23 SEPT: Tindakan Kerajaan PH yang melabelkan peminjam yang tidak melunaskan tunggakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tidak amanah adalah tidak wajar.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, adalah lebih baik kerajaan PH menerusi Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan pemimjam membuat bayaran.
“Ketika ini belum nampak sesuatu pendekatan terbaharu kerajaan PH melainkan hanya kenyataan media sahaja atau menyambung apa yang PTPTN lakukan sejak dulu (kerajaan BN).
“Sebab itu jugalah, kalau ditanya siapa sebenarnya yang tidak amanah tentulah kerajaan hari ini.
“Kenapa saya berkata begitu sebab rakyat khususnya anak muda menggundi mereka kerana termakan janji manis Pakatan Harapan sewaktu kempen menjelang PRU14. Apabila janji tidak ditunai itu sebenarnya tidak amanah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Bekas Pengerusi PTPTN itu juga menegaskan adalah tidak tepat jika mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendidik peminjam agar tidak bayar hutang PTPTN.
“Lihatlah siapa yang tidak bayarnya? Ada antara mereka adalah daripada kumpulan pertama atau terawal mendapat pinjaman yakni sebelum Najib menjadi Perdana Menteri lagi,” katanya.
Beliau turut tidak bersetuju cadangan pihak PTPTN yang menetapkan bayara balik dibuat pada tangga gaji RM4,000 kerana yakin ia tidak akan berjaya dilaksanakan.
“Walaupun alasan Wan Saiful kononnya data PTPTN tidak lengkap yang menjadi punca ia tidak dilaksana. Pada saya ianya adalah alasan beliau untuk mengelak melaksanakannya kerana mungkin bila sudah menjadi Pengerusi PTPTN baru dia sedar bahawa kesan besar pada kewangan PTPTN akan berlaku jika ia dilaksana,” ujarnya.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas sikap tidak jujur peminjam PTPTN yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang terkumpul yang tidak dibayar mencecah RM36 bilion.
Beliau turut malu dengan sikap seumoama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa tanggungjawab apabila mereka diamanahkan dengan sesuatu perkara seperti pinjaman..
No comments:
Post a Comment