Wednesday 1 August 2018

KERAJAAN PH DIGESA TIDAK BERDIAM DIRI ISU MENGIKTIRAF PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)


Saudara saudari sekelian warga keselamat termasuk polis dan tentera.

PRU 14 menyaksikan bahawa undi daripada pasukan keselamatan telah banyak mempengaruhi parti Pakatan Harapan menguasai negara ini yang tidak pernah berlaku sebelum ini sejak negara ini mencapai kemerdekaan 60 tahun yang lalu.

Kami tidak menyalahkan anda semua, kerana anda telah disogok dengan politik kebencian melalui fitnah yang diada-adakan tanpa bukti hingga sekarang (melainkan sandiwara untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa ia benar) dan janji-janji populis yang sehingga sekarang mereka masih gagal tunaikan.

Kami bekas pasukan keselamat dan anda juga yang sedang berkhidmat sepatutnya merasa terguris hati dengan sebahagian rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan untuk membangkitkan semula perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan oleh kerajaan terdahulu.

Dengan itu, apakah mesej mereka menimbulkan isu ini sekarang? Kenapa tidak ditimbulkan dahulu semasa kerajaan BN memeritah? Ya, sudah tentu ada pihak yang boleh melindungi mereka di bawah Kerajaan Pakatan Harapan sekarang yang dikuasai oleh DAP.

DAP sebuah parti berideologi Sosial Demokrat (sosialis dan demokrasi) merupakan cabang kepada fahaman sosialis dan fahaman komunis juga merupakan sebahagian daripada cabang fahaman sosialis, mereka adalah adik beradik. Yang membezakan antara mereka ialah siapakah di antara kedua-dua fahaman ini yang lebih fanatik  dalam perjuangan. Asas ideologi mereka adalah sama.

Itulah sebabnya isu membangkitkan semula perjuangan PKM berlaku setelah kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP mengambil alih kerajaan.

Jika kita lihat sekeliling dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP, banyak gambaran yang beransur-ansur menuju ke arah pengiktirafan terhadap komunis.

Sebagai contoh, Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab ke atas pertahanan dan keselamatan negara telah dipimpin oleh seorang Menteri Pertahanan yang pernah mengangkat PKM sebagai pejuang untuk membebaskan negara ini daripada penjajah British. Dan menganggap tentera dan polis yang terkorban menentang PKM sebagai alat penjajah British.

Serangan PKM ke atas Kereta Api Tanah Melayu (KTM)

Hakikatnya, fakta ini adalah meleset. PKM berjuang menentang British bukanlah untuk membebaskan negara ini, tetapi untuk menjadikan negara ini sebagai Republik Komunis Malaya. Malah PKM menentang Tengku Abdul Rahman Perdana Menter Pertama untuk memerdekakan negara ini melalui rundingan dengan kerajaan British.

Pembunuhan beramai-ramai oleh Pengganas PKM terhadap orang awam

Bukan sahaja Menteri Pertahanan, malah Timbalan Menteri Pertahanan juga seorang yang mempunyai ideologi sosialis atau komunis yang dilantik daripada parti DAP.

Melantik mereka yang mengangkat pejuang PKM sebagai wira negara sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan merupakan satu penghinaan terhadap jasa-jasa mereka, ada yang telah terkorban dan ada yang tercedera kekal menentang  pengganas PKM. Bukan itu sahaja, malah ini juga telah mengguris hati ibu bapa, balu-balu serta anak-anak mereka yang kehilangan bapa mereka lalu menjadi anak yatim.

Tommy Thomas (baju hitam) bersama Pengerusi PKM Chin Peng (duduk kiri).

Akhir sekali, bukan itu sahaja, perlantikan kontroversi Peguam Negara Tommy Thomas seorang pesimpati (sympathizer) perjuangan komunis telah menghina rakyat Malaysia. Beliau seorang peguam, sebelum ini telah banyak menulis artikel merestui tentang kewujudan semula ideologi komunis di negara ini. Malah beliau merupakan peguambela kepada Pengerusi PKM Chin Peng.






No comments:

Post a Comment