Friday 11 October 2019

BAJET 2020: MALAYSIA BARU KERAJAAN PH MERUPAKAN MALAYSIAN MALAYSIA DAP

Tahniah kepada 25% orang Melayu yang telah mengangkat Parti Rasis DAP sebagai Pemerintah.  Inilah akibat yang terpaksa dirasai oleh seluruh Melayu/Bumiputra yang ditindas DAP.

Walaupun kaum Melayu/Bumiputra merupakan 70% penduduk negara ini hanya mendapat RM50 juta peruntukan Program Keusahawan Bumiputra.

Tetapi kaum India yang yang hanya merupakan 7% penduduk negara ini mendapat RM20 juta peruntukan program tersebut.

Malang sekali kaum Cina yang merupakan 23% penduduk negara ini mendapat lebih daripada kaum Melayu/Bumiputra iaitu RM100 juta.

Apakah itu yang diminta oleh minoriti orang Melayu yang teruja sangat untuk menukar kerajaan pra PRU ke 14?

Oleh itu dimanakah letaknya faedah ‘Kongres Maruah Melayu’ yang dianjurkan oleh pengkhianat-pengkhianat Melayu seperti Tun Mahathir dan segelintir katak-katak UMNO yang berada dalam PPBM?. Di manakah maruah mereka?

Nampaknya Bajet 2020 kerajaan PH hanya merupakan bajet ‘cut and paste’ daripada bajet kerajaan terdahulu tidak ada perkara baru atau luar biasa. Jika dahulu kerajaan BN ada memperuntukan untuk penduduk luar bandar yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu. Kali ini ada, tetapi jumlah yang amat berkurangan daripada apa yang diperuntukan oleh kerajaan BN.

Oleh itu orang Melayu jangan lupa serta teruja dengan peruntukan untuk masyarakat luar bandar ini. Ini merupakan peringkat permulaan gula-gula yang akan diberi kepada orang Melayu bagi persediaan PRU ke 15. Dan ini juga merupakan satu gula-gula bagi menghadapi PRK P.165 Tanjung Piai dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal diadakan menjelang tahun 2021 atau paling awal hujung tahun 2020.

Memandangkan orang-orang Melayu Islam sudah merana selama 15 bulan, dihina, dicaci, diperlekeh, dipersenda dan diperkotak katik di bawah kerajaan PH sejak 9 Mei 2018. Dengan itu, adakah berbaloi jika kita teruja dengan gula-gula yang akan diberi yang tidak seberapa itu dengan maruah kita yang sudah tergadai ?

Oleh itu awas bangsa ku jangan ibarat ‘pelanduk lupakan jerat’. Sebelum jerat mengena, Melayu jangan mudah lupa seperti Tun Mahathir, bangsa DAP akan terus menjajah kita dengan apa jua serta dibantu oleh segelintir pengkhianat-pengkhianat Melayu. Sayangilah bangsa, agama dan tanah air kita yang tercinta ini.




No comments:

Post a Comment