Wednesday 8 August 2018

ISU KAPAL MEWAH EQUANIMITY - TOMMY THOMAS MEMBOHONGI RAKYAT DEMI UNTUK MENGUKUHKAN PROPAGANDA MAHATHIR

Tommy Thomas peguam Pengerusi PKM Chin Peng
Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, penyitaan kapal berkenaan mendapat perintah waran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Jabatan Peguam Negara memohon bidang kuasa daripada Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur terhadap kapal mewah itu dan pada 6 Ogos 2018, mahkamah mengeluarkan waran penyitaan.
“Dengan itu, Equanimity telah disita di bawah undang-undang Malaysia.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
“Penyitaan itu dilakukan atas inisiatif DOJ yang menegaskan pemilikan kapal itu bagi pihak Malaysia dan 1MDB kerana wang milik kita (negara) digunakan untuk membelinya”,kata beliau.
Menurutnya, penghantaran Equanimity ke Malaysia dapat dicapai menerusi Badan Perundangan Bersama (Mutual Legal Aid atau MLA) antara Indonesia, Amerika Syarikat dan Malaysia dengan melibatkan rundingan peringkat tertinggi oleh agensi di ketiga-tiga negara.
Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Peguam Negara itu, timbul beberapa persoalan yang meragukan; seperti bidang kuasa Mahkamah Tinggi, penggunaan undang-undang Malaysia, kapal mewah itu dibeli melalui wang milik 1MDB  dan rundingan peringkat tertinggi ketiga-tiga negara atau MLA bagi operasi penyitaan ini.
Tentang bidang kuasa Mahkamah Tinggi mengeluaran waran penyitaan, adakah Peguam Negara sedar sama ada sebarang mahkamah dalam sebarang bidang kuasa telah membuat perintah terakhir sebagai hak kepada tuntutan bertindih kepada kapal mewah itu sementara menunggu prosiding di mahkamah Amerika Syarikat?
Oleh itu adakah Malaysia telah memohon perintah itu (sekiranya ada) untuk kapal itu diserahkan kepada Malaysia apabila ia sudah tertakluk kepada perintah penyitaan yang dikenakan oleh DOJ dan diperolehi daripada Mahkamah Amerika Syarikat bagi memindahkan, menyimpan atau mengawal kapal itu kepada bidang kuasa mahkamah Amerika Syarikat berikutan dengan bantuan yang diterima daripada Kementerian Keadilan Indonesia yang menurut perintah daripada Amerika Syarikat.
Berdasrkan itu apakah representasi yang Malaysia telah buat (sekiranya ada) kepada Indonesia atau kepada DOJ atau kepada Mahkamah Amerika Syarikat yang mengeluarkan perintah asal untuk menahan dan menyita?
Difahamkan rundingan dibuat hanya secara peribadi antara Dr Mahathir dan Presiden Indonesia Joko Widodo sahaja tanpa proses undang-undang melalui Kementerian Keadilan Indonesia.

Peguam Negara mengatakan kononya beliau menggunakan undang-undang Malaysia dalam melaksanakan penyitaan kapal mewah itu. Persoalannya sekarang ialah, adakah Malaysia mengamalkan undang-undang ‘Pelucutan Hak Awam’ (Civil Forfeitures) sepertimana yang diamalkan oleh DOJ di Amerika Syarikat.


Menurut undang-undang tersebut membenarkan DoJ memfailkan prosiding ‘Perlucutan Hak Awam’ terhadap sebarang syarikat atau individu yang syaki tidak disabitkan kesalahan – atas jenayah atau aktiviti menyalahi undang-undang yang hanya berasaskan aduan (complain) sahaja (bukan laporan siasatan) yang menggambarkan salah laku yang berlaku di Amerika Syarikat.


Bukan sahaja Malaysia tidak mempunyai peruntukan undang-undang tersebut, malah untuk memfailkan prosiding ‘pelucutan hak’ dan pengeluaran perintah selanjutnya oleh mahkamah Amerika Syarikat untuk menyita kapal mewah berkenaan hanya bagi jenayah yang telah dilakukan di bumi Amerika Syarikat sahaja bukannya di Malaysia.



Oleh itu, kenyataan Peguam Negara menyatakan bahawa beliau menggunakan undang-undang Malaysia dalam menyita kapal mewah Equanimity merupakan satu pembohongan besar kerana Malaysia tidak ada peruntuntukan undang-undang sedemikian. Apa yang telah beliau lakukan ialah tanpa ‘rules of law’ atau melalui pendekatan ‘undang-undang rimba’ untuk menyita kapal itu .

