Friday 3 August 2018

PETANDA AKAN WUJUD KAPITALIS KRONISME DALAM KHAZANAH NASIONAL UNTUK MENJARAH WANG RAKYAT


Sebagai dana kedaulatan kekayaan yang berharga dipacu oleh rakyat Malaysia yang terbaik dan terpintar, Khazanah telah berjaya meneruskan visi ‘menjadi badan pelaburan strategik terunggul di rantau ini yang membentuk nilai daya tahan untuk daya saing Malaysia di peringkat global.’ Maka, dengan perletakan jawatan beramai-ramai keseluruhan lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd baru-baru ini sudah tentu merupakan satu kehilangan kepada Malaysia baru.

Di bawah kepimpinan Pengarah Urusan Azman Mokhtar, prestasi cemerlang Khazanah telah digambarkan melalui pertumbuhan nilai bersih disesuaikan daripada  RM40.5 bilion sedekad lalu kepada RM115.6 bilion mengikut laporan berakhir 31 December 2017. Hakikatnya, ini merupakan 13.2% peningkatan daripada RM102.1 bilion dilaporkan pada 2016. Juga, Khazanah telah terus menarik syarikat pelabur serantau dan antarabangsa, termasuk edotco Group Sdn Bhd, yang mengendalikan 26,000 menara telecommunikasi di enam negara, Axiata Group Berhad, yang mana memberi khidmat kepada 350 juta pelanggan di 11 negara, dan IHH Healthcare Berhad, yang merupakan salah satu kumpulan penjaga kesihatan terbesar di dunia melalui penguasaan pasaran. Dari segi memulang balik kepada masyarakat, Khazanah dan Yayasan Hasanah membelanjakan sejumlah RM233.5 juta atas initiatif Tanggungjawab Korporat pada 2017, membawa sejumlah yang dibelanjakan kepada  RM1.2 bilion sejak 2006.

Kebenaran perlu diberitahu kepada rakyat, tidak terdapat sebarang berita gempar tentang penyalahan guna dana atau pemeriksaan rapi daripada pihak berkuasa di negara lain ke atas transaksi kewangan Khazanah atau malah sebarang khabar angin terhadap individu di luar perkhidmatan awam mempunyai pengaruh yang kuat atas arah tuju pelaburan Khazanah.

Tomahan bahawa Khazanah telah “melakukan banyak jenis perkara pelikoleh Tun Dr Mahathir dalam merujuk kepada pelaburan yang gagal bernilai RM3 billion dalam global bank UBS adalah tidak berasas, mengambil kira bagaimana krisis 2008 yang di luar kawalan Khazanah dan perkara itu telah ditangani secara aggressif sehingga  Khazanah dapat balik separuh daripada pelaburan empat tahun kemudian daripada  PriceWaterhouseCoopers, pentadbir untuk Lehman Brothers. Malah Ketua Audit Negara telah menganggap Khazanah sebagai organisasi perniagaan contoh dan memuji pelaksanaan kewangan, ketajaman pemikiran perniagaan dan pengurusan di bawah kepimpinan cemerlang lembaga pengarah yang lepas.

Disebalik, tuduhan bahawa Khazanah telah “melencong daripada objektif asaljuga tidak berasa. Mari kita selidik mandatnya:

“Khazanah berusaha untuk membentuk nilai daya tahan dan menyemai budaya high-performance yang telah membantu menyumbang kepada daya saing ekonomi MalaysiaMenggunakan pendekatan pelaburan proaktif, matlamat kami untuk membina nilai sebenar melalui pengurusan terhadap pelaburan teras kita,  kekuatan atas pengalaman global kita untuk pertumbuhan baru, termasuk melaksanakan pelaburan menggunakan pemangkinan yang secara strategik menggalakkan ekonomi negara. Kita juag secara aktif membangunkan modal insan, sosial dan pengetahuan untuk negara.”

Sedar tidak, tidak ada dinyatakan secara spesifik untuk menjana kekayaan untuk tujuan ekuiti Bumiputera, di mana sebenarnya merupakan peranan Permodalan Nasional Berhad bukannya Khazanah; kesilapan yang disengajakan oleh Perdana Menteri kita untuk mengelirukan rakyat. Di sebaliknya, Lembaga telah berkerja kuat berusaha sedaya upaya ke hadapan menurut matlamat yang ditetapkan dalam mandat syarikat.

