23 SEPT: Peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak sepatutnya dimarah sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH
“Peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk tunaikan janji mereka. Sudah jatuh ditimpa tangga,” kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook rasminya, hari ini.
Beliau berkata peminjam PTPTN sudah dihasut selama 10 tahun oleh Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membayar balik pinjaman, namun kini sering pula peminjam dimarahi dan dilabel sebagai tidak amanah
“Mereka tidak sepatutnya dimarah sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan kini dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, beliau menasihatkan peminjam supaya membayar hutang pendidikan masing-masing mengikut kemampuan kerana akibat langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang populis dan tidak bijak, kerajaan sedang mengalami tekanan fiskal yang teruk.
“Kerajaan sudah kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion setiap tahun selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), melaksanakan semula subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan cukai korporat dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan meminta pihak tertentu terutamanya pembangkang supaya tidak mengaitkan isu hutang PTPTN dengan manifesto PH ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata setiap peminjam perlu berusaha untuk melunaskan hutang berkenaan kerana ia dituntut di dalam Islam.
No comments:
Post a Comment