Saturday 22 September 2018

TIDAK TEPATI JANJI KERAJAAN PH MUNAFIK - NAJIB


22 SEPT: Tiada keinginan untuk melaksanakan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat menunjukkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya bersikap munafik, umar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kalau dipandang dari sudut agama, tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.
“Maknanya, mereka menawarkan pelbagai janji manis ketika (berkempen) PRU-14 dan akhirnya kita boleh lihat rata-rata rakyat meluahkan rasa kekecewaan kerana semuanya hanya tinggal janji sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Sekampung dan Gotong-royong Memasak Bubur Asyura di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Panjang, di Pekan, Sabtu.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Zamri Ramly; Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khairuddin Mahmud; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga yang terbabit dalam kejadian ribut pada 7 September lalu.
Beliau turut memaklumkan akan mencari dana bagi menyiapkan projek pembinaan Masjid Pasir Panjang yang sudah diluluskan sebelum PRU-14 lalu.

No comments:

Post a Comment