Friday 14 September 2018

UMNO LAKAR SEJARAH JALIN HUBUNGAN DUA PARTI MELAYU ISLAM TERBESAR DI MALAYSIA


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melakar langkahan sejarah baharu hubungan dua parti Melayu Islam terbesar apabila menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat di Gong Badak Terengganu pagi ini.
Beliau yang merupakan tetamu jemputan khas tiba kira-kira pukul 8.30 pagi dengan disambut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali bersama Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Selain beliau, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid di samping Setiausaha Agung parti, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta sayap Wanita dan Puteri juga hadir dalam majlis ini bagi memberikan sokongan moral kepada PAS.
Pada 6 September lalu, Ahmad Zahid mengesahkan kehadiran dalam Muktamar PAS Pusat yang diadakan di negeri ini selepas menerima jemputan tersebut menerusi barisan kepimpinan PAS.
Terdahulu kehadiran pimpinan UMNO termasuk Ketua Pemudanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita, Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam perasmian muktamar sayap PAS mencuri perhatian perwakilan dan pemerhati politik.


No comments:

Post a Comment