Membaca buku terkini oleh dua orang wartawan daripada Amerika Syarikat bertajuk ‘Billion Dollar Whale’ memberi kita satu idea yang samar atau tidak jelas anda sedang membaca sebuah novel atau penulisan rekaan (fiction). Banyak mungkin tidak membaca ‘nota penulis’ pada muka surat satu, atau mungkin tidak perasan perenggan pembukaan , yang mengatakan :
Laporan media —dan sumber yang kita mula bercakap kepada — mencadang bahawa Jho Low, sedikit diketahui, rakan sekutu selama dua puluh tujuh tahun perdana menteri, telah sendiri menggambil wang, kemungkinan beratus juta, sekira tidak berbilion, dollar, dan pernah menubuhkan sebuah syarikat perfilemen Hollywood, menauliahkan salah sebuah kapal mewah terhebat di dunia, dan mengadakan party liar di sekeliling dunia. Sekiranya benar, hal tentang Low ini akan mewakili salah satu kerugian kewangan yang terhebat di dalam sejarah.
Pengarangnya berkata buku berkenaan ialah hasil daripada tiga tahun penyelidikan dan menemu bual dengan lebih 100 orang dalam lebih daripada satu dozen negara. Sebarang penyelidik yang baik akan memberi tahu anda bahawa penyelidikan yang baik ialah bukan akan beri tahu tentang kuantiti tetapi tentang kualiti. Anda boleh mengambil masa sepuluh tahun dan menemu bual 1,000 orang dalam 100 negara sekali pun. Tetapi sekiranya anda tidak bersenjatakan dengan fakta daripada sumber yang boleh dipercayai dan sumber yang tidak berat sebelah maka apa yang anda ada hanyalah merupakan satu tekaan dan spekulasi sahaja.
Dalam undang-undang ini dipanggil khabar agin atau hearsay. Anda mendengarnya daripada seseorang yang mana mendengarnya daripada seseorang dan dia juga mendengarnya daripada seorang yang lain. Itu tidak membuat apa yang anda dengar sebagai kebenaran dan ia tidak diterima di mahkamah. Malah sekiranya anda mempunyai bukti dokumen ia masih tidak mencukupi. Saksi masih perlu dipanggil untuk memberi keterangan di bawah sumpah bahawa apa yang mereka tulis atau rekod adalah benar dan tiada apa lain melainkan yang benar.
Dalam erti kata lain, bukan sebagai seorang saksi, ia belum lagi boleh dikatakan sebagai kebenaran. Dan sebab itulah mengapa dalam Islam menuntut empat orang saksi sebelum satu sabitan kesalahan zina boleh diperolehi sebab hukumannya adalah tegas dan dakwaan harus melampaui keraguan. Dalam kes dakwaan terhadap 1MDB, bagaimanapun, dakwaannya tidak melampaui keragauan tetapi dicemari dengan isyarat bercampur-campur, tekaan dan mengelirukan.
Sekiranya buku ‘Billion Dollar Whale’ bertujuan untuk mengukuhkan dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak curi wang 1MDB, hakikatnya, telah berlaku, disebaliknya. ‘Penyangak’ dalam buku itu dilihat sebagai Jho Low yang menipu banyak orang seluruh dunia sementara Najib merupakan sebahagian daripada senarai ‘orang penting’ yang telah ditipu oleh orang muda ini. Oleh itu buku itu membuat Najib seorang mangsa sesungguhnya daripada seorang yang melakukan kejahatan dan bukan sahaja Najib seorang menjadi mangsa Jho Low.
Walaubagaimanapun, perenggan yang kami petik di atas menyatakan tentang asas buku itu. Kenyataan pembukaan (Laporan media —dan sumber kita mula bercakap kepada— cadangkan…) bermakna apa saja yang ditulis adalah berdasarkan atas khabar angin atau hearsay dan apa DICADANGKAN media. Apa yang dituliskan dalam buku bukan berdasrkan transkrip mahkamah atau keterangan lisan saksi semasa perbicaraan. Oleh itu, yang terbaik, ini hanya merupakan ‘ikut cerita orang’ yang ia masih perlu disahkan.
Kenyataan penutup penulis (Sekiranya benar, perkara tentang Low akan mewakili salah satu kerugian kewangan terhebat dalam sejarah) menunjukkan bahawa pengarang tidak menyebut cerita itu adalah benar. Ya, ‘sekiranya benar’. Pengarang belum tahu lagi sama ada ceritanya benar sehingga perbicaraan diadakan dan saksi beri keterangan dan bukti dikemukakan di mahkamah.
Bagaimanapun, hanya untuk rekod, malah sekiranya dakwaan terhadap Jho Low atau 1MDB adalah benar, ini masih lagi bukan kerugian kewangan terbesar dalam sejarah. Pembinaan semula Iraq, program Minyak untuk Makanan, dan lain-lain adalah lebih besar daripada 1MDB. Kos kedua-dua ‘kerugian kewangan’ itu sahaja melebihi hutang negara Malaysia RM700 bilion (atau malah RM1 trilion sekira anda mahu mempercayai apa yang Pakatan Harapan kata).
Sekarang, itu membawa kita kepada persoalan yang paling penting daripada semua: mengapakah kerajaan mencipta terlalu banyak kekeliruan dan menghantar isyarat yang bercampur-campur? Sekiranya anda boleh ingat, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakannya pada 2015 dengan mengatakan bahawa RM42-bilion wang 1MDB ‘telah lesap’ atau hilang atas angin. Dua bulan kemudian, beliau kata angka sebenarnya RM50 bilion atau malah mungkin lebih.
