukan asal.
Beliau (Nik Nazmi) cuba untuk mengelapkan fakta bahawa penentuan nilai dividen amat bergantung kepada prestasi saham yang dilaburkan oleh syarikat ini (LTAT).
Jadi amat jelas, apabila nilai saham syarikat ini susut, maka dividen juga susut sehingga serendah 2%.
Adakah ini bukan salah PH ke?
Bukankah setelah kerajaan PH mengambil alih, berduyun-duyun pelabur asing berhijrah meninggalkan pasaran Malaysia ?
Bukankah ini satu malapetaka berpunca daripada sentimen negatif pelabur asing atas kredibiliti kerajaan PH dengan sewenang-wenang membatalkan perjanjian projek-projek mega antarabangsa seperti projek ECRL, HSR dan lain-lain?
Bukankah ini satu malapetaka berpunca daripada sentimen negatif pelabur-pelabur asing ke atas hutang negara yang diumumkan oleh Menteri Kewangan yang tidak berapa cerdik, kononnya hutang negara ialah RM 1 trilion ?
Bukankah ini satu malapetaka berpunca daripada sentimen negatif pelabur-pelabur asing atas kesetabilan politik di bawah kerajaan PH dalam isu peralihan kuasa di antara PM Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sekarang menjadi masala yang masih tidak menentu.
Kejatuhan nilai saham di BSKL hakikat sebenarnya ada kaitan dengan kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat GLC atau syarikat milik kerajaan seperti Khazanah Nasional, Tabung Haji, FELDA, KWSP dan lain-lain. Dan terkini termasuk LTAT.
Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa dalam satu catatan di Facebook semalam tetap mempertahankan dividen LTAT bagi tahun kewangan 2018 hanya 2 peratus akibat salah urus dan dakwaan penyelewengan sejak bertahun-tahun lamanya.
Seterusnya, kami sebagai rakyat dan bekas ATM menggesa Nik Nazmi dan kerajaan PH agar jangan bersikap tuding jari kepada kerajaan terdahulu atas kegagalan anda sendiri, kerana kami sudah jemu dengan gelagat semua pemimpin PH dari mula mengambil alih kerajaan hingga sekarang setelah 15 bulan memerintah.
Akuilah kesilapan dan terimalah hakikat bahawa kerajaan PH telah gagal mengurustadbir negara termasuklah dalam menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia.
Jangan asyik cari alasan untuk lepas tangan, kerana kami rakyat dan bekas ATM yang hidup didunia yang tak bersempadan ini tidak memerlukan propaganda media cetak dan media elektronik kerajaan PH seperti TV3, RTM dan sebagainya. Kami maha mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan PH sekarang untuk mendapatkan sokongan melalui pembohongan dan putar belit. Oleh itu jangan perbodohkankan kami seperti PRU ke 14.
Kami juga hairan melihat sikap Nik Nazmi yang tergamak mempersoalkan usaha LTAT bagi tahun-tahun sebelum ini membayar dividen lebih kepada pencarum.
Rakan kami yang sedang mencarum ini bukannya golongan biasa-biasa, tetapi perwira yang sanggup berkorban nyawa demi negara. Jadi apa salahnya jika kita cari jalan untuk pastikan nilai dividen konsisten setiap tahun demi kebajikan mereka.
Malah bukan dividen sahaja, LTAT juga berusaha keras untuk bantu Kementerian Pertahanan membela kebajikan pencarum.
Ini termasuklah – beli dan bina rumah pertama, bantu ringankan beban anggota yang kurang bernasib baik, beri biasiswa pendidikan serta pelbagai lagi bentuk bantuan.
No comments:
Post a Comment