Sunday 2 September 2018

UCAPAN HARI MERDEKA MAHATHIR MERAPU DAN PENUH PEMBOHONGAN UNTUK MENIPU RAKYAT

Ulasan rencana pengarang The Sun Daily:

Berikut rencana pengarang oleh The Sun Daily (rencana pengarang jauh di bawah) yang disiarkan (tulisan warna biru) memasukan reaksi komen kami (tulisan warna merah):


SUN: KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa rakyat Malaysia hari ini telah merasa lega akhirnya dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) daripada berkuasa dan mempunyai Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan setelah 61 tahun.

Komen: Pada amnya adalah benar selepas PRU-14, BN berjaya ditumpaskan.

Bagaimanapun, sama ada atau rakyat Malaysia masih berasa atau sama ada atau tidak rakyat merasa lega pasca PRU-14 tertakluk kepada debat, sebagaimana banyak telah kecewa dengan Pakatan Harapan setelah menyedari bahawa pakatan itu telah mengelirukan rakyat atas setiap waktu terus menuduh pentadbiran yang lepas atas segala janji-janji yang mereka gagal tunaikan.

SUN: Perdana Menteri berkata banyak dikalangan awam merasa tertekan di bawah rejim yang lepas.

Mereka merasa sekarang tidak lagi rasa tertekan. Terdapat ketakutan dahulu di bawah Najib. Yang anda tidak boleh ini, anda tidak boleh buat itu,” kata beliau semasa perayaan Malaysia Baru yang dianjurkan oleh Rakyat Malaysia untuk  Malaysia (M4M) sempena dengan perayaan ke 61 Hari Kemerdekaan, di sini, hari itu.

Komen: Ini merupakan satu pembohongan Mahathir kononnya rakayat tertekan di bawah Najib. Jikalau benar, mengapa beliau (Mahathir) sendiri pernah menyatakan bahawa Najib atau kerajaan BN telah memanjakan rakyat dengan memberi mereka Bantuan Rakyat 1 Malayasia (BR1M). Adakah perkataan ‘memanjakan’ merupakan tekanan?

Selain itu, banyak pihak berasa mudah menyatakan pendapat di bawah pentadbiran Najib memandangkan pentadbirannya terbuka kepada kritikan dan tidak pernah menyekat penentang politiknya termasuk Mahathir sendiri. Selain daripada penyokong-penyokong Pakatan Harapan, Mahathir sendiri ialah orang yang paling banyak mengkritik Najib dan kerajaan BN. Adakah kerana mengkritik Najib dan kerajaan BN mereka telah dipenjarakan?

Kebebasan yang telah diberi untuk seseorang untuk menyatakan ketidak puasan terhadap kerajaan ketika itu telah diberi pertimbangan sewajarnya di mana Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan telah mengadakan beberapa siri perhimpunan haram yang dianjurkan tanpa permit (siri perhimpunan BERSIH) dan tiada sebarang tindakan drastik diambil terhadap mereka.  

Di bawah kerajaan BN ‘detik nadi rakyat’ diambil kira untuk membentuk dasar kerajaan. Tetapi di bawah kerajaan Pakatan Harapan hanya ‘detik nadi Mahathir dan Council of Eminent Person (CEP)’ di ambil kira untuk membentuk dasar kerajaan kerana mereka menganggap kononnya rakyat adalah ‘bodoh’ tidak tahu apa-apa.

SUN: Negarawan veteran itu, bagaimanapun, mengakui kerajaan PH telah mendapati sukar setelah menjadi kerajaan dan untuk mengotakan janji-janji pilihan raya kerana mereka tidak ada pengalaman dalam mentadbirkan negara.

Komen: Ini adalah satu lagi pembohongan Mahathir.

PH mengandungi beberapa bekas pemimpin kerajaan dahulu dan isteri atau penolong mereka yang mana sekarang memegang kedudukan utama dalam kerajaan, termasuk Mahathir sendiri, yang pernah dahulu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Selain daripada Mahathir, mereka ada Tan Sri Muhyiddin Yassin (di mana ada orang kata telah meletakkan jawatan atau akan letak jawatan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri bekas timbalan Perdana Menteri dan mendapat bimbingan daripada suaminya) dan Dato’ Seri Azmin Ali (pernah bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim pembantunya sejak beliau dalam UMNO), semua daripada mereka biasa dengan cara kerja kerajaan.

Dan jangan kita lupa Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Seperti Muhyiddin, keduanya pernah memimpin kerajaan negeri dan tahu apa harus dilakukan untuk mentadbirkan kerajaan.

