Thursday 27 September 2018

NGO BERHIMPUN BANTAH PENYALAHGUNAAN AMLATFA


27 SEPT: Satu perhimpunan membantah penyalahgunaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menekan musuh-musuh politiknya telah diadakan malam tadi di luar perkarangan Istana Negara.
Perhimpunan tersebut disertai sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Presiden Pemantau Malaysia Baharu (Pemantau), Datuk Lokman Noor Adam yang mengetuai perhimpunan itu berkata, beberapa pemimpin UMNO telah disiasat di bawah akta tersebut kerana didakwa menerima sumbangan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, katanya, ada pemimpin yang diugut sama ada keluar daripada UMNO ataupun didakwa di mahkamah.
“AMLATFA ini seolah-olah dipergunakan sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri keempat satu ketika dahulu.
“Itu sebab kita merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja-raja Melayu supaya campur tangan dalam menghentikan penyalahgunaan AMLATFA untuk menekan musuh-musuh politik PH,” katanya.

No comments:

Post a Comment