Wednesday, 29 August 2018

100 HARI PAKATAN HARAPAN: 100 FAKTA GAGAL

1. Harga Minyak tidak diturunkan walau satu sen sedangkan harga minyak dunia menurun
2. Satu Tol pun masih tidak dimansuhkan, malah masih tiada rancangan pemansuhan
3. Hutang yang dipaksa ke atas peneroka FELDA masih tidak dihapuskan sama sekali
4. Harga ubat tidak diturunkan dengan signifikan
5. Tarif elektrik dirancang untuk dinaikkan
6. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan
7. Gaji minimum tidak serius diperkasakan
8. Tiada Inisiatif Peduli Sihat
9. Cukai SST 10% campur 6% bakal melonjakkan harga barang dan membebankan rakyat
10. Klinik komuniti ada yang ditutup
11. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti ‘Higher income tax’
12. Tiada usaha untuk laksanakan ‘Capital gain tax’
13. Tiada usaha untuk laksanakan ‘inheritance tax’ ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka – lalu yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin
14. Insurans wajib masih samar dan bakal bebankan golongan B40
15. KPDNKK perlu lebih proaktif dengan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu
16. Harga rumah perlu diturunkan dengan agresif.
17. Menteri perlu berhenti mendedahkan situasi pertahanan dalaman negara seperti jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi
18. Menteri perlu berhenti merendahkan kedudukan semasa ketenteraan negara sebagai paling lemah di Asia Tenggara sedangkan fakta tidak sedemikian
19. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara
20. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas
21. Pendekatan Unilateral seperti menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan Arab Saudi perlu dielakkan pada masa hadapan
22. Kemaraan China di Laut China Selatan wajib diambil serius, tidak cukup sekadar nasihat kepada kuasa besar – strategi yang ampuh perlu dirangka segera.
23. Menteri Luar tidak perlu buka ‘kotak Pandora’ dengan menandatangani semua Konvensyen Hak Asasi Manusia
24. Visi baharu Malaysia dalam ASEAN dan OIC perlu dibentangkan, setakat ini tiada beza dengan kerajaan terdahulu
25. Menteri MITI perlu cekap tangani Perang Perdagangan Amerika-China, setakat ini cuma tunggu dan lihat, tidak proaktif
26. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh begitu sahaja kepada Singapura jangan diulangi dalam kes rundingan HSR dan semakan harga air.
27. Isu pengisytiharan Israel negara ‘Bangsa Yahudi’ tidak dihadapi dengan agresif oleh kerajaan – sekadar mengeluarkan kenyataan mengkritik
28. Menteri perlu cermat dalam melontarkan pandangan seperti isu istilah ‘Hifz Din’
29. Menteri jangan apologetik dalam isu LGBT
30. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan kebenaran diberikan ingatan, tidak dijemput untuk sesi penerangan oleh mana-mana Menteri sama sekali. Golongan LGBT sebaliknya lebih disantuni Menteri.
31. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah
32. Menteri perlu segera memohon maaf apabila ter’celupar’ seperti dalam isu tuduhan Melayu ‘Pendatang’
33. Kenyataan akhbar tidak perlu lagi diedarkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil
34. Tidak seharusnya Perdana Menteri arahkan PDRM menggunakan Bahasa Inggeris dalam taklimat
35. Masih tiada pelan penghapusan monopoli Astro
36. Kenyataan akhbar para Menteri yang lemah dan bermasalah dari segi fokus dan penyampaian.
37. Tarik-tali pengiktirafan Sijil UEC jangan lagi diulangi
38. Janji 30% wanita dalam kabinet seharusnya ditepati.
39. Pengurusan aset negara perlu dibebaskan daripada retorik politik seperti kes memburukkan Khazanah di bawah Tan Sri Azman Mokhtar – sedangkan beliau berjaya memacu Khazanah melonjakkan nilai kepada RM82 bilion sejak 2004
40. Jadikan pengajaran Khazanah hilang RM2 bilion dalam satu malam – jangan jadikan amalan memburukkan profesional dan pakar yang telah banyak menyumbang demi laba politik
41. Reformasi institusi juga terencat dengan pelantikan Tun Mahathir sendiri menjadi Pengerusi Khazanah
42. Tambah terencat dengan pelantikan Azmin Ali sebagai Pengarah Khazanah – dituduh ‘kartel’ oleh calon Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Rafizi Ramli
43. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor kecil Bumiputera secara komprehensif setakat ini
44. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini.
45. Rancangan alternatif monopoli beras BERNAS masih perlahan
46. ‘Tarik-tali’ royalti petroleum kepada 4 negeri yang memerlukan untuk memangkin pembangunan: Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Kelatan.
47. Penoreh getah belum dibantu dengan agresif dan komprehensif.
48. Dari sudut tadbir urus pula, keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta secara terbuka
49. Sesetengah Timbalan Menteri perlu berhenti daripada lebih sudu dari kuah berbanding Menteri
50. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik
51. Suruhanjaya Siasatan Diraja MARA, FELDA, Tabung Haji perlu ditubuhkan
52. Reformasi struktur MARA, FELDA, dan Tabung Haji tidak perlu dilengahkan
53. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China, mengetepikan Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu dihentikan
54. Amalan ‘bulldozer’ di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.
55. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja
56. A Kadir Jasin yang disiasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA dilantik Penasihat PM
57. Dalam sektor pendidikan pula, mekanisme bagi menangani isu ‘Guru Duka Lara’ belum komprehensif
58. MyBrain dan MyPhD perlu dihidupkan kembali untuk merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara
59. ‘Tarik-tali’ Peminjam PTPTN wajib dihentikan
60. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET masih kabur
61. Reformasi Universiti Awam (UA) masih tidak kelihatan
62. Tiada rancangan Revolusi Industri 4.0 Pakatan
63. Isu ‘Kiri’ dan ‘Komunisme’ dalam silibus Sejarah perlu ditangani dengan cermat oleh jawatankuasa pakar Sejarah, NGO, dan intelektual awam.
64. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura
65. ‘U-Turn ECRL’, jejas kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China
66. Menteri Industri Utama masih tiada rancangan jangka panjang yang komprehensif
67. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun, rakyat wajar dimaklumkan secara terperinci
68. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar
69. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas ke China, sedangkan selama ini mengkritik amalan melantik Duta Khas atas dasar politik
70. Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak bercakap benar tentang pertemuan dengan pegawai Singapura untuk rudingkan HSR
71. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST ‘dicuri’
72. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud
73. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang dilapor Rafizi
74. DAP Pulau Pinang teruskan projek PIL-1 di sebalik bantahan penduduk
75. Tiada perkembangan jelas kes Banglo Lim Guan Eng
76. KWSP Suri Rumah agak lewat dilaksanakan
77. Tidak telus dalam mendedahkan pegawai khas Menteri untuk berurusan dengan rakyat
78. Menteri dan Timbalan Menteri yang kurang wibawa – portfolio yang tidak padan dengan taraf pendidikan
79. Menteri hanya umumkan agihan pembangunan luar bandar untuk negeri Pakatan sahaja
80. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?
81. RM2-3 juta sebulan untuk selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya disalurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi
82. RM500,000 untuk turunkan logo ‘1Malaysia’ seharusnya disalurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah
83. ‘U-turn’ pengharaman tukang masak warga asing
84. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat
85. Universiti Pertanian dicadang sedangkan UPM sudah lama wujud
86. MBM dan GPMS digelar ‘Macai Politik’ sebelum Menteri menarik balik kenyataan sedemikian
87. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan RUU355 masih belum dirundingkan secara komprehensif
88. Kontroversi Pelantikan Ketua Hakim Negara perlu dielakkan – mengulangi persepsi campur tangan Mahathirisme dalam badan kehakiman
89. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak ditangani dengan cermat
90. Lantik MB Selangor (Azmin Ali) jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi
91. Menteri Kewangan perlu berhenti bekerja seperti detektif semata-mata
92. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan segera, bekerjalah dengan kreatif untuk buktikan kerajaan Pakatan mampu penuhi manifesto meskipun dalam keadaan yang mencabar.
93. Berhenti salahkan kerajaan terdahulu, fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya).
94. Tiada koordinasi yang sinergi rentas kementerian seperti Pertanian, Industri Utama, Pengangkutan, MITI, dan Keusahawanan dalam merangka pelan ‘keselamatan makanan negara’ (Food Security).
95. Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai
96. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China, hinggakan China membeli sawit Indonesia secara tanpa had, dengan Kesatuan Eropah pula kaedah Kementerian Industri Utama masih ‘klise’
97. Pelan pengangkutan awam bandar dan luar bandar Pakatan juga tenggelam dek projek kereta nasional ketiga
98. Pelaburan asing masih perlu untuk ditingkatkan.
99. Mata wang Ringgit gagal untuk diperkasakan, malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang dijanjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan.
100. Amalan ‘umum dulu, kaji kemudian’, ‘tuduh dulu, siasat kemudian’, dan ‘provok dulu, mohon maaf kemudian’ amat menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menghakis kepercayaan rakyat.
Semoga segala kritikan diterima positif untuk penambahbaikan kerajaan. Kita tidak ingin negara kita menjadi negara lemah (Weak state). Kita tidak sanggup melihat negara kita menjadi negara bacul (Pariah state). Dan kita pastinya tidak reda negara kita menjadi negara gagal (Failed State).

No comments:

Post a Comment