Tuesday 14 August 2018

JHO LOW: PENTADBIRAN TUN M BERBOHONG DAN KONONNYA SUDAH MENDAPAT KEPUTUSAN DARI AMERIKA SYARIKAT ATAS TINDAKAN BELIAU

Ringkasan berita:


Low Taek Jho, terkenal sebagai Jho Low, telah mendakwa bahawa kerajaan Malaysia berbohong dan kononnya sudah mendapat keputusan dari Amerika Syarikat atas tindakannya”. 


Dakwaan yang belum dibuktikan yang difailkan di Amerika Syarikat dalam satu aduan rampasan hak awam (civil forfeiture) lebih setahun yang lalu – kemudian prosidingnya diberhentikan sebelum mana-mana pihak mempunyai peluang yang bermakna untuk beri respon ,” seorang jurucakap untuk Low berkata melalui satu kenyataan email kepada firma guamannya PRCG yang berpengkalan di New York.


Berita utama:


PETALING JAYA: Low Taek Jho, terkenal sebagai Jho Low, telah mendakwa bahawa kerajaan Malaysia berbohong dan kononnya sudah mendapat keputusan dari Amerika Syarikat atas tindakannya”. 


Beliau berkata kerajaan Amerika Syarikat belum lagi membuktikan bahawa kapal mewah Equanimity telah dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan yang belum dibuktikan yang difailkan di Amerika Syarikat dalam satu aduan rampasan hak awam (civil forfeiture) lebih setahun yang lalu – kemudian prosidingnya diberhentikan sebelum mana-mana pihak mempunyai peluang yang bermakna untuk beri respon ,” seorang jurucakap untuk Low berkata melalui satu kenyataan email kepada firma guamannya PRCG yang berpengkalan di New York.


Beliau berkata sekali lagi ini menunjukkan proses perundangan sewajarnya tidak ada tempat dalam pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Low telah diisytiharkan bersalah oleh rejim Mahathir sebelum sebarang bukti dapat diadakan di mahkamah Amerika Syarikat,” beliau berkata.

Perbicaraan media oleh Mahathir telah buat mustahil bagi perkara ini dibicarakan dengan adil, terutama dalam rejim beliau, di mana telah manipulasi sistem kehakiman Malaysia sebagaiman dalam krisis kehakiman pada 1988.

Adalah jelas bahawa rejim Mahathir tidak berminat dalam satu proses perundangan yang adil dan saksama. Rampasan beliau terhadap prosiding perundangan yang kukuh dan sudah lama dijalankan di negara lain melibatkan kerajaan (seperti Amerika Syarikat) dalam perkara Equanimity membuktikan ini melampaui sebarang keraguan.”


Source: The Sun Daily

No comments:

Post a Comment