Thursday 16 August 2018

GUAN ENG, TOKONG DARIPADA YANG DUNGU

Ulasan berita:

Oleh itu anda sudah mendapatnya. Lim Guan Eng telah membuat satu kesilapan apabila dia melaporkan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang lalu “rompak” RM17.911 bilion daripada wang bayar balik GST. (Sebenarnya dia kata amaunnya ialah RM18 billion bukannya RM17,911). Amaun yang kononnya Barisan Nasional “rompak” kononnya RM19.248 bilion.


Rujukan berita: 
(The Star) – Amaun yang lepas yang beliau dedahkan adalah bukan jumlah yang sebenarnya, disebabkan kesilapan pegawai kementeriannya yang telah silap meletakkan titik perpuluhan (decimal point).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng bukan sahaja mempertahankan tuduhannya yang kerajaan yang lepas telah “merompak” kredita bayaran balik GST, tetapi mendakwa bahawa amaun yang hilang itu adalah lebih besar daripada apa yang beliau telah isytiharkan di Dewan Rakyat minggu lepas.
Amaun sebenar yang berkurangan dalam dana untuk cukai input GST yang belum dibayar adalah RM19.248 bilion, dan bukannya RM17.911 bilion, di mana saya laporkan di Dewan Rakyat minggu lepas,” kata Lim di Parliamen hari ini.
**********************************************

Oleh itu anda sudah mendapatnya. Lim Guan Eng telah membuat satu kesilapan apabila dia melaporkan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang lalu “rompak” RM17.911 bilion daripada wang bayar balik GST. (Sebenarnya dia kata amaunnya ialah RM18 billion bukannya RM17,911). Amaun yang kononnya Barisan Nasional “rompak” kononnya RM19.248 bilion.

Kami tidak pasti sama ada matametik Guan Eng adalah teruk atau Bahasa Malaysia beliau teruk. Sekiranya angka RM17.911 bilion merupakan kesilapan kerana titik perpuluhan di tempat yang salah, dengan itu adakah angka yang betul menjadi  RM1.7911 bilion, atau RM179.11 bilion, atau RM0.17911 bilion, atau RM1,791.1 bilion, atau lebih kurang seperti itu. Macam mana RM17.911 bilion dengan titik perpuluhan yang betul bertukar menjadi RM19.248 bilion?
Kalau nak tembak atau nak kencing pun biarlah logik sikit. Rakyat tidak dungu seperti anda.
Kami mengandaikan Guan Eng mengikut contoh bossnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir kata anda hanya bayar SST apabila anda membelanjakan wang tetapi GST kena bayar walaupun anda tidak membelanjakan wang.

Mahathir kata SST adalah baik daripada GST sebab dengan SST anda hanya perlu untuk bayar cukai apabila anda belanja wang anda. Sekiranya anda tidak berbelanja wang anda maka anda tidak perlu bayar SST.

“10% cukai jualan hanya dikenakan sekiranya anda membeli. Sekiranya anda tidak membeli, anda tidak membayar SST; manakala GST adalah cukai sumber, oleh itu sama ada anda beli atau tidak, semuanya akan meningkat dalam harga,” kata Mahathir kepada wartawan setelah merasmikan mesyuarat Parlimen ke 14 pada 17hb July 2018.
Itu adalah sama dengan mengatakan dengan GST anda perlu bayar cukai 6% walaupun sekiranya anda tidak  membelanjakan sebarang wang.
Hakikatnya Guan Eng dan Mahathir sedang bersaing antara satu dengan lain untuk dianugerahkan “Moron of the Year Award. Hakim yang menghakiminya anugerah itu akan menghadapi masalah untuk menilai dan memutuskan pemenang anugerah tersebut sebab kedua-duanya jaguh.

No comments:

Post a Comment