Wednesday, 12 September 2018

JANGAN SKEPTIKAL BILA ADA BEKAS AHLI MAHU KEMBALI BERSAMA UMNO

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, orang UMNO jangan bersikap skeptikal dan tidak perlu berasa marah apabila ada bekas ahli UMNO mahu kembali ke pangkuan parti ini.
Ini kerana jelas beliau, mereka yang keluar parti dulu adalah kerana tidak bersetuju dengan Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri ke empat.
“Hari ini kita berlawan dengan orang yang sama… sebab itu bila ada bekas ahli UMNO termasuklah orang dari parti Semangat 46 mahu sertai UMNO kembali, jangan kita tolak tepi kerana mereka dulu menentang Tun…
“…yang menyebabkan orang UMNO berpecah sejak wujudnya Semangat 46 adalah Tun kerana Tun tidak mengizinkan hampr 1000 orang dari ‘team B’ iaitu dari team Tengku Razaleigh untuk menyertai UMNO jadi mereka tidak ada pilihan dan terpaksa wujudkan parti baru”, katanya.
Begitu juga jelas beliau lagi pada tahun 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat dan penyokong Anwar keluar parti kerana tidak puas hati dengan apa yang Tun buat kepada Anwar
Ketika itu mereka bergaduh kerana Anwar tidak mahu meluluskan duit UMNO digunakan untuk menyelamatkan syarikat perkapalan anak Tun dan kita tahu dituduh liwat…
“Mungkin dia ada terlibat sehingga dia dipecat dan ketika itu ramai tidak percaya termasuklah saya sehingga terjadi liwat 2.0 iaitu ketika Saiful melafazkan sumpah,” ujar beliau dalam sidang media penyerahan borang keahlian UMNO oleh bekas pemimpin PKR Pusat, Zamil Ibrahim di Ibu Pejabat UMNO Malaysia di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan Anwar kerana Anwar adalah individu yang mempunyai pelbagai rupa.
“Anwar ini masa dalam UMNO nadanya amat berbeza. Mungkin ramai yang tidak tahu semasa dia menjadi Menteri Pelajaran, dialah yang mengharamkan kokurikulum tarian naga. Kita BN dulu tidak diskriminasi semua ini.
“Anwar ini ada banyak rupa. Kadang-kadang jadi orang yang betul-betul nampak memperjuangkan Islam dan Melayu dan kemudian bila bersama PKR, keluar dari penjara, dia tahu tidak boleh lawan UMNO untuk dapatkan keyakinan orang melayu maka dia tunjukkan dia lebih Cina dari MCA dan lebih India Dari MIC.
“Jadi, saya nak bagitahu kepada Anwar, rakyat bukan bodoh. Rakyat sudah sedar segala apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semuanya palsu belaka,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment