Friday, 14 September 2018

BEKAS KETUA HAKIM NEGARA PERSOAL TINDAK TANDUK TOMMY SELAKU PEGUAM NEGARA


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik Peguam Negara Tommy Thomas berhubung keputusannya dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.
Dalam kes itu, Thomas yang pada mulanya menjadi ketua pendakwa menarik diri atas sebab tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes itu ekoran tanggungjawabnya sebagai peguam negara…
Beliau kemudian melantik bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Sulaiman Abdullah untuk menggantikan tempatnya.
“Ini mata pertama oleh Thomas, tidak pernah dalam sejarah perundangan di Malaysia ada peguam negara mengakui dia tidak dapat berdepan dengan beban tugasnya, sehingga perlu melantik peguam persendirian untuk melakukan pendakwaan.
“Atau apakah dia takut kerana tiada pengalaman dalam pendakwaan?
“Kes ini tentunya bukan untuk sesiapa yang baru mahu belajar tentang pendakwaan,” katanya dalam satu artikel panjang di blognya hari ini.
Dalam artikel itu, beliau memberikan pandangannya berhubung prestasi sepanjang tiga bulan Thomas menjadi peguam negara.
Tambah Hamid Thomas di beri lapan bulan untuk menyediakan kes itu dan ia ternyata jauh berbeza dengan pendakwa raya biasa yang ada kala di beri tempoh tidak sampai sebulan.
Malah katanya, keputusan Thomas itu membuktikan bahawa peguam persendirian, walaupun cukup ternama tiada pengalaman dalam mengendalikan pendakwaan atau kertas siasatan.
“Sebab itulah peguam negara perlu di lantik di kalangan perkhidmatan perundangan dan kehakiman”, katanya.
“Apa-apa pun dia terlepas peluang untuk membuktikan dirinya sebagai pendakwa yang bagus dalam satu kes paling kontroversi dan penting dalam sejarah perundangan Malaysia yang akan di kenang untuk satu tempoh yang panjang.
“Semoga dia tidak akan di kenang sebagai peguam negara yang takut sehingga mengelak daripada mendakwa bekas perdana menteri,” katanya lagi.
Hamid juga mengkritik keputusan Thomas yang melantik bekas Hakim Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya bagi menyediakan kertas pendakwaan ke atas kes-kes berkaitan 1MDB.
“Ia bermakna Sri Ram bertindak untuk menasihati Thomas sama ada wujud kes prima facie terhadap Najib,” katanya
Menurutnya lagi adalah sangat janggal untuk seorang peguam negara membuat keputusan berdasarkan pandangan orang lain, bukan meneliti sendiri bukti yang ada.
“Dalam kes sepenting itu, orang menjangka peguam negara sendiri akan meneliti kertas sisatan dengan bantuan pegawai dan membuat sendiri keputusan,” katanya.
Paling tidak pun, Hamid berkata tentunya ada pegawai berpengalaman di pejabat peguam negara yang boleh diharapkan berbanding mengambil peguam luar yang tidak pernah melihat kertas siasatan sepanjang kerjayanya.
Hamid berkata memandangkan Thomas sendiri tidak meneliti kertas siasatan untuk kes berkaitan 1MDB, kemungkinan besar beliau juga tidak akan mengetuai pendakwaannya.
“Dengan melantik Sulaiman dan Sri Ram sebagai pendakwa, Thomas telah menjejaskan seluruh bahagian pendakwaan dan rayuan pejabat peguam negara dan malah seluruh jabatan itu.
“Seolah-olah tidak yakin terhadap pegawainya yang telah bertugas selama berdekad.
“Seolah-olah mereka tidak cekap” katanya lagi.
Turut di sentuh Hamid adalah beberapa kes lain, termasuk kapal pesiar mewah Equanimity, kes kerajaan Sarawak dengan Petronas dan pembatalan dakwaan terhadap ahli parlimen dan penyokong Pakatan Harapan.
Setakat ini Thomas lebih di kenali dengan apa yang tidak di lakukannya dan bukan apa yang telah dia lakukan” katanya.
Tambahnya Thomas juga berjaya memujuk tiga anggota Majlis Peguam untuk bekerja dengannya tanpa bayaran.
“Kita hanya boleh berterima kasih kepada peguam-peguam ini atas pengorbanan mereka.
“Apakah mereka akan melakukan perkara sama jika yang tertuduh adalah menteri kerajaan HARAPAN?” soalnya.

No comments:

Post a Comment