Tetapi, semua kesilapan dan bencana dalam pentadbiran negara hari ini berpunca daripada ketiga-tiga menteri ini.

Itulah bak pepatah berkata kita, “jikalau tidak pandai main bola sepak jangan salahkan padang yang tinggi rendah”. Atau “jikalau tidak pandai menari jangan salah pentas yang tidak rata”.

SUN: Beliau berkata banyak aku janji di dalam Buku Harapan dimasukkan dengan jangkaan gabungan berkenaan tidak berjaya menumbangkan BN dalam PRU-14.

Banyak perkara yang dimasukkan ke dalam manifesto meramalkan kita akan menjadi pembangkang, tetapi sekarang kita menjadi kerajaan. Sebab itulah kita didapati perlahan (dalam implementasi aku janji) sebab sebelum ini kita tidak pernah jadi kerajaan,” beliau berkata.

Komen: Ini juga merupakan satu lagi pembohongan.

Pada 1st of June 2018Mahathir mendakwa bahawa Pakatan Harapan memerlukan lebih masa untuk memenuhi aku janji yang telah digariskan di dalam manifesto ‘10 janji dalam 100 hariuntuk PRU-14 memandangkan “Barisan National telah memusnahkan negara ini dengan lebih teruk.”

Mahathir menyatakan ini tanpa menjelaskan dengan lebih terperinci tentang bagaimana kemungkinan BN telah menyebabkan kemusnahan kepada ekonomi di mana rakyat Malaysia yang berfikiran waras tahu ia disebabkan oleh Pakatan Harapan sendiri setelah mereka mengambil alih kuasa.

Kemudian, pada 16th of July 2018, beliau mendakwa bahawa manifesto bukanlah kitab Injil (Bible) yang Pakatan Harapan perlu ikuti dan patuhi seperti dalam keagamaan, ini bermakna, beliau akui bahawa Pakatan Harapan tiada niat langsung untuk memenuhi aku janji manifesto sejak ia mula dilancarkan.

Bagaimanapun, sebelum itu, pada 30hb Mei 2018, beliau memberi jaminan bahawa aku janji manifesto akan diteruskan, ini bermakna, gabungan yang beliau pimpin sekarang memang berniat untuk memenuhi aku janji berkenaan dan ia tidak menunjukkan sebarang jangkaan yang mereka akan terus menjadi pembangkang sebagaimana yang beliau mendakwa sekarang.  

Lihatlah betapa begitu berdolak daliknya atau ‘flip flop nya Mahathir?

SUN: Mahathir berkata daripada janji-janji lain yang PH telah rangkakan dalam  manifesto dengan jangkaan sebagai pembangkang di minda, dan untuk menentukan kerajaan BN dipantau”, telah menamakan seorang ahli pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).

Tetapi apakan daya (BN sekarang menjadi pembangkang). Kita telah berjanji, sebagai kerajaan, oleh itu kita perlu di periksa dan diawasi oleh BN sebagai pembangkang,” beliau berkata.

Komen: Sebagaimana yang kami telah buktikan sebelum ini, Pakatan Harapan tidak pernah percaya mereka akan kekal sebagai pembangkang dan telah yakin merampas Putrajaya daripada BN

Tetapi itu disebalik isunya

Untuk Mahathir menyatakan bahawa Pakatan Harapan membuat aku janji dengan menjangkakan mereka kekal sebagai pembangkang merupakan kebodohan sesungguhnya, sebagaimana tidak kira siapa jua pembangkang, sebuah  manifesto adalah manifesto dan ia harus diikuti apa yang terkandung di dalamnya.

Malah ia lebih bodoh lagi apabila seseorang menganggap bahawa manifesto Pakatan Harapan merupakan satu penerbitan pengisytiharan niat lisan, motif dan aku janji, untuk merampas penguasaan daripada BN.

Demikian, hanya satu sebab sahaja aku janji dibuat iaitu kerana mereka tahu, bahawa dengan membuat aku janji berkenaan, ia dijangkakan akan dapat menipu rakyat untuk menjatuhkan pentadbiran BN yang lepas.

SUN: Mahathir kata gabungan itu telah tidak menjangka bahawa pilihan raya pada Mei 9 akan menjadi jalan yang sukar, di mana beliau mendakwa pada peringkat awal mereka menjangkakan bahagian yang paling sukar – memenangi pilihan raya  – telah berlalu.

Rakyat memutuskan bahawa mereka mahu menukar kerajaan, bukan kerana hanya untuk PH, tetapi untuk menghapuskan individu tertentu (merujuk kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak). Kita telah melakukan itu. Tetapi kita menyedari bahawa ia merupakan bahagian yang mudah.

Sekarang bahawa kita adalah kerajaan, terdapat sedikit tidak keselesaan. Mereka siapa yang telah menentang kerajaan selama 61 tahun mendapati sukar untuk menjadi kerajaan. Mereka tidak tahu bagaimana untuk berkelakuan seperti kerajaan ,” beliau berkata.

Kome: Ini adalah benar, tetapi hanya sebahagian sahaja.

Banyak pemimpin kerajaan sesungguhnya berkelakuan seolah-olah mereka masih lagi ahli pembangkang.

Bagaimanapun, sebagaimana yang kami nyatakan sebelum ini, individu utama dalam pentadbiran sekarang lebih biasa serta berpengalaman dengan cara pemerintahan kerajaan, tetapi merekalah yang banyak membuat kesilapan yang memudaratkan rakyat.

Oleh itu janganlah menggunakan alasan bahawa mereka siapa yang telah menentang kerajaan selama 61 tahun mendapati sukar untuk menjadi kerajaan.”Malah sebahagian daripada mereka yang sudah biasa serta mempunyai pengalaman sebagai kerajaan juga masih gagal menjadi kerajaan.

SUN: Ahli Parlimen Langkawi itu, bagaimanapun, berjanji bahawa kerajaan sekarang akan membuat yang terbaik untuk memenuhi janji-janji pilihan raya.

Pemimpin BN dan beberapa pihak awam telah baru-baru ini telah mengkritik kerajaan PH kerana kegagalan untuk menunaikan aku janji pilihan raya setelah hanya sebahagian yang amat kecil daripada “10 aku janji dalam 100 haritelah berjaya di laksanakan.

Komen: Lagi janji daripada Mahathir setelah gagal menunaikan semua janji lain yang telah dibuat sebelum ini?

Malah bolehkah kita mempercayai apa sahaja yang beliau kata selepas ini??? Sudah tentu tidak.

Menurut orang bijak pandai dalam Islam, jika seseorang itu sekiranya sudah mencapai umur enam puluhan masih lagi tidak bertaubat nashuha, amat sukar untuk mereka bertaubat setelah umur mencapai ke sembilan puluhan.

Mahathir akan terus berbohong sehinggalah ke saat-saat terakhir nyawanya akan di cabut oleh malaikatul maut.


Rencana pengarang The Sun Daily:

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad said Malaysians today are relieved to have finally removed Barisan Nasional (BN) from power and have Pakatan Harapan (PH) as government after 61 years.

The Prime Minister said many among the public felt suppressed under the previous regime.
“They feel they are no longer oppressed. There was fear before. (That) you can’t do this, you can’t do that,” he said at the Malaysia Baru celebration organised by Malaysians for Malaysia (M4M) in conjunction with the 61st National Day celebration, here, today.

The veteran statesman, however, admitted PH was finding it difficult being the government and delivering on its election promises as it has no experience in administering the country.

He said many of the pledges in the Buku Harapan were included thinking the coalition would not be successful in toppling BN in the general election.

“Many things that we put in the manifesto thinking we would be the opposition, but now we are the government. We are slow (in implementing pledges) because we are not used to being the government,” he said.

Mahathir said among other promises that PH had drafted in the manifesto with being the opposition in mind, and to keep “the BN government” in check, was to name an opposition member as the Public Accounts Committee (PAC) chairman.

“But what to do (they are now the opposition). We have promised, so we have to have ourselves examined and scrutinised by the opposition,” he said.

Mahathir said the coalition had also not expected that the road after the May 9 polls would be a rough ride, claiming they had initially thought the hardest part – winning the election – was over.

“The people decided they want to change the government, not so much for PH, but to get rid of so and so (referring to former premier Datuk Seri Najib Abdul Razak). We have done that. But we realised that was the easy part.

“Now that we are the government, there is a little bit of discomfort. People who have been opposing the government for 61 years are finding it difficult to be the government. They don’t know how to behave,” he said.

The Langkawi MP, however, pledged that the government would do its best to deliver on its election promises.

BN leaders and certain quarters of the public have recently criticised PH for failing to keep to its election pledge after only a fraction of its “10 promises in 100 days” were implemented.

Source: The Sun Daily


No comments:

Post a Comment