Tuesday, 1 October 2019

BENARKAH KENYATAAN MAT SABU DIVIDEN LTAT RENDAH KERANA ‘PELABURAN TIDAK MUNASABAH’?

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah dibidas habis habisan oleh nitizen kerana memberi alasan bahawa pelaburan tidak munasabah yang dijalankan oleh kepimpinan terdahulu telah menyebabkan rendahnya dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi tahun kewangan 2018.
Tapi LTAT telah memberi dividen yang tinggi untuk 9 tahun berturut-turut masa era PM ke 6 Datuk Seri Najib Tun Razak. Purata dividen dan bonus tahunan yang diberi sepanjang tempoh ini adalah purata 14.1% setahun.
Kenapa pula LTAT tidak mengalami situasai “pelaburan tidak munasabah” sepanjang tempoh itu?
Adakah ia tiada kaitan langsung dengan pasaran saham Malaysia yang jatuh paling corot dalam dunia, dan terus merosot di bawah kerajaan PH pasca PRU14?
Kelmarin, LTAT telah mengumumkan dividen kepada ahlinya hanya 2.0 peratus (%) bagi tahun 2018.
Untuk rekod, kerajaan Barisan Nasional (BN) di era Najib, dividen dan bonus LTAT pada tahun 2009 adalah sebanyak 14%, 2010: 14%; 2011: 15%; 2012: 16%; 2013: 16% 2014; 15%; 2015; 12%; 2016: 12%; dan 2017: 12.5%.
Justeru itu, sudah pasti rakyat akan ternanti-nanti prestasi LTAT bagi tahun berikutnya di bawah Pakatan Harapan (PH).
Tidak mengapa. Sekali lagi mari kita cuba lihat bulan Mac tahun hadapan, berapakah dividen LTAT mampu diberi untuk tahun 2019.
Kerana, kelihatan harga saham yang merupakan pelaburan utama Boustead masih belum lagi memulih dan masih berada tahap 67% di bawah paras harga pra PRU14, Sedangkan ia sudah masuk 15 bulan kerajaan PH memerintah, namun ia masih belum kelihatan sebarang peningkatan
Tahun lalu, Mohamad yang juga merupakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) pernah berjanji untuk mengisytiharkan dividen LTAT pada bulan Februari tahun ini seperti amalan tahun-tahun sebelum tetapi gagal isytiharkannya.
Kemudian Mohamad yang popular dengan panggilan Mat Sabu berjanji sekali lagi  untuk mengumumkannya pada Jun atau paling lewat Julai tahun ini, namun ia masih lagi gagal  dilaksanakan hinggalah pada 30 September 2019.

No comments:

Post a Comment