Thursday 20 September 2018

TOK PA DIJANGKA SERTAI PPBM SELEPAS DIDAKWA TERIMA TEKANAN

20 SEPT: Datuk Seri Mustapa Mohamed dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat ini.
Menurut Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam, alasan yang dikemukakan Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa itu untuk meninggalkan UMNO kononnya parti itu rasis dan tiada peremajaan adalah mengarut.
Sebaliknya ujar Lokman, Ahli Parlimen Jeli itu telah diugut oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya, Tun Daim Zainuddin.
Ini kerana katanya, Dr Mahathir ketika ini sedang berusaha untuk mengekalkan kuasanya disebabkan pengaruh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin bertambah.
Lebih menyedihkan katanya adalah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dijadikan alat oleh Dr Mahathir dalam menjayakan rancangannya itu apabila menyiasat setiap ahli Parlimen UMNO yang pernah menerima bantuan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dia (Dr Mahathir) tak boleh nak menjaga negara ini dengan baik, dia gagal mendapat keyakinan rakyat, dia gagal menunaikan janji, akhirnya untuk mengekalkan kuasa dia mengugut ahli-ahli Parlimen UMNO supaya melompat ke parti dia.
“Kalau Tok Pa kata UMNO ini tiada peremajaan, amat silaplah kalau dia meninggalkan UMNO dan kemudian dikhabarkan dia akan menyertai PPBM di mana Pengerusinya merupakan seorang (orang) tua berusia 93 tahun. Jadi di mana peremajaannya?
“Percaya cakap saya, itulah yang akan berlaku. Walaupun Tok Pa kata UMNO ini rasis dan sebagainya, ini mengarutlah.

“Tindakan SPRM dipergunakan oleh Dr Mahathir untuk menyiasat ahli-ahli Parlimen UMNO kerana untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Tambah ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu lagi, Dr Mahathir ketika ini bimbang ahli Parlimen UMNO akan memihak kepada Anwar sekiranya undi tidak percaya kepadanya dibuat.
“Untuk itu sebelum Anwar sempat ambil kesempatan untuk kumpulkan parti politik lain bersama beliau, kita lihat Dr Mahathir telah mengarahkan SPRM untuk menyoal siasat ahli Parlimen UMNO yang pernah menerima bantuan daripada Najib.
“Contohnya Tok Pa telah disiasat tiga hari berturut-turut oleh SPRM,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Mahkamah Jalan Duta, Khamis.
Beliau hadir di mahkamah itu bersama hampir 100 orang penyokong bagi menyatakan solidariti kepada Najib yang dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Mengulas lanjut mengenai pendakwaan terhadap Najib, Lokman mendakwa Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang baru.
Ujar Lokman, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Dr Mahathir telah menggunakan AMLA untuk menindas musuh-musuh politiknya.
“Pendakwaan berniat jahat ini dilakukan selepas Najib mengeluarkan bukti-bukti bahawa dana hampir AS$1 billion itu datangnya dari kerajaan Arab Saudi dan anak Raja Abdullah beberapa hari sudah.

“Ini juga membuktikan bahawa hari ini Amla sudah digunakan sebagai ISA yang baru untuk menindas musuh politik regim zalim Dr Mahathir.
“Melalui AMLA, sesiapa juga yang pernah menerima dana UMNO melalui cek Ambank Islamic, akaun amanah atas nama Presiden UMNO, boleh didakwa di bawah Amla dan terdedah kepada ugutan,” katanya.
Najib dijangka menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23 (10) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 membabitkan wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya.

Antara pemimpin UMNO yang hadir di mahkamah adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment