Pemantau Malaysia Baru mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat telah diperalatkan oleh kerajaan bagi menjayakan agenda politik pihak mereka untuk menekan pimpinan UMNO yang ada pada hari ini.
Presidennya, Datuk Noor Lokman Adam berkata, ini memandangkan kenyataan SPRM berhubung penangkapan ini ternyata adalah bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam negara itu sendiri.
“Apa yang mengecewakan kami, kenyataan rasmi SPRM hari ini menyatakan penahan ini dilakukan terhadap Dato Sri Najib di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.
“Apa yang menghairan, kenyataan Peguam Negara di portal Malaysiakini menyatakan bahawa sehingga kini beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan berhubung kes terbabit kerana kertas siasatan masih belum diterima.
“Ini jelas menunjukkan bahawa Dato Seri Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah bertindak atas arahan Perdana Menteri, Tun Mahathir daripada tindakan SPRM membekukan akaun dan menyoalsiasat ramai individu termasuk Ahli-Ahli Parlimen BN yang boleh dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa,” tegasnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Tambah Lokman, jika Tun Mahathir menggunakan akta ISA untuk menangkap dan menahan musuh politiknya, kali ini beliau menggunakan akta AMLA sebagai senjata baru untuk menindas musuh politik beliau.
“Pendakwaan berniat jahat ini dilakukan selepas Datuk Seri Najib mengeluarkan bukti-bukti bahawa dana hampir RM 2.6 Billion itu datangnya dari Kerajaan Saudi dan anak Raja Abdullah beberapa hari sudah membuktikan bahawa hari ini AMLA kini digunakan sebagai ISA yang baru untuk menindas musuh politik Tun Mahathir.
“Melalui AMLA, sesiapa juga yang pernah menerima dana UMNO melalui cek Ambank Islamic, akaun amanah atas nama Presiden UMNO, boleh didakwa di bawah AMLA dan terdedah kepada ugutan. AMLA digunakan sepenuhnya oleh Mahathir bagi mematikan kebangkitan rakyat khususnya kepimpinan UMNO kerana apabila seseorang itu didakwa di bawah AMLA, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan mereka menerima duit dari sumber haram.
“Sebaliknya, yang tertuduh perlu membuktikan bahawa dana yang mereka perolehi adalah bukan dari sumber haram seperti jenayah, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya. Persoalannya, bagaimana kemasukan dana ini boleh dianggap sebagai dari sumber yang haram sedangkan ianya masuk dengan mendapat kelulusan Bank Negara?,” soalnya tegas.
Sehubungan dengan itu, Pemantau Malaysia Baru dan beberapa NGO lain akan menghantar Memorandum memohon campurtangan Majlis Raja-Raja bagi menghentikan penyalahgunaan AMLA dinegara ini pada 26hb September, 2018 jam 8.30malam di Pintu C, Istana Negara (Depan Plaza Damas).
“Berdasarkan pekembangan ini, Pemantau Malaysia Baru akan mengadakan satu perhimpunan Solidariti4NajibRazak akan dibuat pada malam ini bertempat di Ibu Pejabat SPRM, Presint 8, Putraja.
“Manakala esok, kami akan berhimpun di Mahkamah Jalan Duta pada jam 2.30 petang bagi menyatakan solidariti kami terhadap Datuk Seri Najib yang dilihat sebagai mangsa penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan hari ini.” tegasnya.
No comments:
Post a Comment