Seperti dilaporakan dalam The Khazanah Report 2017, Khazanah secara progressifnya mengantarabangsakan portfolio pelaburan, dengan pendedahan pendedahan seberang laut tentang Realisable Asset Value (RAV) sekarang ini mengakaunkan anggaran 44.5%. Atas barisan hadapan domistik, syarikat pelabur Khazanah telah terlibat dalam pengoperasian Tenaga Nasional Berhad (TNB) loji kuasa Manjung 5 ; pelancaran Telekom Malaysia Berhad (TM) Iskandar Puteri Data Centre di Nusajaya Technology Park; usaha sama antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Cainiao Smart Logistics Network untuk memajukan hub  e-commerce di  KLIA Aeropolis; dan usaha sama antara Touch n’ Go, satu anak syarikat CIMB Group Berhad (CIMB), dengan Alipay untuk penyelesaian wallet bergerak. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa Tan Sri Azman Mokhtar dan rakan Lembaga Pengarah telah dengan jayanya membina Khazanah kepada aset kebangsaan bernilai dan dihormati. Ya, mereka berhak kepada banyak pujian untuk membina semula dan menggambarkan semula Khazanah Nasional Berhad ke dalam model korporat governance untuk GLC Malaysian.

Tuduhan terakhir bahawa Khazanah telah menjadi kenderaan selesa untuk kerajaan dahulu memberi ganjaran kepada ahli politik dan bukan professionals dengan kedudukan dan pakej ganti rugi yang menguntungkan juga tidak berasas mengambil kira pengalaman luas, cukup keupayaan dan taraf integriti yang tinggi Lembaga Pengarah yang mengandungi tokoh korporat ternama dan pakar ekonomi. Hakikatnya, tuduhan ini merupakan satu hipokrasi dengan perlantikan 2 orang ahli politik dalam dalam Lembaga Pengarah baru.

Tambahan lagi, jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi bertentangan dengan janji untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri. Sekiranya janji oleh kerajaan yang baru boleh dimungkiri dengan mudah, bolehkah kita masih mempercayai janji Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Khazanah akan masih lagi diuruskan oleh professionals?

Dalam memimpin dana kekayaan kedaulatan yang bernilai, terdapat kebimbangan bahawa Khazanah mungkin akhirnya berbalik ke asal kepada urusan yang tidak bermoral melalui kroni kapitalisme berlaku 10 tahun pertama kewujudannya. Ini bertentangan dengan usaha yang gigih untuk meneruskan transformasi GLC dan GLIC Malaysia. Hakikatnya, pemilik bank, para analysis dan para ekonomi telah secara amnya memuji Khazanah kerana menanamkan professionalisme dalam GLC di bawah pimpinan Tan Sri Azman. Ya sesungguhnya, kebimbangan bahawa dana kekayaan nasional mungkin akan musnah dan dijual kepada set baru ahli perniagaan 1990 tidak boleh dinafikan. Sebagaimana pepatah Inggeris mengatakan, once bitten, twice shy.

Dengan Tun Mahathir pengemudi Lembaga dan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengarah, ia mungkin juga menjadi konflik kepentingan dengan peranan dalam kerajaan. Adakah mereka pasti bahawa tidak akan ada salah guna kuasa terhadap  GLIC dan GLC untuk kepentingan peribadi dan kepentingan politik dimasa akan datang? Sudah tentu adalah sebaik-baiknya sekiranya Pengerusi dan Lembaga Pengarah bukanlah Menteri. Mereka tidak sepatutnya terlibat dalam operasi harian  Khazanah memandangkan mereka mempunyai lain-lain tugas utama yang bermakna dalam menguruskan kerajaan.

Dengan pasukan semasa iaitu 2 ahli politik dan 3 pakar ternama dari dunia korporat, adakah ia akan mempunyai semak dan imbang yang mencukupi yang diletakkan untuk mengawal pelbagai bentuk kroni kapitalisme? Adakah penyingkiran rakyat Malaysia yang bijaksana akan berterusn merintasi GLC dan GLIC? Adakah banyak lagi janji-janji Pakatan Harapan terus menurun kepada hanya retorik? Adakah kepercayaan rakyat akan terus dikhianati?

No comments:

Post a Comment