Dengan itu, bukan sahaja penyitaan kapal mewah oleh pihak berkuasa Malaysia  itu meragukan, begitu juga masanya, di mana kelihatan kebetulan tepat dengan pendakwaan yang dikenakan terhadap Najib oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Seterusnya Peguam Negara telah menyatakan bahawa pembelian kapal mewah itu kononnya menggunakan wang milik 1MDB. Inilah satu kenyataan yang prejudis yang keluar dari mulut seorang Peguam Negara yang tidak mempunyai etika guaman. Sepatutnya sebagai seorang peguam beliau seharusnya percaya kepada prinsip bahawa, ‘seseorang itu tidak bersalah selagi ia tidak didapati bersalah’.


Masakan Peguam Negara maha mengetahui, sedangkan kes 1MDB termasuk individu yang disyaki iaitu Jho Low masih lagi belum disiasat oleh mana-mana badan penyiasata di Amerika Syarikat walaupun aduan(complain) telah dibuat oleh dua rakyat Malaysia Matthias Chang dan Datuk Khairuddin Abu Hassan (orang kuat Tun Mahathir) kepada DOJ.
Yang ada sekarang hanyalah aduan yang dibuat kedua-dua orang rakyat Malaysia ini kepada DOJ dan fitnah yang disiarkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) difahamkan disediakan oleh Tun Mahathir pada tahun 2015.
Malah hak milik kapal itu belum lagi dapat dipastikan oleh mana-mana badan-badan penyiasat termasuk FBI di Amerika Syarikat ekoran aduan dibuat kepada DOJ oleh dua orang kunchu Mahathir rakyat Malaysia tempoh hari.
Andai, katakanlah  kapal mewah itu milik Jho Low, ia perlu dibuktikan terlebih dahulu sama ada kapal itu betul dibeli menggunakan wang 1MDB. Bukan setakat cakap-cakap sahaja sepert yang dilakukan oleh Peguam Negara.
Dengan itu, kenyataan Peguam Negara itu jelas beliau seorang yang berkepentingan untuk memperkukuhkan propoganda bagi pihak Tun Mahathir.
Akhir sekali, menurut Peguam Negara, penghantaran Equanimity ke Malaysia dapat dicapai menerusi Badan Perundangan Bersama (MLA) antara Indonesia, Amerika Syarikat dan Malaysia dengan melibatkan rundingan peringkat tertinggi oleh agensi di ketiga-tiga negara.
Tetapi menurut media Bloomberg, Jho low telah meminta kerajaan Amerika untuk mengisytiharkan apa yang mereka tahu tentang pemindahan kapal mewah bernilai AS$250 juta kepada Malaysia daripada Indonesia. DOJ telah meminta bantuan Indonesia untuk menahan dan menyita kapal mewah itu sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.
Peguam yang mewakili Low Taek Jho yang bernama James F.Haggerty telah memfailkan satu notis pada hari Ithnin lepas kepada mahkamah daerah California untuk mengarahkan kerajaan Amerika Syarikat untuk mendedahkan pengetahuan mereka tentang pemindahan kapal mewahnya. Low juga mahu kerajaan Amerika Syarikat menyatakan sebarang usaha mereka telah buat untuk menyelamatkan kapal itu dalam satu laporan status sehingga 17 Ogos 2018, dan menyatakan apakah tindakan di ambil oleh Amerika Syarikat untuk mendapat penjelasan tentang niat kerajaan Malaysia.
Menurut jurucakap Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat di Los Angeles  yang dikenali sebagai Thom Mrozek bahawa Amerika Syarikat tidak terlibat dalam perjanjian antara Indonesia dan Malaysia yang di katakan oleh Peguam Negara itu.
Oleh itu adalah jelas kenyataan Peguam Negara bahawa satu rundingan peringkat tertinggi MLA untuk penghantaran Equanimity ke Malaysia adalah satu pembohongan besar kerana ia tidak melibatkan Amerika Syarikat seperti dinyatakan oleh beliau. Sebagai ‘stake holder’ mungkin Amerika Syarikat tidak selesa apa  yang sedan dilakukan oleh kerajaan Malaysia.
Kesimpulannya penyerahan kapal mewah Equanimity merupakan satu proses perlucutan hak melalui penyitaan yang tidak mematuhi ‘rules of law’. Ia dibuat sebagai satu propaganda Dr Mahathir untuk memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa isu 1MDB adalah 100% benar supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap kebobrokan serta permasalah yang sedang dihadapi oleh kerajaan Pakatan Harapan sekarang.


No comments:

Post a Comment