Thursday 6 September 2018

PENYIASATAN TERHADAP 1MDB TELAH MELANGGAR DINDING. ADAKAH 1MDB DICIPTA UNTUK MENIPU RAKYAT PADA PRU-14?

Ulasan berita:


Tetapi tidak pernahkah mereka juga berkata bahawa kertas pertuduhan telah disediakan lebih tiga tahun lalu pada Julai 2015? Oleh itu, bagaimana ketika itu mereka menyediakan kertas pertuduhan melebihi tiga tahun apabila hari ini penyiasatan masih hanya 60% disiapkan? Dan dengan itu kami menyerahkan kepada anda semua untuk memikirkan ke atas Lapan Keajaiban di Dunia (Eight Wonder of the World) itu.


Asasnya, penyiasatan terhadap hal ehwal 1MDB tidak berjalan lancar sebagaimana yang diharapkan oleh Pakatan Harapan (BACA SETERUSNYA DALAM LAPORAN BERITA THE NST DI BAWAH).
Pertamanya, mereka dilihat tidak mampu untuk mengaitkan Najib Tun Razak kepada jenayah mencuri RM42 bilion wang 1MDB — sekiranya, pertama, RM42 bilion telah dicuri daripada 1MDB.
Yang terbaik, mereka boleh menggantung’ Najib kerana pengurusan yang lemah dan membuat keputusan perniagaan teruk. Dan itu dengan tersendirinya bukan satu jenayah. Sebagaimana yang dikatakan : anda tidak boleh memenjarakan seseorang oleh kerana kebodohan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Datuk Seri Amar Singh berkata polis tidak boleh merumuskan penyiasatan mereka terhadap  1MDB disebabkan kes yang komplek

Dalam kes ini, bagaimanapun, ‘kebodohan’ Najib dilihat dalam mempercayai individu yang salah yang menyebabkan pengurusan yang lemah dan keputusan perniagaan yang teruk. Dalam lain perkataan, Najib tidak bersalah ke atas pengurusan yang lemah dan keputusan perniagaan yang teruk tetapi tetapi bersalah meletakkan individu yang salah untuk mengurus yang telah menyebabkan pengurusan yang lemah dan membuat  keputusan perniagaan yang teruk.
Tetapi kemudian, malah Tun Dr Mahathir Mohamad bersalah dalam perkara yang sama. Sebagai contoh Abdullah Ang, Tan Koon Swan, Ling Liong Sik, Eric Chia, Samsudin Abu Hassan, Tajudin Ramli, dan banyak lagi, telah dipilih sendiri oleh  Mahathir dan mereka semua telah membuat kerosakkan sama ada sebab pengurusan yang lemah, keputusan perniagaan yang teruk, dan/atau rasuah.
Dengan itu, sekiranya Najib perlu dipenjarakan kerana meletakkan individu yang salah menguruskan 1MDB, maka Mahathir juga perlu menghabiskan harinya dalam sel penjara bersebelahan Najib. Itulah asasnya demi keadilan.

Tilam yang membuktikan’ Anwar bersalah

Mahathir mahu Najib didapati bersalah dan dipenjarakan sebelum akhir tahun ini. Tetapi itu hampir mustahil melainkan mereka reka bukti dan meletakkan beliau dalam perbicaraan yang palsu dalam satu mahkamah kangaroo. Mahathir, bagaimanapun, mahu ia kelihatan mengikut undang-undang dan tidak seperti apa berlaku dalam perbicaraan palsu Anwar Ibrahim hampir 20 tahun yang lalu.
Tetapi maka banyak orang tahu Anwar menjalin hubungan dengan budak lelaki dan dewasa supaya mereka terlepas daripada perbicaraan palsu. Dalam kes Najib, mereka tidak boleh angkat tilam masuk dan keluar mahkamah untuk membuktikan beliau bersalah sebagaimana mereka lakukan terhadap Anwar. Dan malah sekiranya mereka dapatkan Amar Singh untuk bariskan beg tangan, kasut dan barang kemas setiap hari di hadapan media, itu masih tidak membuktikan Najib curi RM42 bilion wang 1MDB.
Isu yang terbesar adalah, sekiranya mereka boleh membuktikan RM42 bilion wang 1MDB telah dicuri, mereka tidak boleh buktikan Najib orang yang mencuri wang itu. Dan malah sekiranya mereka boleh membuktikan Najib mencuri wang itu, ia telah dicuri luar negara dan bukan dalam Malaysia. Dengan itu mereka tidak boleh tuduh  Najib untuk jenayah itu — pertamanya malah sekira mereka boleh buktikan yang satu jenayah telah dilakukan.

Gani Patail menyediakan kertas pertuduhan berbalik pada Julai 2015 dan melebihi tiga tahun kemudian penyiasatan masih hanya 60% siap