Sebenarnya, 1MDB mempunyai hutang anggaran lebih kurang RM42 bilion, bukan yang RM42 bilion telah lesap atau hilang di atas angin. Dan hutang itu disokong oleh aset bernilai RM51 bilion, di mana satu perkara yang Mahathir tidak sebut — mungkin sebab ketika itu beliau tidak tahu. Jelas Mahathir telah diberi maklumat salah oleh orang tertentu dan telah terpedaya dalam menyatakan bahawa RM42 bilion telah lesap dan kemudian menukarnya kepada RM50 bilion atau mungkin lebih.
Ini telah meletakkan SPRM dalam dilema. Mereka sekarang telah fokus penyiasatan mereka atas ‘kecurian’ RM42 bilion atau tidak Mahathir akan kelihatan sebagai seorang dungu. Tetapi bagaimana mereka menyiasat, dan kemudian membuktikan, bahawa RM42 bilion telah dicuri apabila RM42 billion telah TIDAK dicuri? Ini adalah apabila keseluruhan kecelaruan bermula. Mereka telah terpaksa mereka-reka cerita untuk memberi satu tanggapan bahawa RM42 bilion telah sesungguhnya telah dicuri , dan bahawa bukti sedang dikumpulkan, dan bahawa yang bersalah akan dihukum.
Untuk mengukuhkan dakwaan, mereka telah kononnya menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib pada Julai 2015. Sebenarnya, mereka tidak berniat mengenakan pertuduhan. Mereka hanya mahu menakut-nakutkan Najib dan menggunakan kertas pertuduhan untuk mengugut Najib supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Apabila keseluruhannya mendatangkan kesan yang tidak diingini atau memakan diri, mereka menarik balik kertas pertuduhan itu dan membuat laporan polis mendakwa kononya bahawa kertas pertuduhan itu adalah palsu.
Ini merupakan kesilapan besar pertama yang SPRM telah buat dan selepas itu lebih banyak lagi kesilapan demi kesilapan dilakukan mereka.
Kemudian mereka tuduh Najib ke atas kecurian RM42 juta. But then RM42 million is a far cry from RM42 billion, which was what the allegation in early 2015 was. Then they said they need up to the end of year to complete their investigations.
Sekarang, mereka sediakan kertas pertuduhan pada Julai 2015 tetapi mereka perlukan sehingga Disember 2018 untuk melengkapkan kertas siasatan. Bagaiman mereka boleh sediakan kertas pertuduhan 42 bulan sebelum kertas siasatan dilengkapkan? Bukankah kertas pertuduhan sepatutnya berdasarkan keputusan siasatan SETELAH kertas siasatan dilengkapkan? Ini bukan sahaja hanya meletakkan kereta kuda sebelum kuda. Malah ini telah meletakkan kereta kuda sebelum kuda dilahirkan dan sebelum kuda betina mengandung. Sekurang-kurangnya tunggulah emak kuda bunting dulu!
Dan sekarang mereka kata mereka akan memerlukan lagi setahun (bukan sehingga hujung tahun, di mana hanya tiga bulan lagi) untuk SPRM melengkapkan siasatannya. Dan kemudian ahli CEP, Jomo Kwame Sundaram, berkata setahun lagi tidak cukup. Ia akan mengambil masa BANYAK tahun lagi.
Baiklah, ia boleh ambil lagi 100 tahun untuk semua yang kami kisah. Apa yang kami persoalkan tentang mengapa mereka bercakap seolah-olah mereka boleh mengesahkan 100% bahawa Najib curi wang 1MDB? Sekiranya mereka memerlukan setahun lagi, atau beberapa tahun, untuk mendedahkan kebenaran, mengapa mereka bercakap melampaui sebarang bayang keraguan seolah-olah mereka mempunyai bukti terhadap Najib?
Apabila anda mendengar orang Pakatan Harapan bercakap, terutama Mahathir dan Lim Kit Siang, mereka bercakap seolah-olah seperti mereka tahu kebenaran. Bagaimanapun, dalam nafas yang sama , mereka kata kebenaran hanya boleh diketahui setahun daripada sekarang. Dan sejak bila pernah SPRM bercakap tentang siasatan yang berjalan sebelum siasatan dilengkapkan? Sekiranya anda bercakap terlalu banyak dan mendedahkan apa yang anda sudah tahu dan tidak tahu lagi, adakah anda tidak menggangu penyiasatan dengan ‘menasihati’ penjenayah untuk apa untuk dilakukan selepas ini?
Ya, inilah yang paling anih dan memberi penegasan bahawa penyiasatan 1MDB hanyalah berbau politik dan dibicarakan oleh media. Mereka tahu mereka tidak ada apa untuk memenjarakan Najib. Malah buku ‘Billion Dollar Whale’ dilihat sebagai menyatakan yang sama. Apa yang mereka mahu ialah untuk mendapat ‘penghukuman’ dalam mahkamah pendapat umum. Ini adalah sama yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Perbezaannya pada tahun1998 mereka masih hantar Anwar ke penjara walaupun mereka gagal membukti kesalahannya. Dan mungkin inilah perkara yang sama yang mereka harapkan untuk lakukan terhadap Najib.
No comments:
Post a Comment