Tuesday 28 August 2018

PENDEDAHAN SKANDAL KE LIMA: BUKU “MALAYSIAN MAVERICK- MAHATHIR MOHAMAD IN TRIBULENT TIMES”


SKANDAL MENJADIKAN PETRONAS ALAT KRONISME DAN NEPOTISME DAN KONTROVERSI PENJUALAN SYARIKAT
M.V. AGUSTA MILIK PROTON

Akhir sekali dalam bukunya, Barry Wain telah mendedahkan bagaimana PETRONAS telah diperalatkan oleh Dr. Mahathir untuk menebus keluar (bailed out) dan memberi kontrak kepada syarikat kroni dan syarikat anak-anaknya. Ini melibatkan menebus keluar (bailed out) syarikat Konsortium Perkapalan yang menghadapi masalah kewangan dan memberi kontrak kepada syarikat Sapura-Kencana.

Sebagai penasihat Proton beliau telah membuat satu keputusan yang kontroversial dengan menjual syarikat M.V.Agusta (anak syarikat Proton) pada kadar yang murah.

Pada awal 1998, PETRONAS telah membeli sebuah syarikat perkapalan bernama Konsortium Perkapalan yang sarat-hutang milik anak sulong Dr. Mahathir, Mirzan Mahathir dengan nilai RM 226 juta dengan mengandaikan bahawa hutangnya melebihi RM 324 juta. Menurut media Far Eastern Economic Review (FEER) menyatakan hutang Konsortium Perkapalan ialah RM 1.6 bilion.

Seterusnya, pada awal November 2012, Petronas Carigali Sdn. Bhd. Melaporkan telah menganugerah kontrak bernilai RM700 juta kepada syarikat Sapura-Kencana Petroleum Bhd. Syarikat ini merupakan anak syarikat milik penuh Mokhzani anak lelaki Dr. Mahathir. Mokhzani merupakan Naib Pengerusi Sapura-Kencana Petroleum Bhd.

Mengenai perkara yang sama, dalam satu sidang media, Dr. Mahathir telah ditanya oleh wartawan sama ada konflik kepentingan dalam penanugerahan kontrak kepada Sapura-Kencana Petroleum Bhd.

Dr. Mahathir telah menjawab dengan nada yang menyindir, “Ya sudah tentu, beliau (Mokhzani) telah diberi kontrak sebab saya menyuruh PETRONAS. Letak dalam akbar anda. Saya mempunyai kedudukan untuk menentukan ke atas segala-galanya. Saya memberitahu mereka,tolong beri anak saya dan bukan sesiapa lagi. Itulah apa yang saya lakukan sepanjang masa. Semasa saya memjadi Perdana Menteri, segala-galanya telah diberi kepada anak-anak saya”, itu sindiran Mahathir.

Tentang isu Proton Dan M.V Agusta, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai penasihat Proton pada tahun 2003. Sejak tahun 1999, M.V Agusta sebuah syarikat pengeluar yang sarat dengan hutang telah dibeli oleh Proton pada Disember 2004 bernilai € 70 juta. Bagaimanapun, pengurusan Proton membuat keputusan untuk menjual sebahagian saham pada Disember 2005 kepada GEVI SpA, sebuah syarikat kewangan berpengkalan di Genoa yang ada kaitan dengan Carige. Saham yang dijual hanya sebahagai tanda syarat (token price) € 1 se saham.

Semasa proses rundingan jualan, banyak pihak mempertikai terhadap urusan tersebut namun semuanya tidak dihiraukan Proton. Akhirnya, urusan jualan tersebut telah mengakibatkan pembayar cukai Malaysia menghadapi kerugian berjumlah € 138.4 juta (bersamaan RM 1.92 bilion), termasuk aset milik M.V Agusta.

Asas yang menyebabkan masyarakat rasuah di Malaysia bermula semasa era Dr. Mahathir yang menjamin keluar (bailed out) anak-anak dan syarikat kroni dan lain-lain.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 1998, penyokong utama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengkritik kerajaan dengan hebatnya kerana tidak bertindak secukupnya memerangi korupsi, kronisme dan nepotisme.

Menurut buku “Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad In Tribulent Times”, era Dr. Mahathir melibatkan kerugian anggaran RM 100 bilion wang pembayar cukai. Ini termasuk menyalahguna rizab negara dalam spekulasi mata wang asing BNM dan menyalahguna  saham khas bumiputra yang diperuntukkan kepada KWSP untuk menampung kerugian syarikat Mamimco dalam spekulasi harga bijih timah di bawah arahan Tun Mahathir. Ia juga termasuk kerugian yang dihadapi oleh BMF, Perwaja Steel, penjualan saham M.V Agusta dan jaminan keluar (bailed out) syarikat Konsortium Perkapalan.







No comments:

Post a Comment