Sunday 26 August 2018

PENDEDAHAN SKANDAL KEDUA : BUKU “MALAYSIAN MAVERICK- MAHATHIR MOHAMAD IN TRIBULENT TIMES”



SKANDAL MAMINCO-MAKUWASA - TAHUN 1985 HINGGA 1986

Skandal kedua yang telah didedahkan oleh wartawan Barry Wain warga Australia wartawan Asian Wall Street Journal (AWSJ) dalam bukunya bertajuk, ‘Malaysian Maverick - Mahathir Mohamad In Tribulent Times’,diterbitkan pada 04 Disember 2009 ialah tentang skandal Maminco-Makuwasa.

Pada tahun 1985 pasaran bijih timah dunia runtuh dengan harganya menjunam 50%. Banyak lombong bijih timah di Malaysia terpaksa ditutup memandangkan ia tidak lagi ekonomik untuk menjalankan operasi lombong bijih timah. Salah satu fakta yang telah menyumbang ke arah runtuhnya pasaran bijih timah ialah cubaan yang tidak bernasib baik oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal pasaran bijih timah dan menaikkan harganya.

Inilah dia skandal Maminco yang terdapat dalam senarai teratas skandal dan jaminan keluar (bailed out) yang menyusahkan rakyat Malaysia sejak Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4. Ini mungkin kerana ia merupakan skandal kedua terawal berlaku setelah Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dalam tahun 1981. Walaupun kerugian yang dialami tidak begitu besar dalam nilainya, ia masih menyebabkan kerugian anggaran RM1.6 bilion atau lebih.

Dalam skim yang tidak telus ini, sebuah syarikat dua ringgit Maminco Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan dan digunakan untuk secara rahsianya membeli kontrak hadapan bijih timah dan bijih timah sebenar untuk melonjakkan harga di pasaran London Metal Exchange. Untuk membiayai aktiviti terselindung (covert activities), Maminco Sdn. Bhd. memperolehi pembiayaan daripada Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). Pada satu ketika, syarikat dua ringgit ini telah meminjam jumlah yang sangat besar daripada BBMB berjumlah RM1.5 bilion.

Pada peringkat permulaannya, mereka berjaya melonjakkan harga bijih timah secara simulasi atau palsu. Tetapi harga bijih timah yang menyerupai peningkatan pengeluaran bijih timah dan menyebabkan Amerika Syarikat melepaskan stok penimbal strategik mereka. Harga bijih timah tidak boleh bertahan pada aras tertinggi yang disimulasi atau dipalsukan pada masa yang panjang dan akhirnya ia runtuh.

Menanggung skim Maminco sudah tentu cukup buruk. Tetapi disebalik mengakui kesilapannya, Dr. Mahathir dan kumpulannya merancang satu lagi skim untuk menyembunyikan kerugian yang dialami Maminco daripada diketahui umum. Oleh itu satu lagi syarikat dua ringgit bernama Makuwasa telah ditubuhkan.

Matlamatnya ialah untuk saham baru khas untuk Bumiputra yang diperuntukkan kepada KWSP dilencongkan kepada Makuwasa pada nilai par. Bolehkah kita percaya ini? Saham murah yang diperolehi kemudiannya boleh dijual untuk keuntungan pada harga pasaran. Keuntungan seggera oleh Makuwasa digunakan untuk menutup kerugian Maminco. Dengan kata mudah, Makuwasa digunakan untuk menyalah guna caruman simpanan rakyat Malaysia untuk membayar balik kerugian yang dialami Maminco. Dalam hal ini pencarum KWSP telah dinafikan atas keuntungan yang sepatut mereka perolehi dan mereka tidak dapat apa-apa atas caruman mereka.

Pada tahun 1986, Dr. Mahathir mengaku kepada umum yang Makuwasa diwujudkan untuk menyelesaikan kerugian Maminco dan membayar balik pinjaman kepada BBMB.

Akhir sekali, sehingga kini tiada sebarang siasatan atau tindakan undang-undang diambil untuk mendakwa dalang-dalang yang menyalahi guna kuasa serta salah guna wang caruman rakyat untuk menjamin keluar (bailed out) sebuah syarikat yang rugi.


No comments:

Post a Comment