Saturday 15 September 2018

SENTIASA ADA POLEMIK JIKA UMAT ISLAM MAHU BERSATU - ANNUAR


“Bila orang Islam nak bersatu sesama Islam ada saja polemiknya,” kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Menurut beliau, lebih menyedikan apabila orang Islam membicarakan hal agama mereka ada pihak yang menghina.
Paling malang, kata beliau, mereka yang menghina itu adalah juga orang beragama Islam di negara ini.
“Mereka mahu pisahkan politik daripada soal agama. Mereka lebih terpengaruh dengan pemikiran liberal dan sekular yang ditaja rakan mereka (yang ditaja oleh sebuah NGO Zionis Yahudi yang kenali International Republican Institute atau IRI sebagai tangan hitam yang memenangkan PH pada PRU-14).
“Termasuk yang dibawah pengaruh ‘Yahuduwannasara’,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) lantang mengkritik dan membantah usaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan UMNO kerana mereka tidak mahu Melayu Islam bersatu.
Mereka melemparkan pelbagai propaganda di media sosial bagi menghasut penyokong PAS supaya menolak kerjasama dua parti terbesar kaum Melayu tersebut.
Malangnya, sebilangan penyokong PAS dan UMNO termakan dakyah pemimpin dan penyokong PH yang mahu memastikan kerjasama berkenaan tidak menjadi kenyataan. Sebagaiman Yahudi Antarabangsa tidak mahu Islam bersatu.
Bagaimanapun, Annuar berkata, beliau berharap mereka yang membantah tidak berasa terkejut kerana usaha untuk menyatupadukan umat Melayu Islam negara ini akan tetap diteruskan.

No comments:

Post a Comment