Dan sebab itulah mengapa SPRM mengumumkan mereka telah selesai hanya 60% terhadap kes dan akan memerlukan sehingga hujung tahun ini untuk menutup penyiasatan. Yang panjang dan pendek tentangnya adalah: setakat ini, mereka tiada kes dan sekiranya mereka mahu untuk membuat kes mereka akan reka kes dan semua bukti yang bersama dengannya.
Tetapi tidak pernahkah mereka juga berkata bahawa kertas pertuduhan telah disediakan lebih tiga tahun lalu pada Julai 2015? Oleh itu, bagaimana ketika itu mereka menyediakan kertas pertuduhan melebihi tiga tahun apabila hari ini penyiasatan masih hanya 60% disiapkan? Dan dengan itu kami menyerahkan kepada anda semua untuk memikirkan ke atas Lapan Keajaiban di Dunia (Eight Wonder of the World) itu.
*************************************************************************
LAPORAN BERITA THE NST
(NST) – Investigations into the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) scandal are expected to wrap up by year end.
Those with knowledge of the multipronged investigation said the remaining 40 per cent of the probe involved information and evidence in no fewer than five countries.
This part of the investigation has seen officers from the Malaysian Anti-Corruption Commission and the federal police’s Commercial Crime Investigation Department liaising with their counterparts in the United States Federal Bureau of Investigation, Luxembourg, Switzerland, the Netherlands, the Middle East and Singapore.
Investigators, sources said, were working to find evidence to build a case.
“This includes illicit transactions carried out between 2011 and 2014.
“This is not a Hollywood movie. It is a complex probe and the investigators are determined to build a strong case and cover all areas.
“If one were to look at the trail as reflected in the US’ Department of Justice report, or the documents that were made public, it is easy to understand the magnitude and complexity of this case and why you can’t expect the 1MDB probe to be completed without these due processes,” one of the sources told the New Straits Times.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull berkata mereka memerlukan lebih masa untuk menyiapkan siasatan mereka oleh itu  “harap bersabar

Punca yang lain memberitahu NST bahawa dikalangan bahagian yang paling kritikal mengikut jejak wang yang buktinya sukar ditembusi untuk menyokong dakwaan bahawa wang yang dipindahkan yang dikaitkan dengan 1MDB telah berbalik semula di sini dan ke dalam akaun yang ada kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak antara 2011 dan 2014.
Pendakwaan tidak boleh dilaksanakan terhadap jenayah yang berlaku di luar negara , tetapi penyiasat boleh menjejaki jejak dan mendapatkan maklumat sehingga ke tempat jenayah dilakukan di sini,” kata sumber itu, dengan menambah bahawa bukti daripada bank tempatan yang terlibat dalam transaksi yang meragukan tidak mencukupi.
Adalah difahamkan bahawa penyiasatan pihak polis tertumpu kepada ‘pecah amanah’ (criminal breach of trust), sementara SPRM tertumpu kepada ‘pengubahan wang haram’ ( money laundering).
Persoalan tentang perkembangan besar seterusnya dalam kes ini telah menjadi topik perbincangan oleh banyak pihak, dengan yang terkini Timbalan Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh, semalam berkata bahawa orang awam telah bertanya kepadanya , “Bilakah Najib akan dipenjarakan?”
Beliau menjawab : “Ia dalam proses  dan prosedur harus dipatuhi.”

Kadir Jasin terperanjat di atas kemajuan yang perlahan dalam penyiasatan 1MDB

Penasihat Media dan Kommunikasi Pejabat Perdana Menteri Datuk A. Kadir Jasin juga menyentuh perkara ini, dengan berkata beliau telah terkejut apabila membaca perenggan dalam kenyataan yang dikeluarkann oleh Peguam Negara pada hari Jumaat seperti berikut:

Adalah pengetahuan awam bahawa kertas penyiasatan terhadap beberapa urusan penipuan yang dikaitkan dengan hal ehwal 1MDB tidak dimajukan Jabatan Peguam Negara oleh SPRM dan PDRM (melainkan satu kertas siasatan terhadap Jho Low, yang menyebabkan kertas pendakwaan dan pengeluaran warran tangkap terhadap beliau dan ayahnya minggu lepas). Setelah menerima kertas siasatan daripada agensi penyiasat, pejabat ini perlu untuk mengkajinya, menyediakan kertas pertuduhan dan pendakwaan terhadap pesalah yang didakwa di mahkamah perbicaraan.”
Kadir kata: “Orang akan hilang kesabaran menanti pendakwaan melibatkan 1MDB. Saya di fahamkan bahawa terdapat negara ingin membantu Malaysia dalam mendapat semula wang yang dicuri daripada 1MDB.
Satu soalan kepada KPN ( Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) dan Ketua Pesuruhjaya SPRM : adakah anda mempunyai masalah?”

Adakah anda mempunyai masalah?” Kadir Jasin bertanyakan kepada KPN

Dalam satu reaksi serta merta , Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Datuk Seri Amar Singh berkata polis tidak boleh merumuskan siasatannya terhadap skandal berkenaan disebabkan oleh kompleknya kes itu”.
Beliau merujuk NST kepada Fuzi, yang tidak memberi sebarang respon kepada pertanyaan yang dibuat melalui talipon.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata agensi memerlukan banyak lagi masa untuk menyiapkan kertas siasatan, dengan memberi respon : “Harap bersabar”.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi), Datuk Seri Azam Baki, telah berkata bahawa baki 40% siasatan kes melibatkan urusan dengan negara luar, lalu menambah bahawa 60 % telah disiapkan dalam tempoh tiga bulan (bukan tiga tahun berdasarkan kertas pertuduhan yang dikeluarkan pada 2015).
Apakah lojiknya tuduh dahulu baru siasat?
Ini jelas menunjukkan apa?
Ini jelas menunjukan bahawa kemungkinan isu 1MDB merupakan satu konspirasi menipu rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional pada PRU-14. Fakta ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Jikalu manifesto boleh dicipta untuk menarik sokongan rakyat, masakan fitnah isu 1MDB tidak boleh dicipta.

No comments:

Post a Comment