Friday, 14 September 2018

PAKATAN HARAPAN RESAH KERJASAMA PAS - UMNO


Kerjasama di antara UMNO dan PAS telah mengakibatkan Pakatan Harapan (PH) kini dalam keadaan resah dan kelam kabut memandangkan ia akan merugikan PH.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan, komponen PH menyerang dan memfitnah kononnya parti Islam itu telah lari dari dasar perjuangan asal apabila bekerjasama dengan UMNO.
“Persoalannya, PAS yang bekerjasama dengan UMNO, kenapa mereka pula yang resah dan kelam kabut. Bukankah mereka mahu mengalahkan PAS dan menawan Kelantan serta Terengganu, jika kerjasama PAS dan UMNO ini merugikan PAS sepatutnya mereka menyokong usaha kerjasama ini.
“Mereka dilanda resah, justeru kerjasama ini merugikan mereka bukan merugikan PAS, PH hari ini sedang bergolak dan hubungan parti-parti komponen mereka tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini meramalkan gabungan baharu pakatan pembangkang yang turut disertai UMNO bakal mengubah senario politik negara.

No comments:

Post a Comment