Friday 3 August 2018

MENGAPA MAHATHIR ENGGAN UNTUK MENAIKKAN 5% ROYALTI MINYAK KEPADA 20%

Ulasan berita:

Isunya ialah Perdana Menteri boleh menukar Royalti Minyak 5% kepada  20% dan tiada siapa boleh berbuat apa tentangnya (hanya sama seperti dia tukar dari 5% ke sifar pada January 2000). Tetapi Mahathir enggan berbuat demikian sebab Petronas tidak mampu bayar 20%. Memandangkan mereka telah memansuhkan 6% GST, wang untuk mentadbirkan negara ini sekarang harus datang daripada Petronas. Sekiranya mereka menaikan Royalti Minyak ke 20% maka bukan sahaja GST perlu diperkenalkan semula tetapi ia perlu naikkan ke 12-15% (di UK ialah 20%).


Azmin berbohong apabila dia kata Royalti Minyak 5% bukanlah sebenarnya Royalti tetapi ia merupakan ‘pembayaran tunai’ secara longgarnya dipanggil  Royalti.



Rujukan berita:
Ini adalah apa yang dilaporkan oleh The Star:
(The Star) – Janji pilihan raya Pakatan Harapan memberi 20% ‘royalti minyakkepada negeri yang mengeluarkan minyak adalah berdasarkan definasi yang longgar terhadap perkataannya, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.
Perkataan ‘bayaran tunai’ tidak biasanya digunakan, tetapi biasanya difahamkan bermakna royalti. Itu adalah mengapa bila kita menyediakan manifesto Pakatan, kita menggunakan perkataan royalti, tetapi bukan kontek makna dalam kamus,” dia berkata semasa jawapan menteri atas usul terima kasih titah diraja di Dewan Rakyat pada hari Isnin (Ogos 1).
Dia memberi perhatian bahawa Seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum (APP) tidak merujukkannya sebagai ‘royaltisebagaimana dikatakan. Sesungguhnya, ia merujuk kepada bayaran tunai’ 5% daripada untung kasar setiap tong minyak.

Pada 1976, Perjanjian Tambahan menyatakan bahawa Perjanjian Tambahan menyatakan bahawa 5% ‘Bayaran Tunaiadalah  ‘Royalti

Sebenarnya, Azmin berbohong di Dewan Rakyat. Ia mungkin benar bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 (APP 1974hanya menyebut bahawa Petronas akan membuat 5% bayaran tunai daripada pendapatan kasar kepada semua negeri-negeri pengeluar minyak dan bahawa APP tidak menyatakan bahawa 5% ini merupakan  ‘bayaran tunaijuga Royalti. Walaubagaimanapun, dalam Perjanjian Tambahan ditanda tangani pada 1976, yang mana merupakan satu tambahan kepada Perjanjian 1974, ia menjelaskan bahawa 5% ‘bayaran tunai ialah Royalti.
Dalam lain perkataan, APP dan Perjanjian 1974 hanya menyebut bahawa bayaran tunai adalah 5%. Kemudian, pada 1976, Perjanjian Tambahan menjelaskan bahawa  5% bayaran tunai adalah Royalti. Perjanjian Tambahan 1976 adalah untuk menentukan bahawa tiada kekeliruan tentang 5% yang akan dibayar — dan dimana telah disebut dalam APP dan Perjanjian 1974 sebagai bayaran tunai — tetapi tidak disebut bahawa 5% bayaran tunai itu adalah Royalti.
Maka dengan itu,pada 1976, ‘bayaran tunaitelah sah sebagai Royalti.

Mahathir tidak perlukan kelulusan Kabinet atau mendapatkan Dewan Rakyat untuk meluluskan sebarang undang-undang untuk mengubah Royalti Minyak dari 5% kepada 20% 

Sama ada Petronas bayar 5% atau 20% atau sifar tidak memerlukan kelulusan Dewan Rakyat atau Kabinet. Sebenarnya Petronas boleh melangkaui Dewan Rakyat dan Kabinet dan melapor terus kepada Perdana Menteri. Dan Perdana Menteri bole buat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Dewan Rakyat atau Kabinet atau dapatkan kelulusan mereka.
Pada Januari 2000, Perdana Menteri ketika itu membuat keputusan untuk menamatkan 5% Royalti Minyak untuk negeri Terengganu. Dewan Rakyat dan/atau Kabinet tidak ada suara tentang perkara ini dan tidak perlu dirujuk. Sekiranya Perdana Menteri boleh tukar Royalti Minyak daripada 5% ke sifar, dia juga boleh tukar daripada 5% kepada 20%. Perdana Menteri tidak perlu kelulusan daripada sesiapa atau untuk sebarang undang-undang untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat untuk membuat perubahan kepada pembayaran Royalti

.Isunya ialah Perdana Menteri boleh menukar Royalti Minyak 5% kepada 20% dan tiada siapa boleh berbuat apa tentangnya (hanya sama seperti dia tukar dari 5% ke sifar pada January 2000). Tetapi Mahathir enggan berbuat demikian sebab Petronas tidak mampu bayar 20%. Memandangkan mereka telah memansuhkan 6% GST, wang untuk mentadbirkan negara ini sekarang harus datang daripada Petronas. Sekiranya mereka menaikan Royalti Minyak ke 20% maka bukan sahaja GST perlu diperkenalkan semula tetapi ia perlu naikkan ke 12-15% (di UK ialah 20%).

Oleh itu, anda tidak boleh menikmat kedua-duanya. Sama ada anda teruskan GST dan naikkan ke 12-15%, dan bayar Royalti Minyak 20%, dan mansuhkan GST dan bayar 5% Royalti Minyak. Itu bermakna 10 juta rakyat Malaysia dari Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dinafikan wang minyak mereka supaya wang itu boleh digunakan untuk menjadikan negeri ‘bebas cukai’untuk 32 juta rakyat. Adakah ini bukan orang miskin membayar untuk memberi faedah orang kaya?

No comments:

Post a Comment